Adventure,  Travel

Kamera Apakah Yang Sesuai Untuk Dibawa Mengembara Keliling Dunia? | Mari Saya Bantu Anda Buat Pilihan

Trans Siberian Railway | IrkutskTrans Siberian Railway

© 2014 Wazari Wazir | (Top) Daily Life in Irkutsk Siberia | (Bottom) My Compartment Friend From North Korea

Macam poyo pulak tajuk blog post saya kali ini kan? Kalau biasa-bisa macam formal sangat lah pulak, mulanya saya nak letak tajuk, Tips Memilih Kamera Yang Sesuai Untuk Kembara, rasa macam artikel dalam suratkhabar la pulak. Saya sebenarnya selalu sangat dapat soalan macam tu, tanya saya kamera apa yang sesuai untuk dibawa kembara.

Kebiasaannya saya akan tanya balik, untuk apa? Soalan tersebut terlalu umum untuk saya jawab, kalau saya jawab secara umum, mungkin ramai tak puas hati, saya boleh jawab, guna sahaja kamera yang telah sedia ada di smartphone masing-masing, memandangkan kebanyakan smartphone hari ini memiliki kamera bina dalam, ataupun built in camera.

Untuk menjawab soalan tersebut, saya perlu bertanya juga untu apa kamera tersebut, atau lebih tepat lagi, untuk kegunaan apakah gambar tersebut, apakah anda berhajat untuk jadikan gambar-gambar kembara anda itu sebagai salah satu sumber pendapatan, untuk dijual sebagai stock photos, hendak jual gambar secara bersiri ataupun secara photo essay? Atau hanya sekadar merakam gambar-gambar kenangan semata. Hendak juga saya tahu, apakah bila pulang nanti anda berhajat hendak cetak semua gambar-gambar anda itu besar-besar, sebesar poster atau buat Travel Photo Book bersize 8×12 Inch ataupun 12×12 inch atau lebih besar lagi.

Actually, sebelum ini saya dah beberapa kali menulis benda yang sama, tetapi memandangkan saya dah kekeringan idea untuk menulis, so, saya tulis balik dengan artikel yang baharu. Saya bukan hendak promote mana-mana kamera brand, dan tidak adil untuk saya buat perbandingan antara kamera brand X dengan Brand Y sekiranya saya tidak pernah menggunakan kedua-dua buah kamera berkenaan, saya hanya boleh ceritakan melalui pengalaman saya sendiri.

Di sini saya ingin berikan pandangan saya untuk mereka-mereka yang ingin kembara secara santai dan tujuan mereka membeli kamera hanyalah untuk mengambil gambar sebagai kenangan semata, kalau nak balik print gambar atau buat photo album pun mungkin dalam size 8×10 atau 10×12 Inch sahaja dan tidak berhajat pun untuk jadikan gambar-gambar mereka sebagai stock photo.

Saya malas nak tulis merapu panjang-panjang, senang cerita kamera sekarang ini yang berharga serendah RM300 atau RM400 yang mempunyai megapixel setinggi 15 hingga 20 megapixels dah cukup bagus untuk dibawa mengembara. Contoh kamera Canon IXUS ELPH 160 mempunyai 20.5 Megapixels berharga dalam RM392.20 (Shashinki) dengan lensa (35mm film menyamai: 28-224mm), dah cukup bagus dah, harga pun tak membebankan poket anda. Fujifilm FinePix JZ250 16 Megapixels berharga RM635 pun sudah cukup baik untuk dibawa travel.

Kadang-kdang kita banyak terpengaruh dengan iklan-iklan pengeluar kamera yang mengatakan kamera ini lebih bagus dari kamera itu, setiap tahun pasti ada sahaja kamera baharu yang keluar di pasaran, itu lumrah, pengeluar kamera perlu sentiasa mengeluarkan produk baharu untuk kelangsungan syarikat mereka, kalau tidak, mungkin syarikat mereka akan gulung tikar. Kita pun akan diasak dengan iklan-iklan tentang betapa hebatnya kamera baru mereka ini berbanding kamera yang terdahulu.

