Indahnya Suasana Pagi Di Desa | Kuala Langat
© 2016 Wazari Wazir | Indahnya Suasana Pagi Di Desa | Kuala Langat
“Look at Children. Of course they may quarrel, but generally speaking they do not harbor ill feelings as much or as long as adults do. Most adults have the advantage of education over children, but what is the use of an education if they show a big smile while hiding negative feelings deep inside? Children don’t usually act in such a manner. If they feel angry with someone, they express it, and then it is finished. They can still play with that person the following day.”
– Dalai Lama –
Gambar-gambar di atas ni bukan lakonan tetapi kenyataan. Arianna ingin mendapatkan ibunya, dia bosan lama-lama melepak kat jambatan kayu ni, mungkin dia takut jatuh dalam air yang cetek tu kut dan abangnya Raphael cuba menenangkan adiknya. Saya pulak sedang berdiri bersama tripod dalam parit yang tak berapa nak dalam ni, airnya agak bersih cuma berselut.
Kesemua gambar di atas dirakam sekitar jam 8 AM, awalnya kami anak beranak berjogging sekitar rumah dan dalam masa berjogging tu mata saya meliar memandang kalau-kalau ada lokasi yang berpotensi untuk memotret anak-anak saya. Kira maca “Location Scout” la, so bila ternampak sahaja jambatan kecil yang menghubungkan jalan kampung dengan ladang kelapa sawit ni, saya pun bagitau wife saya dan anak-anak, balik rumah, ambil kamera dan datang sini balik, dekat jer dari rumah pun.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan kerja sampai nak merakam gambar keluarga sendiri pun tiada masa. Ada sesetengah orang pula begitu teruja tatkala membeli kamera pertama mereka, macam-macam idea ada dalam kepala nak ambil gambar itu la ini la tetapi lama kelamaan, kamera pun berabuk dalam dry box. Beli kamera mahal-mahal, guna sebulan sekali pun payah.
Saya memang morning person, so nak bangun pagi memang takde problem, lepas subuh bangun dan memang tak sambung tidur dah, so sedang anak-anak saya masih lena tidur saya gerakkan, mereka, dah tidur cukup 8 jam dan tak perlu nak sambung sampai jam 10 AM, kalau dibiarkan memang sekitar 10 AM baru bangun, Raphael pulak malas nak joggging, berjalan jer dan ada masanya saya kena dukung dia, kira ok jugaklah, berjalan kaki dengan bebanan ini ada sedikit “resistance”, elok untuk otot-otot paha dan betis, lagipun lokasi jogging di sini kurang mencabar, mendatar sahaja, tiada bukit-bukit.
Sebagai photographer kita kena peka dengan persekitaran kita, terutamanya “the quality of light” dan biasanya mana-mana photographer pun dia akan peka dengan kualiti cahaya dan juga mereka boleh menghidu “Photogenic Location.” Bagi sesetengah orang sesuatu tempat tu nampak macam biasa sahaja tetapi bagi mata photographer ada sesuatu yang menarik di sana. Sebagai contoh bangunan-bangunan usang atau bangunan tinggal, bagi sesetengah orang, ianya pemandangan yang menyakitkan mata tetapi bagi saya pula, sangat sesuai untuk dijadikan latar belakang subjek saya.
Kawasan tempat saya ambil gambar anak-anak saya ni kalau di waktu tengahari memang takde apa yang menariknya, tetapi kalau di waktu pagi sedang berkabus memang agak menarik, mungkin itu rezeki untuk orang bangun pagi, udara segar, pemandangan menarik, suasana sejuk tapi tak lama, biasanya sekitar setengah jam sahaja suasana berkabus macam dalam gambar tu, lepas tu kurang menarik.
Dalam kerjaya saya, merakam gambar VVVIP adalah rutin kerja saya tetapi VVVIP sebenar saya adalah keluarga saya. They deserve the best photographic documentation from me. Hillary Rodham Clinton pernah berkata “Don’t confuse having a career with having a life.” Masing-masing mungkin mempunyai tafsian berbeza dengan kata-kata tersebut, ada orang merasakan Career mereka adalah segalanya, Kerjaya mereka adalah kehidupan mereka, tak kurang juga yang merasakan kerjaya mereka hanyalah sekadar sumber rezeki untuk meneruskan kehidupan sahaja, tetapi kehidupan mereka bukanlah “kerjaya” mereka.
