Fotografi Kembara | Tamu Lensa | Mingguan Malaysia
© 2016 Wazari Wazir | Fotografi Kembara | Tamu Lensa | Akhbar Mingguan Malaysia | 27 Mac 2016
Sebenarnya saya tak sangka artikel ini keluar jugak akhirnya, ingatkan tak boleh pakai sebab panjang sangat. Bulan Disember tahun lepas (December 2015) lagi saya dihubungi oleh saudara Mohammad Naim Firdaus jurufoto dari Utusan Malaysia yang juga terlibat secara langsung dalam mengendalikan ruangan Lensa Rencam di akhbar Mingguan Malaysia ni, beliau menghubungi saya, bertanyakan sama ada boleh ke, tulis sedikit story pendek tentang Travel Photography dalam 10 para untuk ruangan Tamu Lensa.
Susah jugak kalau hendak tulis cerita pendek tentang fotografi kembara ni, sebabnya bukan mudah untuk bercerita topik yang agak luas dalam ruang lingkup yang terhad. Kalau kita tengok buku Travel Photography Lonely Planet tulisan Richard I’Anson pun sudah setebal 368 muka surat, so macam mana hendak tulis dalam ruangan separuh muka surat di akhbar, nasib baik akhbar Mingguan Malaysia ni, ruangnya agak besar berbanding akhbar lain, yang kebanyakannya bersize kompak.
Saudara Naim kata, tulis tentang tips dan keperluan penting sahaja, jadi saya kecilkan sedikit skop penulisan saya tu kepada antara kelengkapan yang perlu selain beberapa tips yang diharap boleh diguna pakai oleh peminat genre travel photography.
Rasanya tak perlu hendak saya tulis semula di sini tentang isi kandungan artikel tersebut, lagipun kebanyakan tips-tips tersebut sudah agak banyak saya kongsikan di blog saya sebelum ini, cuma di ruangan Tamu Lensa ini, bagi saya agak stimewa sedikit, sebelum ini gambar-gambar saya pernah disiarkan di beberapa majalah photography, cuma bezanya saya ditemuduga oleh pihak wartawan majalah, dan apa yang ditulis itu adalah hasil sesi interview dengan wartawan tesebut. Bezanya dengan artikel di Mingguan Malaysia ini ialah, saya sendiri yang menulis topik yang diberi.
Sekarang ini semakin ini semakin ramai orang suka berjalan ke sana sini, berliburan dan berwisata sana sini baik di dalam negara sendiri mahupun keluar negara. Bukan semua orang hendak jadi photographer professional dan bukan semua orang inginkan gambar mereka setaraf photographer dari National Geographic Magazine, tetapi rasanya ramai orang yang pergi melancong atau kembara sana sini ingin dapatkan hasil gambar yang menarik untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan selain cenderahati yang dibeli di negara orang.
Secara ringkasnya Travel Photography ataupun Fotografi Kembara ini ialah tentang manusia dan tempat serta aktiviti yang berlaku di sekitarnya. Ada orang hanya suka rakam gambar tempat-tempat menarik sahaja, bangunan-bangunan bersejarah, bangunan ataupun mercu tanda ikonik sesuatu tempat, ada orang suka merakam gambar pemandangan semata tanpa ada seorang manusia pun di dalam gambar tersebut, hanya pemandangan cantik semata. Ada orang suka kalau ada manusia ataupun haiwan yang turut menghiasi pemandangan tersebut, masing-masing punya cita rasa dengan alasan masing-masing.
Cuma bagi saya yang bekerja dalam bidang photojournalism ini lebih tertarik untuk memasukkan human element ataupun kalau boleh saya lebih suka andaikata ada manusia di dalam gambar tersebut. Tidak semestinya terlalu menonjol, nampak figure atau bentuk manusia walaupun bersais kecil pun sudah cukup dan oleh kerana sebab itulah proses saya merakam gambar agak lama, salah satu sebab ialah bila saya nampak sesuatu pemandangan yang menarik, saya akan tunggu, kalau kalau ada burung yang terbang, binatang yang lalu lalang mencari makan ataupun ada manusia yang berjalan masuk dalam frame gambar.
