Turkmenistan Aku Datang
© 2015 Wazari Wazir | Turkmenistan Cultural Show | 20th Anniversary of the Neutrality of Turkmenistan,
Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 20 Permanent Neutrality Turkmenistan, Pusat Kebudayaan Turkmsniatan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia teah mengadakan Minggu Kebudayaan Turkmenistan di Malaysia untuk menarik minat orang ramai berkunjung ke sana. Persembahan ini diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. (Dah Macam Nota BERITA Pulak)
Mulanya saya tersalah tempat pasal sampai agak lewat sedikit, bukan lewat sangat, cuma dua tiga minit sebelum persembahan berlangsung, jadual yang saya terima dari Kementerian Pelancongan menyatakan jam 8 PM baru bermula acara, saya ingatkan biasalah di Malaysia ni, kata pukul 8 PM, 8:30 PM atau 8:45Pm baru mula acara.
So dalam tergopoh gapah tu saya terus ke Panggung Bandaraya DBKL yang terletak on the way ke Dataran Merdeka tu, kira di simpang empat Jln Tun Perak tu. Sampai je kat sana, tengok macam pelik jer, tak ramai orang, tetapi ada persempahan teater tapi tak nampak pulak orang berwajah Turkmenistan di situ, poster atau banner tentang Turkmenistan pun nampak, tak sedap hati takut salah tempat, saya pun tanya kat pak guard kat situ, rupanya Auditorium DBKL tu terletak di bangunan utama DBKL.
So rushing ke sana pulak, dalam jam 8:05 PM sampai dan agak terperanjat show dah start, kira baru ucapan perasmian, kira menepati masa sungguh orang Turkmenistan ni.
Turkmenistan ini memang salah satu destinasi idaman kerana ianya terletak di Asia Tengah ataupun Central Asia yang terdiri dari negara-negara seperti Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan sendiri. So kalau nak lawat Central Asia secara complete atau menyeluruh kena melawat keenam-enam negara tersebut. Kalau nak ikutkan Negara STANS ni ada TUJUH semuanya termasuk Afghanistan dan Pakistan cuma mereka tidak termasuk dalam Asia Tengah. “Stan” ini dalam bahasa Parsi atau Urdu bermaksud seperti “Land” Tanah ataupun Negara. “Land of Kazakhs,” “Land of Afghan” dan seterusnya.
Tak banyak gambar yang saya rakam dalam persembahan memukau yang memakan masa lebih kurang satu jam tersebut yang sebahagian besar masanya diisi dengan tarian kebudayaan dan juga nyanyian dari artis negara berkenaan yang saya memang tak faham apa isi kandungannya tetapi memang unik pada pendengaran telinga saya dan yang lebih buat saya terpaku sampai rasa rugi nak ambil gambar pasal rasa rugi pulak melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan yang menjadikan paras rupa wanita-wanita Turkmenistan di atas pentas tersebut yang boleh buatkan lelaki normal tidak tidur lena hanya melalui viewfinder kamera sahaja. “Ayat Cliche“
Jadi saya rakam ala kadar sahaja, cuma saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan promosi pasal rata-rata yang memenuhi ruang Auditorium DBKL ini ialah wajah-wajah dari negara STANS, mungkin majoriti dari Turkmenistan sendiri, sepatutnya yang paling ramai ialah rakyat Malaysia bukannya rakyat Central Asia, namanya pun nak promote Turkmenistan.
Kira seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia buat persembahan di Moscow dan boleh kata setiap inci ruang ballroom dipenuhi rakyat Malaysia, dan bukannya rakyat Russia, macam tak tercapai agenda promosi tersebut.
Bukan sebab persembahan tak menarik tapi saya rasa kurangnya promosi, dan kalau you all nak tahu Turkmenistan ini antara negara Central Asia yang agak rumit nak masuk berbanding dengan negara jirannya yang lain, setakat homework yang saya buat, kita perlu dapatkan LOI, “Leter of Invitation” daripada Travel Agency yang berdaftar di sana baru boleh mohon Visa dan bukan seperti Visa Invitation di Russia, kita kena book tour dengan travel agency mereka juga. Setakat yang saya baca belum jumpa lagi website ataupun travel agency yang boleh jual “dummy” LOI untuk dapatkan Visa Turkmenistan.
