Family,  Life,  Travel

Cuti-Cuti Malaysia | Jalan-Jalan Ke Planetarium Negara

Planetarium_Poster

Planetarium Close

Family Photography | Planetarium

Family Photography | Planetarium

© 2016 Wazari Wazir | Visiting National Planetarium | Kuala Lumpur

Straight to the point, actually selepas kami berjogging di KLCC, kami sekeluarga tidak terus pulang ke rumah tetapi terus ke Planetarium Negara yang terletak di Tasik Perdana atau nama barunya Taman Botani Perdana (Perdana Botanical Garden). Sebabnya pasal ada cerita baru. Kami dah 2,3 kali ke sini tetapi ceritanya sama sahaja, so ada cerita baharu, kami pun lanjut ke mari.

Untuk pengetahuan galeri pameran di Planetarium ini ditutup kepada orang ramai secra berperingkat bermula dari 2 November 2015  hingga 3 Januari 2016 dan ditutup sepenuhnya pada 5 Julai 2016 untuk proses penambahbaikan dan naik taraf, tetapi Teater Angkasa yang menayangkan cerita seperti dalam poster di atas dibuka seperti biasa.

Semasa kami ke sini, minggu lalu, hanya kami berlima sahaja di dalam dewan teater yang boleh memuatkan beratus-ratus orang, kira macam dewan teater ni kami yang punya. Kami tak tengok ketiga-tiga filem pendek tersebut sebab dah penat berjogging, kalau lama lagi dalam dewan ni, alamatnya mungkin dewan teater ni yang akan tengok kami.

Kami hanya menonton tayangan pertama sahaja iaitu TILT, kanak-kanak suka la pasal ianya bercorak kartun pengembaraan ke Angkasa Lepas, kita boleh tahu bagaimana terjadinya pertukaran empat musim di dunia ini. Bagaimana terjadinya musim panas, musim sejuk,  dan dua musim lainnya.

Budak-budak tak boring pasal setiap satu-satu tayangan tak sampai setengah jam pun. Saya bagitau ni bukan apa, saya amat-amat percaya ada sebahagian besar warga kota yang belum pernah masuk pun ke Planatarium Negara ni walaupun mungkin ada yang dah pernah sampai nun jauh ke Baikonur di Kazakhstan sana, tapi kalau ada orang tanya, Planetarium Negara Malaysia kat mana yer? Mungkin ada yang menganga, sebut Baikonur, cergas jawab Kazakhstan…

Okey, itu jer nak bagitau…

*Actually saya ada hidden agenda bawak anak-anak kat sini, supaya dorang belajar rajin-rajin, nanti boleh sambung belajar di Russia, InsyaAllah…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.