Kembara Russia | Keindahan Seni Bina Stesen Metro Moscow
© 2014 Wazari Wazir | Beautiful Moscow Metro Stations | All Photographs Taken With Fujifilm X100T
Pernah tak anda menggunakan perkhidmaan LRT di Kuala Lumpur? Pernah tak anda rasa ingin bergambar di dalam Stesen LRT tersebut ataupun mengagumi akan keindahan struktur binaannya dan share gambar tersebut di facebook, twitter atau berkongsi di Instagram? Cuma ada satu ketika dahulu yang tak berapa lama sangat, ada ramai orang share gambar Stasen LRT Masjid Jamek di Kuala Lumpur, bukan sebab nak tunjukkan betapa uniknya senibina Islam di Stesen LRT bawah Tanah Masjid Jamek tetapi hendak bagitahu orang pasal siling Stesen LRT Masjid Jamek tersebut telah runtuh.
Berbeza dengan Stesen Underground Metro di Moscow, di mana hamir setiap hari ada sahaja orang yang mengambil gambar dan berkongsikan akan keunikan rekabentuknya atau hiasan di dalamnya yang penuh dengan lukisan, ukiran dan senibina yang unik. Ianya di bina atas arahan Stalin supaya dibina dengan penuh kesenian dan keindahan agar orang akan melihat ke atas dan mengagumi seni di dalamnya. Ianya juga direkabentuk ataupun dihiasai dengan lukisan-lukisan, ukiran, mozek, statue yang menjadi alat propaganda supaya rakyat mengagumi pemimpin mereka.
Namun setelah kematian Stalin pada tahun 1953, kebanyakakan daripada imej-imej ataupun senibina yang mengagungkan Stalin telah di bawa keluar sedikit demi sedikit. Ukiran dan mozek dipindahkan ataupun disimpan ke tempat lain tetapi masih terdapat lagi senibina yang ditinggalkan tanpa diusik yang mana sehingga hari ini kita boleh melihatnya lagi.
Antara tarikan utama yang terdapat di Moscow selain Kremlin, Red Square, Theatre dan juga berpuluh-puluh buah muzium di Moscow ialah keunikan ataupun keindahan seni bina Stesen Metro Bawah Tanah di Moscow. Terdapat lebih dari 190 buah Stesen Metro di Moscow yang mempunyai keunikannya tersendiri.
Terasa seolah-olah kita berada di dalam sebuah istana ataupun di dalam sebuah muzium yang mewah ataupun ibarat berjalan di dalam Terowong Sejarah tentang Russia, ketika melewati stesen metro ini. Bagi saya kepada sesiapa yang ada masa terluang, elok habiskan paling kurang sehari meronda-ronda dari satu stesen metro ke stesen metro yang lain, seronok tengok warga Moscow menjalani kehidupan mereka.
Tentang fotografi pula, saya tiada masalah merakam gambar di dalam Stesen Metro di Moscow ini dengan menggunakan kamera kompak Fujifilm X100T saya, ada juga saya tengok orang yang mengambil gambar dengan kamera DSLR, tiada masalah selagi tidak kelihatan mencurigakan, anggota polis yang mengawal tempat ini pun tahu yang stesen Metro Moscow ini sangat cantik untuk diabadikan menjadi sekeping gambar buat kenangan.
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, saya ingin lagi berkunjung ke Moscow dan luangkan lebih banyak masa merakam keindahan seni bina Stesen Metro di Moscow ini. Gambar-gambar di atas saya rakam secara rambang sahaja, pasal kalau inginkan moment yang bagus, nak tunggu subjek yang menarik memasuki frame, mungkin saya terpaksa luangkan masa beberapa jam di satu-satu stesen, nanti tak ada cukup masa pulak hendak ke tempat lain, maybe next time, insyaAllah…
*Kalau Hendak Dengar Cerita Lagi, Mohon Vote For My DiGi WWWOW Award Here : A Wonderful World Through Photography
2 Comments
rahimah
Saya memang teringin nak masuk Moscow. Dengarnya stesen metro sana sgt cantik.Tengok gambar dalam ni pun dah wow ! Gambar gambar dalam blog En Wazari memang sangat saya kagum.Rasa macam nak belajar fotografi pulak.
Wazari Wazir
Moscow memang cantik tapi Saint Petersburg bagi saya lebih menarik, beautiful city…