Kembara Nepal | Kisah Benar Langtang Aku Datang
© 2016 Wazari Wazir | Kembara Nepal | Langtang National Park
“Buat apa kat jambatan ni?” Tanya seorang pakcik yang hendak ke ladang kelapa sawit di seberang jambatan kecil ini pada isteri saya, jawab isteri, “ambil gambar.” “Buat apa ambil gambar sini, kenapa tak pergi pantai jer,” kata lelaki itu lagi, “Pergilah Bagan Lalang ke, Morib ke” tambahnya lagi.
Rupanya pakcik tu adalah saudara kepada pemilik ladang kelapa sawit tu, dia datang hendak bersihkan sikit-sikit kawasan ladang ni dan menurutnya beliau, ladang kelapa sawit ni dah ada orang nak beli. So nampak gayanya mungkin dalam masa kurang 5 tahun, tiada lagi pokok kelapa sawit di sini dan jambatan kecil tempat saya ambil gambar ini akan jadi sejarah buat kami sekeluarga.
Saya bukan hendak cerita tentang ladang kelapa sawit ataupun tentang pakcik tu ataupun tentang tips photography mengambil gambar kanak-kanak di atas jambatan tetapi saya hendak cerita tentng “Buku”, ye tentang buku, satu tajuk yang mungkin orang malas hendak baca, ok you all boleh skip dah, lets go to another interesting blog.
Buku ini saya dapat percuma dari sahabat saya Mhilmi yang menulis buku ini, katanya dia nak bagi free kepada semua yang bersamanya semasa trip di Langtnag Nepal tahun 2012 yang lalu. Syukur Alhamdulillah, kalau pun dia tak bagi free, insyaAllah saya beli juga untuk menyokong kawan, lagipun saya memang hantu buku, terutamanya buku-buku genre travelog atau yang berkaitan pengembaraan atau travel.
Buku “Langtang Nepal, Menjelajah Hingga Ke Himalaya” yang dipegang oleh anak saya HaiQal dalam gambar di atas tu ditulis oleh Mhilmi Osman tentang pengalaman beliau bersama saya dan rakan-rakan yang lain sewaktu trip kami ke Nepal Tahun 2012 yang lalu. Saya pun macam terperanjat jer dapat tahu dia dah tulis buku dan dah ada orang lain yang beli dan dapat dulu daripada saya.
Mulanya risau jugak saya nak baca, yerlah kan mana tahu, kalau ada benda yang dia tak puas hati dengan saya dia tulis dalam tu, saya tak boleh nak kata apa. Ini buku tulisan dia, buku tentang pengalaman dia serta pengamatan dia terhadap apa yang berlaku dan juga pandangan peribadi dia terhadap rakan-rakan yang lain.
Seronok juga membaca buku ni, salah satu sebabnya boleh mengingat kembali kenangan lalu, banyak juga perkara yang saya tak berapa hendak ingat dan ada juga cerita yang saya tak tahu, sebabnya kami terpisah, actually ayat “terpisah” tu kurang sesuai, bukan “ter” tetapi memang kami trekking ikut rentak, “pace” atau kudrat masing-masing.
Selesai sahaja trip Nepal, tu saya ada beritahu pada kawan-kawan, cerita kita ni boleh dibukukan, nak buat filem pun boleh, sebabnya setiap daripada kita ada cerita masing-masing, ada pengalaman tersendiri yang boleh dibukukan atau menarik untuk diceritakan pada kawan-kawan.
Saya dan Waja ataupun nama sebenar Ahmad Shukri, ada sebab mengapa ada di hadapan, salah satu sebabnya pengalaman saya semasa mendaki Gunung Kinabalu dengan rakan-rakan sekerja, masa tu saya ikut rentak kawan-kawan, memandangkan saya telah 2 kali naik Gunung Kinabalu, saya rasa tiada apa yang hendak dikejarkan, so saya ikut rentak kawan-kawan dan hanya mengekori mereka dari belakang, hasilnya hampir jam 6 PM baru kami sampai di Laban Rata, yang mana sepatutnya dalam jam 1 PM atau 2 PM dah boleh sampai di sana.
Hampir 9 jam mendaki dari Timpohon untuk ke Laban Rata, sepatutnya dalam 5,6 jam dah boleh sampai. Salah satu sebabnya ramai kawan-kawan yang berehat agak lama, dan bila nampak saya relak sahaja ikut rentak mereka, mereka bergerak secara “santai.” Jadi untuk trip ni saya tak mahu mengulangi kesilapan yang sama, saya kena di hadapan dan push mereka supaya bergerak lebih cepat sedikit. Kalau saya di belakang nanti ramai yang “manja.”
Kalau saya hendak cerita secara detail di blog ni memang tak sesuai, mungkin elok dijadikan buku. Gambar saya berdua dengan Waja dan gambar saya melompat di atas tu sudah tidak jauh dari Kyanjin Gompa sebenarnya, iaitu penghujung trek Lantang kalau kita tak berhajat hendak mendaki puncak Langtang Lirung.
