Adventure,  Travel

Buku Kompilasi Travelog 7 Benua

Kompilasi Travelog 7 Benua


Travelog 7 Benua
Kompilasi Travelog 7 Benua


Kompilasi Travelog 7 Benua
Kompilasi Travelog 7 Benua

© 2016 Wazari Wazir | Buku Kompilasi Travelog 7 Benua | Volume I

Syukur Alhamdulillah, Akhirnya berjaya juga buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini diterbitkan dan sempat untuk turut serta memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 PBAKL di MAEPS Serdang.

Sebenarnya ini adalah hasil perbincangan santai kami sesama kaki kembara untuk menulis buku sendiri, masing-masing mencadangkan orang itu, orang ini untuk hasilkan sebuah buku tentang kisah pengembaraan masing-masing. Namun oleh kerana masing-masing pun sibuk dengan urusan kerja dan juga sibuk travel sana sini, maka untuk menghasilkan sebuah buku khusus untuk menceritakan satu-satu pengalaman secara detail akan mengambil masa yang agak lama.

Jadi setelah perbincangan sesama kami, maka kami bersetuju untuk menyumbangkan secebis kisah pengalaman masing-masing yang menarik untuk dimuatkan di dalam buku pertama Travelog 7 Benua ini.

Untuk makluman, Siti Noridah, Badrul Hisham dan Meor Farid Asyradi telahpun berjaya menghasilkan buku sendiri pada tahun lepas, dan pada tahun ini juga mereka telah menghasilkan sebuah lagi karya baharu mereka selain yang dimuatkan di dalam Kompilasi Travelog 7 Benua ini.

Sepertimana yang telah saya tulis sebelum ini, setiap penulis hanya menyumbangkan secebis kisah masing-masing sahaja dan bukanlah cerita lengkap mereka di satu-satu destinasi. Sebagai contoh saya sendiri, di dalam buku ini saya hanya bercerita tentang pengalaman pertama saya tiba di Russia, atau lebih tepat lagi pengalaman saya di SAINT PETERSBURG di mana bakal bermulanya trip Trans-Siberian Railway saya hingga ke Beijing China.

Nordin Yahaya bercerita kisah pengalamannya di PERU, Ida Yunus tentang pengalamannya di MONGOLIA, Rafiee Ghani tentang pengalamannya di MAGHRIBI, Nazri Arshad tentang kisahnya di VIETNAM, Siti Noridah tentang kisahnya di PAKISTAN, Meor pula tentang pengalamannya di CHINA, manakala Badrul Hisham pula tentang kisahnya di AMERIKA SYARIKAT.

Masing-masing punya gaya penceritaan yang tersendiri, lebih kepada santai, cuma janganlah kita bandingkan karya kami dengan karya penulis Sasterawan Negara seperti karya Keris MAS, Tongkat Warrant dan Arena Wati, memang tersangatlah jauh bezanya.

Sehingga pos ini ditulis, saya masih lagi belum membaca ataupun mengetahui tentang kisah yang dikongsikan oleh 7 orang penulis yang lain, kerana kami hanya diminta untuk menulis cerita dan dihantar pada tuan editor, hanya editor sahaja yang mengetahui cerita semua orang. Buku ini agak lewat siap, hampir jam 10 malam pada hari kedua pesta buku berlangsung baru siap.

So, sebelah malamnya, saya bersama isteri serta Ida Yunus, turun ke kilang untuk mengambil buku, dengan harapan boleh kami bawa keesokan harinya di pesta buku, mengharapkan jualan weekend serta cuti ganti hari Pekerja Isnin ini. Sebenarnya bukanlah keuntungan yang kami cari, cuma kami tak mahu menghampakan mereka-mereka yang datang dari jauh dan ternanti-nanti akan buku ini, tetapi buku ini tiada di PBAKL, jadi kami usahakan juga memandangkan bila dah masuk hari bekerja biasa nanti mungkin agak sukar untuk sesetengah orang ke tempat ini.

Selain daripada di Pesta Buku, kepada yang berminat boleh juga membeli secara online daripada mana-mana penulis yang diminati, kebanyakan daripada mereka ada menjual secara online, cuma kena tambah kos sedikit untuk urusan penghantaran. Saya buat masa ini belum lagi membuka jualan secara online, tetapi boleh saja kalau nak booking. Sebabnya sehari dua ini saya agak sibuk, takut nanti ada yang menunggu lama untuk buku sampai pada anda semua. Jangan risau, saya memang ada reserve atau simpan untuk pembelian secara online.

