Kehidupan Ini Adalah Sebuah Pengembaraan | Kuala Langat
© 2016 Wazari Wazir | My Family at Kuala Langat
Kehidupan ini sememangnya adalah sebuah pengembaraan, sama ada kita memilih untuk kekal hidup hingga akhir hayat di tanah kelahiran kita, ataupun keluar jauh meninggalkan keluarga yang membesarkan kita untuk hidup sendiri. Saya dibesarkan di Sungai Besi, mengenal A,B,C dan Alif, Ba, Ta di sana. Satu ketika dahulu Sungai Besi tu boleh dikatakan Kampung juga pasal agak jauh dari Kuala Lumpur, di kawasan saya tinggal banyak rumah-rumah kampung yang berdindingakan papan lapis dan beratap zinc.
Kini kampung tersebut telah membangun, dah ada ERL, LRT, Komuter dan telah didirikan Stesen bas yang hampir menyerupai terminal lapangan kapal terbang iaitu Terminal Bersepadu Selatan TBS, dulu laluan yang ada di sana hanyalah laluan Keretapi Tanah Melayu sahaja iaitu KTM tetapi tiada stesen keretapi di Sungai Besi, hanya laluan sahaja menghubungkan Kuala Lumpur dan Seremban.
Dipendekkan cerita kami sekeluarga atelah berhijrah ke tempat baharu, di kawasan majlis Daerah Kuala Langat, dah jadi orang Kuala Langat. Bunyi macam jauh sangat dari Kuala Lumpur tetapi untuk ke Putrajaya dari kawasan rumah kami ini bukanlah jauh sangat, kurang 30 minit boleh sampai, kalau hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA hanya ambil masa dalam 15 minit, sama juga kalau ingin ke MITSUI Outlet Park KLIA Sepang, hanya ambil masa dalam 10 hingga 15 minit sahaja kalau jalan tidak sesak.
Gambar terbaru di atas ni saya rakam tidak jauh dar rumah, jangan terperanjat kalau saya kata hanya berjarak beberapa meter sahaja dari rumah, kalau jalan lenggang kangkung mungkin ambil masa kurang 5 minit, kalau berlari dari rumah, rasanya seminit pun mungkin tak sampai. Tetapi, seperti yang saya tulis sebelum ini, saya pun tak pasti sampai bila suasana ini akan kekal begini. Sungai Besi yang dahulu bukan lagi seperti sekarang, rasanya untuk masa-masa mendatang ada kemungkinan kawasan ladang kepala sawit di sekitar KLIA ini habis diratakan untuk buat kawasan perumahan.
Mungkin pembinaan lebih banyak kawasan perumahan, perindustrian ataupun rumah kedai lebih menguntungkan bagi tuan punya tanah. Sementara ianya masih kekal begini, eloklah saya rakam sebanyak-banyak gambar di sini, sama macam di Desa Petaling, satu ketika dahulu kami sering bawa anak-anak naik ke atas bukit di Desa Petaling tersebut untuk melihat pemandangan Kuala Lumpur dan menyaksikan matahari terbenam, kini kawasan tersebut telahpun didirikan rumah berharga jutaan ringgit setiap satu dan kawasan itu sudah tentunya berkawal ataupun “Gate Community” So, hanya golongan Jutawan saja yang layak menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur dari atas bukit di kawasan tersebut.
Berbalik kepada gambar di atas, kami rakam selepas berjogging sekitar kawasan ini, tak sempat nak explore habis lagi, kawasan Kuala Langat ni agak besar, banyak juga tarikan sekitar Banting, sempat jugak ke Tanjung Sepat, Bagan Lalang, Morib, Batu Laut. Pulau Carey jer tak sempat lagi, nanti bolehlah layan memotret Mah Meri di sana nanti kalau ada kelapangan. Bukit Jugra pun menarik jugak untuk di explore.
Sementara tu cukuplah sekitar rumah sahaja, nak bergambar di KLIA tapi tak terbang ke mana, sakit hati pulak tengok kapal terbang berlepas.
Anak-anak saya tu masih mengantuk lagi, seawal jam 7 pagi, kami dah gerakkan dia untuk keluar rumah, berjogging, memang kena paksa, saya “Morning Person”, memang cuti ke tak cuti, tetap bangun awal, orang lain pun bangun awal jugak untuk solat Subuh cuma saya tak sambung tidur pasal rugi masa terbuang melayan mimpi, hidup kita di dunia ni bukannya lama mana, so gunakan setiap saat penuh makna menurut timbangan diri sendiri, kepada yang rasa bermanfaat untuk tidur sampai tengahari di hujung minggu, terpulang diri masing-masing.
Banyak lagi kalau hendak saya tulis tapi rasanya ada sebahagian dari perkara tersebut elok disimpan jauh di sudut hati, tambahan pula zaman cyber ini, semakin ramai orang cerdik pandai, malahan lebih cerdik lagi daripada mereka yang memang ahli dalam bidangnya.
Nothing stays forever, tiada yang kekal lama kecuali beberapa perkara, antara lain ialah sekeping gambar yang dirakam dengan kejujuran, yang dirakam seadanya tanpa manipulasi melampau seperti kes yang melibatkan sebuah jenama kamera baru-baru ini, yang salah bukan jenama kamera tersebut tetapi orang yang memanipulasi gambar tersebut.
Persekitaran dalam gambar ini tidak akan kekal lama, anak-anak saya juga akan semakin membesar dan kami sebagai ibu bapa akan terus meniti usia, insyaAllah. Semasa saya seusia mereka, tiada kenangan bergambar saya dana adik beradik lainnya, sebab keluarga kami sebagaimana keluarga-keluarga awal 70an, yang rata-ratanya waktu itu bukanlah terdiri dari orang yang senang, wang yang ada hanya cukup untuk meneruskan kehidupan, apalagi untuk membeli kamera.
Saya yang suka membaca buku ini mengibaratkan kedatangan tahun baru sebagai sebuah buku baru yang punya helain-helain kertas putih yang masih kosong. Terpulanglah kepada kita untuk menulis cerita apa di dalamnya, baik buruk, menarik atau tidaknya cerita yang bakal kita tuliskan dalam buku tersebut bergantung kita. Sama ada kita ingin penuhi kisah-kisah kehidupan yang biasa-biasa di dalam buku tersebut atau memilih untuk menulis kisah-kisah penuh warna warni, penuh pengembaraan, ataupun hanya seakan mengulang atau menyalin sahaja cerita-cerita dari tahun-tahun lepas sahaja, semuanya tergantung ke atas kita.
Saya ingin menarik perhatian sahabat semua terutamanya yang suka membaca, kalau boleh dapatkan buku ini bertajuk A Million Miles in a Thousand Years, tulisan Donald Miller. Buku ini antara buku yang cukup memberi kesan kepada saya, bagaimana kita boleh jadikan kehidupan kita lebih bermakna, penuh adventure ibarat sebuah filem tetapi ianya adalah sebuah realiti.
“I think this is when most people give up on their stories. They come out of college wanting to change the world, wanting to get married, wanting to have kids and change the way people buy office supplies. But they get into the middle and discover it was harder than they thought. They can’t see the distant shore anymore, and they wonder if their paddling is moving them forward. None of the trees behind them are getting smaller and none of the trees ahead are getting bigger. They take it out on their spouses, and they go looking for an easier story.”
– Donald Miller –
One Comment
Zaini
Another good write bang. Always admire bro especially sebab possess both great ability: photog & reading. Kudos.
BTW, itu hari ternampak bro depan KLCC. Nak tegur ragu-ragu, terus tak jadi. Haha.