Kami berdua agak lama di sana, menunggu kawan-kawan sampai, hampir sejam rasanya di sini, tapi tak muncul-muncul jugak, hari pun dah hendak gelap, so kami decide patah balik ke bawah. Salah satu sebab saya patah balik ialah saya membawa backpack Shukur, dalam backpack tu pulak ada Passport, Mykad, pendek kata semua dokumen penting Shukur ada dalam tu, kalau dia kena tahan dengan tentera yang berkawal, dia langsung tiada pengenalan diri.
Salah satu sebab saya bawa backpack tu pasal nampak Shukur macam tak larat nak bawa backpack tu, so saya beritahu dia, biar saya bawak, so kurang sikit bebanan, lagi satu saya dimaklumkan yang Fuad dan Wan Joe nak patah balik turun, tak jadi nak naik atas. Saya pun tak ingat siap yang beritahu tentang hal tu.
Gambar kami berdua tu kamera letak atas batu sahaja, kami ada bawa tripod tetapi macam malas hendak keluarkan dari backpack, maklumlah keadaan sangat sejuk, nampak dalam gambar macam panas tetapi sejuk betul di sana tu. So saya bagitau Waja, tak payahlah kita teruskan ke Kyanjin Gompa, takut apa-apa jadi dengan Shukur nanti, dia kena tahan ke apa, ke, sebab dia tiada pengenalan diri, duit pun tiada agaknya pasal wallet dia ada dalam backpack yang saya bawa.
Masa kami berdua hendak turun ke bawah tu “adventure” jugak tapi rasanya saya simpan dulu la kut. Perasaan marah, geram, suka duka, macam-macam ada, perasaan takut pun ada. Masa hendak ke Syabru Besi dari Kathmandu, semasa perjalanan ke sana rasa macam “one way ticket” sahaja, mula terbayang anak isteri, ahli keluarga, pasal tengok keadaan jalan memang kena banyak-banyak tawakkal dan berserah, silap sikit boleh Arwah tetapi beranikan diri juga sebab pemandu kami Rajesh lama tu dah beratus kali ulang alik laluan tu, so kita yakin pada kemampuan dia mengendalikan kenderaan dan selebihnya Tawakkal.
Ada masanya saya rasa macam hendak jalan kaki sahaja balik ke Kathmandu setelah selesai trekking nanti, sebab tak sanggup hendak lalu jalan yang sama dengan kenderaan pacuan empat roda. Jalan kaki walaupun lambat, saya rasa lagi selamat.
Bercakap tentang kembara, walaupun kita keluar travel bersama kawan-kawan tetapi pengalaman kita tidak akan pernah sama, siapa yang pernah membaca buku-buku tentang pendakian ke Gunung Everest ataupun mana-mana pengembaraan berkumpulan yang mencabar mungkin pernah membaca buku-buku tentangnya yang ditulis oleh berlainan orang walaupun mereka melakukan trip bersama.
Bercakap tentang trekking ke Nepal ini, apa yang saya harap kawan-kawan saya belajar ialah kita kadang-kawang tewas dengan diri sendiri, mental kita tak cukup kuat walaupun fizikal kita masih bertenaga. Saya agak terperanjat bila tiba di Thangsyap tempat kami bermalam, nampak Fuad, Wan Joe ada di sana, saya ingatkan mereka telah kembali ke Syabru Besi pasal tidak mahu meneruskan pendakian, rupa-rupanya mereka tak jadi turun setelah di”basuh” atau di”racun” oleh orang Nepal yang mereka jumpa, supaya mereka meneruskan pendakian, nampak tak? Mereka bukan tak boleh, boleh tetapi kena push bahagian “mental.”
Itu juga yang saya belajar semasa mendaki Gunung Kinabalu, jangan ditewaskan dengan permainan mental kita, kita kena kawal mental kita, jangan mengalah, kecuali kita betul-betul cedera dan memang tidak boleh meneruskan pendakian, letih sikit-sikit, sakit sikit-sikit itu perkara biasa, kita trekking di banjaran Himalaya, bukannya berjalan lenggang kangkung di taman bunga, sakit sikit dan penat sikit itu perkara biasa, luka sikit sana sini, itu juga perkara biasa. Saya tak penat ke? Tipulah kalau saya kata saya tak penat, menyesal? Tidak sama sekali…
Plan yang saya buat ataupun itinerary trekking yang saya rancang memang realistik, insyaAllah boleh dilakukan tetapi saya hanya boleh push atau beri motivasi pada orang setakat termampu sahaja, selebihnya kitalah sebagai individu yang perlu push diri kita sendiri.
Kalau tak percaya, sesiapa yang berpeluang jumpa Waja atau Ahmad Shukri yang duduk bergambar bersama atas batu tu, boleh tanya dia, macam mana saya “push” dia untuk sampai ke tempat kami bergambar tu. Rasanya macam hendak kering sudah anak tekak saya beri kata-kata semangat. Syukur Alhamdulillah dapat jugak bergambar dengan background yang diidamkan…
*Kepada sesiapa yang ingin membeli buku Travelog Langtang Nepal, boleh dapatkan maklumat lanjut di Facebook Mhilmi Osman, boleh beli terus dari beliau, insyaAllah…