Mungkin ada yang bertanya, perlu ke beli buku-buku macam ni sedangkan maklumat serta kisah-kisah travel dah berlambak di internet ni? Susah saya nak jawab, terpulang pada diri masing-masing. Cuma saya nak maklumkan di sini, kompilasi buku ini bukanlah seperti buku panduan ataupun guide book Lonely Planet tu, sebaliknya ianya lebih kepada kisah pengalaman peribadi penulis di negara asing.

Minat saya untuk mengembara timbul setelah membaca, menonton ataupun mendengar kisah-kisah sang pengembara. Minat saya untuk mengembara bukan timbul dari membaca buku-buku panduan kembara seperti Lonely Planet dan seumpamanya, tidak dinafikan bahawa buku-buku panduan kembara sangat membantu tetapi yang merangsang saya untuk mengembara keluar melihat dunia ialah kerana mendapat inspirasi dari kisah-kisah sang pengembara.

Ketakutan saya untuk melihat negara luar, menjadi berkurangan setelah membaca kisah-kisah pengalaman pengembara lain, itulah juga sebabnya saya memberanikan diri untuk keluar mengembara secara solo selama hampir sebulan dari Saint Petersburg Russia merentasi Siberia dengan perjalanan keretapi yang lebih dikenali dengan nama “Trans-Siberian Railway” iaitu perjalanan merentasi Siberia dengan menaiki keretapi hingga ke Beijing China.

Sebelum ini, trip kembara saya ialah bersama kawan-kawan, inilah buat pertama kalinya saya ke Negara Russia, Mongolia dan China bersendirian, sebelaum ini saya belum lagi pernah menjejakkan kaki ketiga-tiga negara tersebut.

Diharapkan perkongsian kisah-kisah kami semua akan menjadi inspirasi buat teman-teman semua untuk mengembara dengan lebih jauh lagi, untuk keluar mengembara ke negara yang anda rasa gerun untuk sampai tetapi teringin untuk pergi. Diharapkan dengan kehadiran buku ini di ruang kerja anda, menjadi penghias sudut di rumah atau di pejabat anda akan membakar semangat anda untuk keluar mengembara.

Kepada sesiapa yang berminat dengan buku ini boleh booking dahulu dengan saya ataupun dengan mana-mana penulis yang anda minati dan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung ini, anda boleh dapatkannya di Reruai Kaki Buku, Booth A3051 di Dewan A3.

Pakar-pakar Motivasi sering berkata, kalau kita ada Goal atau matlamat, adalah lebih baik kalau kita tulis dan letakkan di dinding supaya kita boleh lihat selalu. Meja saya dikelilingi dengan buku-buku kembara dan nafsu saya untuk keluar mengembara meronta-ronta, mungkin aura buku-buku tersebut dan buku-buku tersebut sentiasa boleh kita belek-belek tanpa perlukan sumber bateri atau elektrik, tidak seperti gajet elektronik lain seperti komputer, smartphone ataupun tablet.

Diharapkan kehadiran buku ini akan menghantui hidup anda untuk keluar dari keselesaan ataupun keluar sekali sekala dari zon selesa dan cuba untuk mencabar diri sendiri meneroka pengalaman-pengalaman baru. Percayalah dalam kehidupan di dunia ini, kita akan lebih menyesali terhadap perkara-perkara yang boleh kita lakukan tetapi tidak kita lakukan berbanding menyesali perkara yang telah kita lakukan…

Selain dari itu, adalah diharapkan,  kehadiran buku ini akan memberi semangat kepada kaki kaki kembara di luar sana untuk mendokumentasikan ataupun menulis kisah-kisah kembara mereka untuk dijadikan rujukan ataupun kenangan selain gambar, baik buat diri sendiri, ahli keluarga, kawan-kawan ataupun dikongsikan kepada dunia secara amnya untuk kebaikan bersama, insyaAllah…

*Kepada yang berminat hendak beli buku ini secara online dengan saya, boleh klik pada link ini Buku Travelog 7 Benua 

Travelog 7 Benua

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

  • Zubye

    Saya dah jln2 di PBAKL pada hari pertama. Memang tak perasan buku ni. Esok akan pergi lagi insyaallah (kena pergi hari org lain bekerja sbb nak parking dkt dan tak bersesak2). Saya pasti akan mendapatkan buku ni esok. Terima kasih Wazari!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.