Cuma untuk mereka yang bekerja atau ada urusan di Turkmenistan seperti bekerja dengan syarikat Oil and Gas ataupun menghadiri persidangan, belajar ke apa ke, mungkin senang sikit hendak masuk, bagi saya lebih rumit dari Russia.
Negara jirannya yang lain seperti Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan sudah melonggarkan syarat untuk kemasukan tourist ke negara berkenaan. Setakat yang saya tahu, sebagai rakyat Malaysia kita tidak lagi wajib memiliki LOI untuk masuk ke Uzbekistan, manakala untuk ke Kazakhstan, Kyrgyzstan, kita boleh dapatkan visa on arrival dan untuk Tajikistan kita boleh dapatkan visa on arrival kalau kita mendarat di lapangan terbang negaranya, kalau nak cross border boleh apply visa dari negara jiran terdekat, tidak perlu LOI atau booking tour dengan mana-mana travel agency di sana.
Tapi itu semua adalah cabaran untuk sang pengembara, mungkin ada yang kata, kalau susah sangat nak masuk tak payah pergilah, ada hampir 200 lagi negara di dunia ni yang kita boleh pergi, apa sibuk sangat nak ke Turkmenistan, hanya pengembara sahaja yang faham kenapa dan mengapa dan Central Asia ni bukanlah destinasi pelancongan seperti France, Italy, Spain, Austria dan negara Europe lainnya. Kalau hendak ikutkan negara-negara Asia Tengah ini bukan destinasi Pelancongan, ianya lebih sesuai dengan destinasi “Pengembaraan.”
Mengapa saya berminat untuk ke Central Asia, sebabnya mudah kerana negara-negara Asia Tengah ini masih lagi belum popular, bila belum popular, pelancong atau pengembara tak ramai seperti mana Kota London, Paris, Amsterdam, Prague, Moscow, Tokyo dan seangkatan dengannya.
Bagi saya negara Central Asia masih lagi menyimpan seribu misteri, dan agak susah kita hendak jumpa blog pengembara Malaysia yang pernah ke negara Central Asia ini. Kalau ada pun mungkin tak sebanyak cerita-cerita tentang pengembaraan ke negara sebelah Eropah. Yang biasa kita dengar ialah orang melancong dengan pakej ke Uzbekistan.
Saya berharap di masa-masa terdekat ini kerajaan Turkmenistan akan memudahkan lagi urusan keluar masuk tourist ke negara mereka sekiranya mereka benar-benar inginkan sejumlah besar pelancong atau pengembara masuk ke negara mereka. Dan kepada kawan-kawan yang pernah ke Turkmenistan yang mana tanpa melalui mana-mana travel agency tanpa perlu booking tour yang agak mahal dengan travel agency di sana, boleh beritahu saya, boleh tinggalkan maklumat anda di ruangan komen, saya berhasrat ingin kembara ke negara Central Asia termasuk ke Turkmenistan.
Kalau dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia, saya ingin melawat ketujuh-tujuh negara STANS seperti mana yang telah dilalui oleh penulis buku Garis Batas Agustinus Wibowo, minat manusia berbeza-beza, sikap ingin tahu manusia juga berbeza-beza. Dalam usia saya yang semakin menganjak usia, saya ingin habiskan dahulu tenaga yang masih kuat ini untuk ke negara-negara yang agak sukar, so kalau dipanjangkan usia nanti, bila dah tua nanti, insyaAllah barulah ke negara-negara yang mudah sikit, ke negara yang tak banyak karenah nak masuk, dan tidak memeningkan kepala.
Walaupun agak rumit hendak ke Turkmenistan, mudah-mudahan Tuhan permudahkan kerana Dia Yang Memiliki Seluruh Alam Semesta ini, Dia Yang Maha Berkuasa daripada mana-mana kerajaan di dunia ini, insyaAllah..
One Comment
hidayah
mmg teringin sngt nak ke Central Asia ni. Moga urusan dipermudahkan.