Lumrah manusia, kita sering tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada, kita rasa kita ni kurang berbanding orang lain, ramai orang yang baru mula menunjukkan minat dengan fotografi terpengaruh dengan kamera yang digunakan oleh jurufoto yang hebat-hebat, baik kamera yang digunakan oleh jurufoto  tempatan mahupun antarabangsa. Mereka mungkin beranggapan dengan memiliki kamera model yang sama, hasil gambar mereka juga akan secara automatik turut jadi hebat juga.

Yang membezakan hasil gambar jurufoto tersebut dengan kita, bukanlah kamera apa yang mereka gunakan tetapi lebih kepada ilmu fotografi yang mereka ada, ya memang betul, kamera yang bagus sedikit sebanyak mampu memberikan hasil yang lebih baik, lebih sharp gambarnya, lebih detail dan warna yang lebih baik kerana teknologi yang terdapat dalam kamera yang berharga agak mahal sudah tentu lebih baik dari yang agak murah, begitu juga lensa yang baik mampu merakam jumpah tona warna atau spectrum warna yang lebih banyak berbanding lensa pada kamera yang murah sedikit harganya.

Saya nak tanya, you all ni pernah pergi ke dai buku tak? Mesti pernah kan? Pernah tak belek-belek buku-buku fotografi yang ada di kedai-kedai buku tu, cuba tengok betul-betul, apa yang you nampak, maksud saya cuba tengok warnanya, kejelasan gambarnya, ketajaman gambarnya, dan kalau minat travel, cuba tengok buku-buku travel, tengok kualiti gambarnya. Macam mana? Gambar yang dirakam menggunakan teknologi kamera 6 Megapixel sepuluh tahun dahulu tak jauh beza dengan hasil gambar rakaman kamera 20 megapixel hari ini (hasil cetakan di buku), kalau kita melihat hasil gambar dalam buku-buku tersebut, you tak boleh nak beza pun sama ada gambar tersebut dirakam dengan  kamera berharga RM500 atau RM5000 ringgit.

Kecuali, you pergi pameran fotografi yang diadakan di balai-balai pameran yang mana gambar-gambar tersebut dicetak dengan agak besar, biasanya dalam size A3 dan dicetak pada kertas foto, disitu baru kita nampak kualiti gambar sebenar, dan di situ baru kita nampak kelebihan kamera Professional berbanding kamera Amatur yang berharga separuh dari yang Professional guna.

Maksud saya, kalau kita hanya bertujuan untuk ambil gambar santai sahaja, tak perlu pecah kepala nak beli kamera mahal-mahal, kemera dalam lingkungan harga RM500 – RM1000 (16 – 20 Megapixels) dah cukup baik dah untuk travel secara general, bukannya specific seperti untuk ambil gambar pemandangan menggunakan tripod atau layan Milky-Way di New Zealand atau Iceland.

Kalau kita ada duit RM4000, bagi saya baik beli kamera harga RM1000 atau pun murah lagi dan gunakan selebihnya iaitu RM3000 atau lebih untuk beli tiket kapal terbang ke mana-mana. RM3000 tu dah cukup untuk tambang kapal terbang ke Istanbul pergi balik ataupun lebih dari cukup untuk 2 minggu Overland Trip Asean Country atau Indochina, di utara tanah air. Gambar-gambar Kembara kita sudah tentu lebih seronok untuk dikongsikan dengan kaum keluarga, kawan-kawan atau sedara mara berbanding gunakan kamera berharga RM4000 hanya untuk ambil gambar Petronas Twin Tower berulang kali dari pelbagai sudut pandang.

Gambar diatas tu saya rakam guna kamera Fujifilm X100T, ye, betul kamera compact ini memang agak mahal sedikit berbanding model lain, salah satu sebabnya ialah, saya ingin menggantikan kamera travel DSLR saya tu kepada kamera yang agak tahan lasak, maksudnya saya dah malas nak bawak kamera DSLR untuk travel, so saya memilih model ini. Saya kerja fulltime sebagai photographer, jadi saya pilih kamera premium ini supaya boleh juga digunakan  untuk cover assignment tertentu. Saya selalu guna kamera, so perlukan yang agak lasak. Kalau anda hanya gunakan kamera sekali sekala, mungkin 3,4 bulan baru nak guna atau hanya guna bila nak travel setahun 2,3 kali sahaja, rasanya tak berbaloi beli kamera yang mahal-mahal.

