Cuti Tahun Baru Cina | Jalan-Jalan Di FGS Dong Zen Temple | Jenjarom
© 2016 Wazari Wazir | Lantern Festival at FGS Dong Zen | Jenjarom | Kuala Langat | Selangor
Saya rasa setiap mereka yang berjiwa kembara mempunyai rasa ingin tahu yang sangat mendalam, every travellers have a deep curiosity about life, about the world, about everything around us. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tidak, terpulang masing-masing, dan oleh kerana kerana itulah pengembara mengembara untuk memuaskan nafsu ingin tahu mereka. Apa yang boleh dililhat di internet, di tonton di kaca TV ataupun di baca melaui buku-buku tidak cukup buat mereka, mereka ingin lihat dengan mata kepala sendiri, be there in person, feel the moment. To be in the action, to participate, rather than be a passive spectator.
Oleh kerana sebab itulah yang membawa saya ke sini, ke Fo Guang Shan Dong Zen Temple di Jenjarom ni. Sempena sambutan Tahun Baru Cina ni, temple ini, seperti mana tahun-tahun lepas mengadakan pesta tanglung ataupun “Lantern Festival” sepanjang Tahun Baru China ini sehingga 22 Februari ni. Biasanya setiap kali perayaan sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia ni, nama Temple Dong Zen ini tidak asing lagi, selain Thean Hou Temple yang terletak di Seputeh. Biasanya Thean Hou Temple lebih jadi tumpuan photojournalist yang beribu pejabat di Kuala Lumpur sebab lokasinya lebih dekat berbanding hendak ke Jenjarom ni.
Kami ke sini dua hari berturut-turut, hari pertama sebelah siang dan esoknya sebelah malam, saja nak tengok suasana, rasa macam mana, nak tahu best ke tak pesta tanglung ni. hari sebelumnya kami luangkan masa sekitar Banting mencari kerepek, bukan nak makan sangat tapi orang kata Banting ni terkenal dengan kerepek, so jalan-jalanlah sampai ke Jaez Halal Mart di Kampung Sungai Kelambu dan juga Fazz Kerepek House yang terletak di Kampung Sungai Lang Baru.
Saya ni bukannya kaki makan sangat, tapi macam saya bagitau tadilah, rasa ingin tahu tu kuat, strong curiosity, dan saya bukannya penggemar kerepek dan tak berhasrat pun nak jadi pengedar kerepek di Putrajaya nanti, cuma nak tahu apa yang best sangat dengan kerepek Banting ni, sedap sangat ke sampai boleh terbawa-awa dalam mimpi. Bagi saya biasa-biasa sahaja, mungkin murah sedikit berbanding tempat lain, kerepek rasa kerepek la kan, takkan rasa pizza pulak.
Berbalik pada pesta tanglung di Dong Zen temple ni, sebelah malam hari pertama CNY, punyalah ramai orang, senang cerita dalam satu-satu masa atau dalam sejam dua kami berada di sini, tak kurang 2000 hingga 3000 orang rasanya. Saya ke sini dengan keluarga, bukan atas urusan kerja, so gambar-gambar yang dirakam yang mana sempat sahaja, orang ramai, tak boleh nak ber-Photojournalist sangat, sebab kena jaga anak-anak yang super active ni.
Kepada rakan-rakan yang ada sekitar Selangor terutamanya sekitar Sepang, Banting atau Putrajaya atau dari KL, kalau nak buat stock photo rasanya boleh datang sini, Sambutan Chinese New Year ni disambut seluruh dunia, so market untuk gambar-gambar sempena CNY boleh diguna pakai di seluruh dunia, bukan hanya di Malaysia sahaja, maksudnya, kalau kita buat stok CNY, insyaAllah laku di banyak tempat. Tengok gambar apa kita ambil, stock sahaja ataupun buat editorial atau photo-essay. Masuk sini percuma, tak perlu bayar apa, bayar duit minyak sahaja.
Kalau nak dapat blue Light atau nak layan Blue Hour sebelum langit betul-betul hitam pekat, eloklah kita solat Maghrib dahulu di mana-mana masjid yang terdekat dengan Temple ni, so lepas solat boleh terus gerak ke temple ni, kami solat Maghrib di rumah dahulu, so bila sampai sana jalan sudah sesak, dan langit pun dah gelap.
Macam mana nak datang sini? Rasanya sebahagian besar dari kita dah ada Smartphone, guna sahaja apa-apa aps dalam tu, saya guna App Maps yang sedia ada dalam iPhone saya, taip saja Dong Zen Jenjarom. Tak pun datang sahaja ke Jenjarom, pekannya bukan besar sangat.
Kalau dari KLIA menuju Jenjarom ambil masa lebih kurang 30 minit atau kurang lagi, tengok gaya pemanduan kita. Kalau dari arah Dengkil, Putrajaya atau KLIA, laluan ke temple ni sebelah kiri, on the way kita boleh nampak bangunan Tesco yang besar sebelah kanan, kurang 500 meter lepas Tesco ada macam simpang empat yang agak busy, kat sana lah, ada pintu gerbang menyambut kita. Jumpa pintu gerbang tu, kira dah betul jalan tu. Kalau kembara di Russia boleh lepas, sesat di Jenjarom, malu orang kampung dapat tahu…
*Lupa nak beritahu, Tahun 2016 ni Tahun Monyet Api, so banyak lantern yang berbentuk monyet di sini, rasanya ada beratus-ratus lantern kat sini. Tak sempat nak bilang, memang meriah…
***Kepada pembaca blog orang Kuala langat, kalau ada tempat-tempat menarik yang rare, yang encik google pun tak jumpa, boleh beritahu saya, teringin saya nak melawat. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih…