Adventure,  Travel

Kembara | Mengapa Ke Russia Semasa Musim Sejuk?

Trans Siberian Railway | Moscow | RussiaTrans Siberian Railway | Moscow | Russia

© 2015 Wazari Wazir | Winter in Moscow Russia

Pertanyaan mengapa, kenapa, seringkali ditanya bila kita membuat pilihan tentang sesuatu, ada masa dan ketikanya, ianya boleh dijawab dengan mudah, namun ada masa dan ketikanya, sebuah jawapan hanya akan mengundang lebih banyak persoalan, contoh tentang brand kamera, tentang mengapa memilih mirrorless kamera dan bukan DSLR. Soalan yang agak mudah dijawab bagi saya ialah tentang pemilihan lensa, sama ada wide angle ataupun telephoto 400 mm.

Pemilihan lensa ini senang dijawab berdasarkan tugasan yang diberi, kalau kita ke Safari di Tanzania, kita perlukan telephoto kalau nak ambil gambar haiwan dari jarak jauh, kalau kita hanya bawa lensa UWA Ultra Wide Angle 14-24 mm sahaja, maka nampak halus sangatlah haiwan tu, pasal haiwan di sana liar, tak mudah dihampiri.

Berbalik kepada kembara, pemilihan desinasi ataupun sama ada kita suka pergi sewaktu musim panas atau musim sejuk adalah atas minat diri masing-masing, rasanya tak perlu  kita tanamkan minat kita dan seterusnya cuba untuk mempengaruhi orang lain untuk kembara ke destinasi atau musim tertentu, dan saya bukanlah orang yang mudah dipengaruhi, walaupun orang-orang di Kashmir kata musim panas di sana sangat cantik, saya tetap memilih winter sekiranya ingin ke sana lagi dan sekiranya orang di Saint Petersburg kata, musim panas semasa “White Night” sangat cantik, saya tetap memberi keutamaan untuk melawat pada musim sejuk berbanding summer.

Ada yang kata rugi ke Russia hampir 3 minggu, untuk sebuah negara, sedangkan sekiranya kita memilih untuk kembara ke sebelah Barat Eropah, kita boleh melawat berbelas ataupun puluhan buah negara untuk tempoh yang sama. Saya tak pernah rasa rugi kerana bukan impian saya untuk mengira-ngira jumlah negara yang saya pernah jejaki.

Walaupun hanya tiga minggu di Russia, saya menganggap ianya hanya sebagai “Window Shopping” sahaja, maksud saya hanya sekadar melihat dari luar tingkap pusat membeli belah dan tidak masuk ke bahagian dalam. Ini bukan bermakna saya hanya melihat Russia dari dalam keretapi sahaja, saya turut keluar dan bermalam di Saint Petersburg, Moscow, Kazan, Irkutsk dan lain-lain serta berjalan-jalan sekitarnya cuma “tidak masuk ke dalam.”

Tidak masuk ke dalam ini, saya maksudkan sebagai “Not In The Heart of Russia.” Walaupun saya berjalan-jalan di Moscow, Saint Petersburg dan sebagainya, saya tidak masuk ke dalam, tidak sempat untuk menyelami atau merasai denyut nadi Russia, ataupun “Russian.” Degup jantung Russia ini saya maksudkan, degup jantung rakyat Russia.

So apa kena mengena dengan Winter atau musim sejuk, bagi pandangan peribadi saya, Russia selalu dikaitkan dengan musim sejuk, bilamana teringat akan Russia, saya terbayangkan dengan orangnya yan memakai baju-baju yang berbulu tebal  dengan topi kepala “Ushanka” yang unik dan cukup sinonim dengan Russia.

Antara sebab lain pula ialah perasaan ingin tahu, curiosity, orang kata Winter di Russia ni tak sama macam tempat lain, tak sama macam mana tu? Benda macam ni kita tak boleh google, kita kena rasa, kalau kita kata sejuk di Russia boleh cecah -50º atau -60º celcius, tak mungkin dapat kita rasa bagaimana sejuknya keadaan tersebut hanya dengan melihat angka, kalau kita tengok youtube pun, kita tidak akan dapat rasa, kita kena berada di sana untuk tahu sendiri bagaimana rasanya kedinginan Siberia semasa musim sejuk.

Cuma bagi yang berkira-kira dengan masa, mungkin mereka akan rasa rugi untuk kembara ke Russia semasa winter, sebabnya ialah waktu siangnya sangat pendek, lebih kurang enam jam sahaja, matahari naik sekitar jam 9 AM pagi dan lebih kurang jam 4 PM telah masuk waktu Maghrib, kira jam 4 PM di Russia semasa musim sejuk keadaanya lebih kurang jam 7:30 PM di Kuala Lumpur. Banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati telahpun ditutup pada waktu itu, nak keluar pun rasa kurang selesa.

Senang cerita, point dia ialah “Curiosity” perasaan ingin tahu yang membuak-buak membuatkan saya ke Russia semasa musim sejuk, rakan sebilik saya sewaktu di Moscow ialah seorang warganegara Russia cuma dia telah berhijrah ke Montenegro, dia sendiri sebagai anak jati Russia mengatakan bahawa “Russian Winter is Very Strong.” Dah banyak tempat dia pergi termasuklah di Pulau Pinang Malaysia dan Bangkok Thailand. Bila dia dapat tahu yang saya akan meneruskan perjalanan ke Lake Baikal, dia suruh saya berhati-hati kerana bagi orang Russia sendiri tempat itu tersangat sejuk.

Bila dengar dia cakap macam tu, saya pun jadi cuak jugak, lepas tu dia tanya lagi, saya ada baju lain lagi tak? Waktu tu saya hanya ada baju windbreaker, dan “long john” sahaja. Dia macam risau kalau saya hanya  mempunyai pakaian itu sahaja, saya beritahu dia lagi, saya ada bawa extra “Parka” dalam backpack saya. Lepas tu baru dia mengangguk.

Kerana perasaan ingin tahu itu jugalah yang membuatkan saya bertekad untuk mencuba perjalanan Trans-Siberian Railway, perjalanan merentasi Russia berhari-hari dengan menaiki keretapi, saya ingin tahu bagaimana rasanya tinggal berhari-hari di dalam keretapi sewaktu musim sejuk selama berhari-hari.

Perjalanan berkeretapi di Malaysia ini rasanya paling lama pun dalam 7/18  jam iaitu dari Johor Bahru ke Tumpat Kelantan (Ekpress Rakyat Timuran), bayangkan macam mana rasanya berada di dalam keretapi selama 6 hari sekiranya kita naik keretapi dari Moscow terus ke Beijing China, cuma saya tidak terus ke Beijing, yang paling lama saya di dalam keretapi ialah selama 3 hari iaitu dari Kazan ke Irkutsk.

Dan apa yang boleh saya katakan, perjalanan selama tiga hari itu dirasakan sangat singkat, kalau boleh nak rasa perjalanan keretapi 6 hari terus ke Beijing atau Vladivostok dan kalau ada trip laluan keretapi tanpa henti selama 10 hari, saya tidak sabar untuk mencubanya.

Berbekalkan semangat atau perasaan “curiosity” atau ingin tahu itu, saya akan terus mengembara, semoga Tuhan berikan saya tubuh badan yang sihat, dimurahkan rezeki, dilapangkan masa untuk terus berjalan ke segenap pelusuk muka bumi ini dan menghayati ciptaanNya, insyaAllah…

Katakanlah, “Berjalanlah di muka bumi.” Maka, perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari awal, dan kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.”

– Al-Ankabut : 20 –

 

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.