Saya teringat dengan buku “THE LAST OF HIS KIND” tulisan David Roberts tentang America’s Boldest Mountaineer iaitu Bradfort Washburn. Beliau ialah seorang adventurer, mountaineer atau orang yang selalu turun naik gunung, selain itu, Bradfort Washburn juga merupakan seorang photographer, beliau banyak merakam gambar-gambar aerial photography, gambar-gambar kawasan pergunungan yang dirakam dengan Large Format Camera dari kapal terbang ataupun helikopter.
Pengkritik paling hebat gambar-gambar rakaman Bradfort Washburn bukanlah datang dari professional photographer tetapi tidak lain dan tidak bukan dari ibunya sendiri. Ada satu ketika ibunya berkata “Brad, the problem with your pictures is that, they don’t have people in them.” Selama ini Brad hanya berminat mengambil gambar pemandangan sahaja tanpa memasukkan gambar-gambar rakan sependakiannya.
Selepas kritikan dari ibunya beliau mula memasukkan kelibat pendaki-pendaki gunung di dalam gambarnya dan hasilnya salah satu daripada gambar pergunungan Alps yang dirakamnya dari kapal terbang iaitu di pergununagn Doldenhorn di Switzerland menjadi cover depan sebuah buku Mountaineer, agak besar size buku tersebut, saya pernah lihat di Kinokuniya. Di dalam gambar tersebut, kelibat manusia sekecil semut sahaja, kelihatan enam pendaki sedang mendaki menuju puncak, kalau tengok sekali imbas nampak macam dust, habuk ataupun kotoran kecil di kulit buku, bila tengok dekat-dekat baru nampak, rupanya itu adalah enam orang pendaki. Figura kecil pendaki-pendaki itu makes a lot of difference.
Apapun terpulang masing-masing, sama ada kita hendak ambil gambar untuk kepuasan diri sendiri, ahli keluarga kita, masyarakat, syarikat atau jabatan ataupun client yang membayar kita untuk satu-satu tugasan. Bagi saya fotografi kembara harus ada cerita, ada masanya hanya sekeping gambar sudah cukup untuk menceritakan segalanya tentang sesuatu tempat. Ada masanya kita perlukan lebih dari sekeping gambar untuk menceritakan tentang sesuatu tempat, keadaan, serta kehidupan penduduk sekitarnya.
Last but not least, walau banyak mana sekalipun kita melihat gambar-gambar travel atau kembara baik di majalah atau akhbar bercetak ataupun menerusi laman sesawang atau internet, ianya tidak akan pernah sama dengan diri kita sendiri berada di tempat tersebut. Jadikan gambar itu sebagai inspirasi untuk diri kita turut merasa pengalaman yang sama seterusnya membawa kita ke sana, ke tempat yang kita inginkan. Dunia ini Tuhan jadikan terlalu indah hanya untuk dilihat menerusi skrin komputer semata. Berusahalah sedaya mungkin untuk keluar melihat sendiri sebanyak mana tempat di dunia semasa hayat kita.
Ada sebab mengapa Tuhan jadikan keadaan geography bumi ini berbeza-beza. Amatlah mudah kalau Tuhan ingin jadikan negara Malaysia ini turut memiliki iklim empat musim, tetapi Tuhan ingin kita keluar mengembara, berkenal-kenalan sesama kita makhluk-Nya. Hanya dengan itu kehidupan di dunia akan jadi lebih baik, insyaAllah.
Untuk paparan yang lebih jelas boleh singgah di Lensa Rencam | Tamu Lensa Wazari Wazir
*Artikel Berkaitan : Pemilihan Lensa Untuk Fotografi Kembara