Kembara Trans-Siberia | Masjid Kul Sharif | Permata Kazan Di Russia
Sebelum saya menulis artikel ini, saya ada buat research sedikit tentang Kazan, Ibu Negeri Republik of Tatarstan Russia, tapi macam lama sangat nak research, so saya serahkan pada anda semua buat research. Bukan apa, takut lama sangat research, langsung tergantung cerita dan tiada artikel disiarkan.
Di Russia terdapat 22 buah Republik, yang mana terbaru ialah Republik Crimea, setiap Republic mempunyai kuasa autonomi sendiri, perlembagaan sendiri, president dan parlimen sendiri. Kita di Malaysia ni mesti kenal ataupun pernah dengar nama Akhmad Kadyrov kan? Beliau ialah President Republic of Chechen. President Republic of Tatarstan pula ialah Rustam Minnikhanov, beliau menjadi President semenjak Tahun 2010 hingga kini.
Anyway, sebahagian besar bangsa Tartastan beragama Islam, dan lebih 50 % daripada jumlah warganegara Tartastan ini beragama Islam. Jadi di Kazan ini memang banyak sangat masjid, tapi kebanyakannya bukanlah besar-besar seperti di Turki, cuma dalam banyak-banyak masjid itu Masjid Kul Sharif inilah yang paling cantik walaupun usia masjid ini tidak sampai ratusan tahun. Ianya hanya siap di bina pada tahun 2005.
Sebelum ini ada masjid besar di Kazan tetapi telah dibakar pada tahun 1552, semasa pemerintan Ivan IV Vasilyyevich atau lebih dikenali dengan gelaran Ivan The Terrible. Nama Masjid Kul Sharif itu adalah sempena nama Imam Sharif yang berjuang hingga mati shahid bersama pelajarnya mempertahankan masjid tersebut daripada dimusnahkan oleh Ivan The Terrible. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang “Ivan Yang Teruk” tu, you all reserach lah sendiri yer, pasal panjang sangat ceritanya.
Sekiranya kita baca blog-blog tulisan Mat Salleh tentang Trans-Siberian Railway, amat jarang mereka masukkan Kazan dalam itinerary mereka, lagipun laluan perjalanan keretapi ke Kazan sebenarnya telah terkeluar daripada laluan utama Trans-Siberian Railway. Tetapi bagi kita yang beragama Agama Islam, sekiranya kita berpeluang melakukan trip Trans-Siberia, eloklah kita singgah di Kazan, sedikit sebanyak dapat memperingati tentang kisah perjuangan Islam dan Tartastan di Russia.
Kalau kita menggunakan keretapi dari Moscow, ianya akan mengambil masa lebih kurang 12 jam perjalanan keretapi untuk ke Kazan. Sekiranya kita tidak berminat untuk melakukan trip Trans-Siberia tetapi hanya ada beberapa hari sahaja di Moscow, contoh 4,5 hari di Moscow, bagi saya elok kita ambil sehari untuk ke Kazan. Sebagai maklumat tambahan, Kazan pernah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Sukan Universiti Dunia pada tahun 2013.
Kita boleh pilih keretapi sebelah malam dari Moscow dan tiba awal pagi di Kazan dan boleh ambil teksi ataupun menaiki Metro dan turun di Stesen Metro Kremlyovskaya, keluar sahaja daripada metro tersebut kita dah boleh nampak Masjid Kul Sharif tersergam indah di dalam kremlin ataupun di dalam sebuah kota yang dipagari tembok batu.
Jarak dari Stesen Keretapi Kazan ke masjid ini tidak jauh, lebih kurang 2 KM sahaja. Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk ziarah masjid ini tanpa bermalam di Kazan pun boleh, ambil sahaja keretapi malam dari Moscow, sampai awal pagi di Kazan, melawat Masjid Kul Sharif dan bersolat di dalamnya, kemudian berjalan-jalan di bandar Kazan hingga petang dan ambil keretapi malam pulang ke Moscow balik. Tambang keretapi dari Moscow ke Kazan yang mengambil masa lebih kurang 12 jam berharga lebih kurang RM 80 hingga RM110 sahaja untuk 3rd Class yang ada tempat tidur, cukup selesa bagi saya.
Tetapi ini bukan bermakna tiada lagi yang menarik di Kazan selain Masjid Kul Sharif tersebut, banyak lagi kesan sejarah perjuangan Tartastan di sini, kepada peminat fotografi yang ingin buat photo-essay atapun short documentary, seminggu lebih pun tak cukup di Kazan. Seorang Photographer dari USA, Alison Shuman menghabiskan masa hampir tiga tahun di Kazan, bayangkanlah berapa banyak subjek untuk photography-nya di sini. Saya yang hanya sempat habiskan masa dua malam sahaja di sini pun sudah “Nampak Banyak” peluang gambar untuk didokumentasikan di sini. You all boleh Google hasil kerja Alison Shuman bertajuk “Minarets and Onion Domes.”
Saya hanya singgah dua malam sahaja di Kazan kerana meneruskan perjalanan saya ke Irkutsk yang mana ianya mengambil masa selama tiga hari perjalanan dengan keretapi secara terus, maksudnya dari Kazan, saya tidak ada singgah dan bermalam di mana-mana bandar sepanjang perjalanan keretapi tersebut hinggalah sampai ke Irkutsk. Di sana baru saya keluar dan bermalam beberapa untuk hari.
Sampai sekarang saya rasa seolah-olah bagaikan masih bermimpi tatkala melihat Masjid Kul Sharif tersergam indah di hadapan mata, masakan tidak, bertahun-tahun sebelumya saya hanya melihat Masjid Kul Sharif dengan kubah berwarna biru itu hanya melalui paparan di skrin komputer sahaja, Syukur Alhamdulillah kerana Tuhan telah mempermudahkan perjalanan ini menziarahi salah satu daripada taman-taman syurga di atas muka bumi ini. Impian akhirnya terlaksana.
Artikel Berkaitan Trans-Siberia :
- Trans-Siberia, Malu Bertanya, Sesat Jalan
- Trans-Siberia, Saint Petersburg, Aku Datang
- Kembara Trans-Siberia, Barang-Barang Keperluan Semasa Di Dalam Keretapi
- Pengalaman Merentasi Siberia Dengan Melalui Trans-Siberian Railway
- Kembara Trans-Siberia, Pengalaman Hari Pertama Di Saint Petersburg Russia
- Kembara Trans-Siberia, Berapa Lama Jumlah Hari DiPerlukan?
- Merancang Itinerary Untuk Trip Trans-Siberian Journey
- Kembara Trans-Siberian, Cara-Cara Membeli Tiket Keretapi Secara Online
- Kembara Trans-Siberia, Pilihan Untuk Laluan Keretapi Antara Russia, Mongolia dan China
- Memburu Impian Kembara Trans-Siberian Railway
*Kepada yang berminat hendak dengar secebis pengalaman saya semasa di Russia, boleh dapatkan buku Travelog 7 Benua. Klik pada banner di bawah ini untuk maklumat lanjut…
One Comment
rahimah
Yang kurang terkenal kadangkala lebih cantik dari yang biasa kita nampak.Good info En Wazari.Makin bersemangat saya nak masuk Russia.