Ada Apa Dengan Russia?
Ada apa dengan Russia? Banyak sebab sebenarnya, malas nak tulis panjang-panjang, trip Trans-Siberian saya tahun lepas bukan pasal ikut-ikut orang, saya memang dah lama berminat untuk mengetahui tentang negara Russia, sebelum wujudnya facebook, Twitter lagi saya dah minat, mungkin terpengaruh dengan filem, walaupun masa kecik-kecik dulu lebih banyak filem Hindustan berbanding film dari Russia tetapi Russia jadi pilihan, bagi saya negara tu macam agak misteri, tak banyak yang diketahui walaupun ia adalah sebuah negara paling besar di dunia.
Dipendekkan cerita, semasa HaiQal kecil saya cuba mencari topi yang sering dikaitkan dengan Russia, masa tu saya tak tahu apa nama topi tu tai dalam kebanyakan film yang melibatkan negara Russia atau Soviet Union mesti nampak ada orang pakai topi tu, namanya “Ushanka” ataupun “Ear Hat” atau “Ear Flap” pasal ada bahagian pada topi tu yang boleh dibuka untuk tutup telinga semasa musim sejuk.
Puas saya cari Ushanka tu di KualaLumpur tapi tak jumpa, kalau jual pun mungkin tak laku, Malaysia ni negara tropika, terletak di garisan Khatulistiwa, panas memanjang, memang tak sesuai la pakai topi tebal macam tu, berpeluh-peluh dibuatnya tapi tujuan saya mencari pasal nak buat prop untuk anak saya.
So, memandangkan tak jumpa Ushanka, saya pun belilah topi yang seakan Ushanka, tapi memang jauh sangatlah bezanya, saya beli di Pavilion di Bukit Bintang, masa tu tahun 2007, anak saya baru jer lahir dan Pavilion tu pun baru sahaja dibuka. Masa HaiQal kecil memang banyak gambar-gambar dia saya rakam guna topi tu, lepas tu baru saya beli topi yang ada warna warni yang boleh tutup telinga tu, orang bisa panggil snowcap, di Nepal kalau trekking biasa orang pakai.
Ushanka yang Arianna dan Raphael pakai tu sebenarnya saya beli di Kiev Ukraine bukannya di Russia tetapi Ushanka tu memang dari Russia, peninggalan Soviet Union. Semasa saya ke Russia batu-baru ji agak susah nak jumpa Ushanka yang macam saya beli atas tu, kebanyakannya jenis baru, buatan baru, buatan Russia bukan masa Soviet Union.
Kebanyakan negara di dunia ni ada “Head Gear” masing-masing, untuk pelbagai kegunaan ataupun hanya untk perhiasan kepala. Russian Ushanka ni memang digunakan semasa winter, antara snowcap terbaik untuk melindungi kepala semasa musim sejuk dan cuaca sejuk di Russia ni antara yang paling sejuk di dunia, selain di Kutub Utara dan Selatan. Suhu musim sejuk boleh cecah sehingga – 40º Celcius di Moscow dan pernah satu ketika suhu sejuk di Oymyakon Siberia pernah mencecah – 71º Celcius , bayangkanlah sejuk tak sejuk. Suhu bawah 10º Celcius pun ada yang menggigil, bayangkan – 71º Celcius. Suhu – 20º hingga – 30º Celcius di Russia semasa musim sejuk perkara biasa bagi mereka.
Bagi saya topi “Ushanka” tu nampak smart, kacak, segak dan bergaya, itu bagi saya la, orang lain mungkin suka topi Afghanistan tu atau “Pakol” Hat, mungkin juga suka topi Nepali atau “Dhaka” Topi yang berwarna warni tu. Kita di Malaysia dan Indonesia pulak terkenal dengan songkok, kopiah atau ketayap untuk pakaian hari-hari terutamanya yang hendak ke surau atau masjid. So, cita rasa masing-masing.
Tapi bukan sebab “Ushanka” saya ke Russia, banyak lagi sebab lain, Ushanka ni antara salah satu keunikan Russia yang saya minat, tentang asal usul atau dari mana Ushanka ni, you all carilah sendiri, mungkin ianya bukan berasal dari Russia, tetapi yang pasti orang akan kaitkan topi Ushanka tu dengan Russia. Sekiranya kita melawat Russia semasa musim sejuk, pasti kita nampak baik tentera atau polis Russia memakai Ushanka ni, nampak segak bergaya.
Nampak tak gambar Arnold Schwarzenegger (saya amik dari google) pakai Ushanka dalam film Red Heat Tahun 1988. Nampak segak dan bergaya kan? Tahun 1988 Russia masih lagi Soviet Union, sebelum ianya runtuh pada tahun 1991. Nama anak saya Raphael pun ada macam bunyi-bunyi Russia jugak, macam Mikhail Sergeyevich Gorbachev Russian President of Soviet Union.