Sebab apa saya memilih kamera kompak ataupun point and shoot berbanding DSLR untuk kembara kali ini? Sebabnya saya tidak mahu kelihatan menonjol, hanya peminat fotografi sahaja yang tahu kamera Fujifilm X100T tu harganya agak mahal, malahan lebih mahal berbanding entry level DSLR tetapi kebanyakan orang di jalanan menganggap kamera kompak yang bersize kecil sebagai kamera “pelancong” kamera jalan-jalan yang murah harganya. Pencuri pula mungkin kurang tertarik dengan kamera yang nampak old school dan murah ini.

Saya kembara semasa winter di Russia, waktu musim sejuk kena pakai baju yang tebal untuk mengelakkan badan kesejukan dan kamera size kecil yang kompak senang untuk saya sembunyikan di dalam baju kerana tiada lens yang akan menonjol keluar dari baju, kalau hendak ambil gambar, bukak sedikit zip baju dah boleh ambil gambar.

Sekiranya kita minat mengambil gambar human interest ataupun Street Photography, bagi saya kamera bersize compact paling sesuai, sebabnya orang-orang di jalanan tidak akan rasa kurang selesa kalau kita mengambil gambar mereka, mereka mungkin menganggap kita pelancong biasa-biasa sahaja, yang ingin merakam gambar untuk kenangan.

Nampak tak gambar empat orang gadis yang saya rakam diatas tu, mereka tak lari pun, actually saya dah nampak mereka dari jauh, mulanya saya ambil gambar bangunan kayu yang klasik tu, lepas tu ternampak mereka dari jauh, so saya just tunggu jer situ sampai mereka masuk frame dan saya snap, rasanya mereka memang tahu pun saya nak ambil gambar mereka, tetapi mereka tak kisah, kalau saya guna kamera DSLR yang gedabak besar dah tentu mereka mengelak dan ikut jalan lain, dan mungkin juga saya akan dikerumuni orang ramai. Actually kawasan saya ambil gambar ini kawasan pasar, kira macam kedai-kedai di Rantau Panjang Kelantan, ramai orang lalu lalang sini pasal ada banyak kedai-kedai di tepi-tepi jalan. Kebanyakan orang yang lalu lalang sini tak hiraukan saya pasal size kamera yang kecil orang tak perasan sangat.

Gambar yang dibawah itu pula adalah gambar pemuda dari Korea Utara, kami duduk di dalam satu compartment keretapi menuju ke Beijing dari Ulaanbatar Mongolia, ada tiga lagi kawannya dalam compartment ni. Pemuda Korea Utara tersebut menggunakan kamera Canon IXUS, saya tak ingat model apa. Dia pun ada belek-belek kamera saya, mungkin kerana kamera saya kelihatan old school dan klasik,  bila dia tanya kamera saya berapa harga, saya bagitau, lebih kurang macam kamera dia jugak harganya.

Panjang lagi kalau saya nak cerita, tetapi yang pasti kalau kita kurang “menonjol” lebih mudah untuk kita ambil gambar, kita tidak lebih dan tak kurang sangat dengan orang-orang yang kita jumpa. Orang pun tak rasa yang kita ni jenis banyak duit sangat atau sengkek sangat, travel pun naik keretapi sahaja dan bukannya kapal terbang. Kita mudah mesra dengan orang yang sama level dengan kita, itu lumrah manusia.

Saya ambil gambar pemuda tersebut setelah meminta kebenaran dari dia. Bila dah dapat kebenaran, kita bolehlah compose gambar cantik sikit berbanding ambil curi-curi tetapi dah berdepan face to face macam tu, macam mana hendak ambil gambar curi-curi. Tentang apa dia buat dengan buku Trans-Siberia saya tu, nantilah kalau ada masa, InsyaAllah saya sembang di topik yang lain pula.

So, kepada anda yang dah memang ada kamera tu, baik DSLR ataupun Compact yang masih baharu, tak payahlah sibuk-sibuk nak beli kamera baru, lebih baik you all beli tiket keretapi, bas atau tiket kapal terbang, pi kembara dan gunakan kamera yang dah sedia ada tu. Selamat Mengembara…

*Artikel Berkaitan : Tips Membeli Kamera DSLR

I'm a Photographer and Travel Blogger...

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.