Ada dikalangan sahabat saya yang terlibat dalam bidang ini terperangkap dengan kerjaya mereka, sedang sahabat lain enjoy berhujung minggu bersama keluarga, mereka pula terpaksa bekerja dan tak kurang juga berbangga berjauhan dengan keluarga berminggu-minggu bertugas di luar negara, saya dulu pun lebih kurang macam tu juga, konon busy dengan kerja, orang lain cuti, kita kerja, cover bencana alam la, persidangan antarabangsa di luar negara la, ataupun berjauhan dari keluarga untuk bertugas di negeri-negeri lain jauh dari ibu pejabat.
Ada yang berkata aku kerja sana sini pasal cari duit untuk keluarga, ye, memang betul, tak siapa menafikannya, tetapi what is the point kalau wang berkepuk-kepuk dalam bank tetapi tiada masa bersama keluarga. Maksud saya kita kena tahu set the limit, cari duit sampai mati pun takkan pernah cukup. Kita kena tahu, when enough is enough. Cuti Tahun Baru Cina ni saya ambil cuti, walaupun saya tahu kalau bertugas masa CNY ni, overtime banyak, triple pay, tambahan lagi kalau kerja sampai tengah malam, pakcik kayo…
Apapun terpulang masing-masing, anda dan kehidupan anda dan saya dengan kehidupan saya, kepada yang biasa follow saya, mereka tahu dan lebih 3 tahun, mungkin masuk tahun ke-4, saya tiada lagi mengadakan workshop photography atau photoshop, kalau hendak ikutkan ada sahaja jemputan sana sini untuk saya bagi talk tentang photography, tetapi biasanya saya tolak, alasannya seperti yang you dah tahu. Kesemua bengkel photography/photoshop tersebut akan mencuri masa hujung minggu saya. Tak dapat duit pun tak mengapa, wang ringgit yang banyak sama sekali tak mampu membeli sesaat yang kita hilang bila berjauhan dari keluarga. Ada yang kata kualiti bersama keluarga lagi penting dari kuantiti, it’s your life, I’m not here to argue…
Berbalik kepada gambar-gambar di atas, saya gunakan kamera DSLR dengan lensa 50 mm, ada gambar saya guna aperture f/2.8, dan ada yang saya guna f/1.4. Kenapa tak guna Fujifilm X100T, sebabnya saya inginkan bokeh, lagipun tiada apa sangat di bahagian belakang tu yang perlu didetailkan dan bokeh dari lensa 50 mm, sudah pasti lebih baik dari bokeh lensa 23 mm pada Fujifilm X100T saya, kalau saya nak guna X100T untuk bokeh boleh, tetapi jarak kamera dengan subjek kena dekat dan bila dekat lensa 23 mm akan beri distortion yang kurang menarik untuk portrait anak-anak saya.
Point saya ialah, kita sebagai photographer kena tahu apa yang kita inginkan tetapi kena sesuaikan balik dengan apa yang kita ada. Bagi saya lensa 50 mm memberikan perspective yang saya inginkan. Look natural dan kepada yang belum tahu sudut pandang lensa 50 mm pada kamera full frame hampir menyamai sudut pandang normal mata manusia. Pendek cerita, kita kena faham kekurangan serta kelebihan peralatan yang kita ada.
Ada sebab kenapa photographer dari Russia iaitu Elena Shumilova sering menggunakan lensa 135 mm untuk merakam gambar anak-anaknya di sekitar rumahnya, sebabnya seperti yang saya sebut di atas. Lagipun di sekitar rumahnya bukan ada sangat mercu tanda ataupun iconic architecture yang perlu dihighlightkan, cuma kawasan bersalji (in winter), tasik serta pokok-pokok sahaja, rasanya kalau dia ambil gambar anak dia di tengah-tengah bandar Moscow, mungkin lensa 135 mm kurang sesuai.
Saya tidak miliki lensa 135 mm, kalau ada dah tentu saya saya gunakan lensa tu di sini, tapi kalau nak beli, memang takdelah, lebih baik saya guna duit tu beli tiket pi Siberia, lagi bagus. So buat masa ni saya gunakan lensa 50 mm, sahaja, lagipun harga 50 mm ni mampu milik, jauh lebih murah lagi dari kebanyakan smartphone canggih yang kita miliki.
One Comment
winny
lucu sekali tingkah anak kecil itu yah bang