Buku Ground Zero Dan Trans-Siberian Railway
© 2016 Wazari Wazir | Ground Zero By Agustinus Wibowo
Apa kaitan buku Groud Zero dengn Trans-Siberian Railway? Actually tiada kaitan secara langsung sangat pun tetapi kerana kisah pengalaman saya yang dikongsikan di blog saya, maka buku Ground Zero, tulisan Agustinus Wibowo berada di tangan saya.
Dipendekkan cerita, ada seorang pembaca dari Jakarta Indonesia, email pada saya, bertanya boleh tak beliau dapat maklumat lanjut tentang trip Trans-Siberia, kalau boleh dia nak jumpa saya, nak dapatkan maklumat lanjut, jauh jugak tu dari Jakarta nak datang Kuala Lumpur. Mulanya saya tidak membalas emailnya, lepas du, tiga kali beliau email, baru saya balas.
Kemudia beliau beritahu yang dia nak jumpa saya dalam masa terdekat di KLIA2 sebab beliau akan terbang ke XIAN China untuk trip kembaranya. So saya pun minta jasa baiknya untuk belikan saya buku Ground Zero ni dan ada satu lagi buku tulisan Tere Liye bertajuk “Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin.” Tetapi hanya buku Ground Zero yang beliu sempat jumpa.
Actually tak sampai seminggu kenal, lepas tu terus jumpa di KLIA2, saya pun tak kenal dia macam mana orangnya, dia bukan rakan facebook saya, sementara menunggu di hadapan kaunter ERL Express saya pun google nama dia cuma tengok di facebook kalau-kalau ada orang yang nama macam dia, ramai tapi tak “padan” lepas tu nampak ada satu gambar yang mana dirakam dua jam sebelum berlepas ke KLIA dari Jakarta oleh individu yang namanya hampir sama dengan orang yang menghubungi saya melaui email.
Dalam post di facebook tu katanya sedang menunggu flight untuk ke XIAN China, so saya agak betul la tu orangnya. Saya ingatkan muda, rupanya pangkat abang pada saya, lebih 15 tahun usianya dari saya, bekerjaya hebat, rasa malu pulak mintak tolong belikan buku bertajuk “Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin” tujuan saya nak buku tu bukan pasal nak jiwang-jiwang tetapi hendak belajar cara mengarang ayat, koleksi buku-buku saya banyak Non Fiction, Adventure, Kisah Benar, turun gunung naik gunung, terlalu rigid, so saya perlu belajar ayat-ayat yang agak lembut untuk tarik minat pembaca, ibarat cara-cara hendak menyulam baris-baris ayat seperti menyulam awan gemawan di langit untuk dijadikan selimut rindu, cenggitu.
So bila dah kenal wajah individu yang saya nak jumpa, saya un tengok di papan kenyataan Arrival, tengok fkight dari Jakarta dah sampai tapi beliau tak muncul-muncul juga, sempat dia email bagitau flight delay, so saya tunggu next flight. Lepas tu baru nampak wajah yang saya lihat di facebook, saya follow dia dari belakang dan saya nampak dia menyapa seorang pengawal keselamatan di situ, mungkin dia hendak bertanya di manakah ERL Kaunter, sebab saya beritahu hendak jumpa depan ERL melaui email, belum sempat pengawal keselamatan tu menjawab, saya tepuk bahu dia dari belakang, dan memang saya tak salah orang.
Beliau adalah seorang yang terlibat dalam bidang perundangan di Indonesia, ada company sendiri dan kembara ke XIAN bersama enam lagi kawan-kawannya yang sama bidang. Kalau nak banding dengan jawatan jurufoto picisan macam saya ni, memang jauh sangatlah, nak duduk semeja pun rasanya tak sesuai. Apapun saya panggil dia abang, 15 tahun lebih awal melihat dunia dari saya dan kami pun duduk semeja.
Ceritanya dia berhasrat untuk melakukan trip Trans-Siberia tahun depan bersama rakan-rakannya, so dia hendak tahu macam mana, berapa lama, di mana tempat yang sesuai untuk berhenti dan macam-macam lagi. dari segi kos, rasa saya, beliau tiada masalah, mungkin hendak tahu dari segi tempoh masa perjalanan terutamanya hentian-hentian yang sesuai untuk bermalam.
Saya memang respek dan hormat pada dia, sebelum ini pun dah ada beberapa orang jumpa saya empat mata untuk tanya trip itu dan ini. Bagi saya mereka ini lebih bersungguh-sungguh, ada sesetengah orang lebih suka bertanya melalui facebook sahaja. Lontar soalan di facebook page kembara atau yang berkaitan dan harapkan balasan, itu tak salah tetapi bagi saya adalah lebih baik kita jumpa sendiri orang tu untuk bertanya khabar dan sebagainya, lebih mesra.
Dalam bidang photography pun sama, ada antara pelajar universiti tempatan bila nak buat research, just hantar email, lengkap dengan soalan dan mintak kita balas, bila nak jumpa kata sibuk, mungkin mereka ingat saya ni free sangat ke. Ijazah pun belum dapat dah sibuk sangat, kalau dah kerja nanti tak tahu macam mana. Kalau betul-betul serius, adakan masa untuk jumpa, itu menunjukkan kesungguhan kita.
Buku Ground Zero tersebut adalah buku terjemahan dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Inggeris buku TITIK NOL. Saya dah ada buku tu, tetapi saya masih lagi inginkan buku Ground Zero, sebab Agustinus Wibowo pernah berkata pada saya sewaktu saya jumpa beliau di Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu bahawa buku Ground Zero ini lebih detail keana ianya untuk pasaran antarabangsa. Penulisannya lebih detail supaya masyarakat antarabangas lebih faham terutamanya cerita yang berkaitan dengan Islam, adat serta budayanya.
Sahabat saya yang baharu ini, walaupun sudah berusia dan memegang jawatan yang penting masih lagi minat keluar mengembara secara backpackers, saya tanya beliau, di XIAN nanti ada ambil pakej mana-mana ke? Beliau menjawab tidak, pergi sendiri dan planning sendiri dengan kawan-kawan, di sana nanti mereka akan naik keretapi ke Chengdu dan beberapa tempat lagi.
So kepada sahabat saya yang hanya tinggal beberapa tahun lagi hendak pencen, boleh sahaja keluar mengembara ataupun buat short trip dalam seminggu dua dengan kawan-kawan secara backpackers. Hendak seribu daya, boleh sahaja diusahakan. Ada satu ketika masa ada event Backpackers Talk di Central Market tahun lepas saya sempat berbual dengan seorang abang ni, mungkin 10 tahun lebih usia dari saya, beliau travel solo seorang diri sahaja, dah merata tempat dia pergi cuma tak dikongsikan di sosial media sahaja tetapi beliau sering mengikuti perkembangan backpackers di laman sosial media.
Terima kasih buat abang Rizal kerana menghadiahkan buku ini pada saya, dan terima kasih juga kerana belanja saya makan. Buku Ground Zero, saya minta beliau tolong belikan sebab belum ada lagi di Malaysia, bila nak bayar dia kata, tak perlu, ramai kenalannya di Gramedia katanya dan kata beliau lagi kalau nanti ke Jakarta jangan lupa hubunginya.
Teringat kata-kata yang ditulis oleh Agustinus Wibowo di dalam buku Selimut Debu untuk saya berbunyi “Wazari; Hari pertama kau lihat kawan, hari berikut jadi saudara…”