Adventure,  Travel

Kembara Indie | Ada Apa Dengan Itinerary?

Trans-Siberian Railway Map

© 2015 Wikivoyage | Trans-Siberian Railway Map

“Bro, nanti PM Iti, Bro nanti share Iti boleh, Bro boleh bagi full itinerary tak?” Dalam group kembara atau travel, mesti selalu kita jumpa soalan macam ini, mereka yang bertanya mungkin berminat hendak mengetahui jadual perjalanan kita, mungkin berminat dengan trip kita, so apa kebendanya “Itinerary” ini?

Secara ringkasnya Itinerary ini ialah jadual perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Sama ada ianya jadual perjalanan secara detail ataupun hanya secara kasar sahaja. Kebiasaannya orang hendak tahu tempat-tempat menarik yang dikunjungi dari sehari ke sehari, macam mana hendak pergi ke sana, hendak naik pengangkutan apa, di mana hendak dapatkan keretapi atau bas, di stesen mana, berapa tambangnya dan macam-macam lagi.

Kira itinerary ni macam panduan perjalanan untuk sang pengembara. So penting sangat ke itinerary ini? It depends, bergantung pada seseorang, secara ringkasnya saya kongsi untuk apa itinerary tersebut di bawah :

ITINERARY | JADUAL RENCANA PENGEMBARAAN

  • Tentukan Jumlah Masa Yang Kita Ada  : Berapa banyak masa atau hari yang kita ada akan menentukan jadual perjalanan kita, contoh kalau kita hanya ada seminggu atau sepuluh hari sahaja untuk kembara termasuk pergi dan balik dan kita memilih India sebagai destinasi kita, kita kena plan ke mana kita hendak pergi, India sebuah negara yang besar, kalau hendak cover semua tempat dalam masa seminggu memang mustahil, jangankan seminggu, setahun pun belum tentu.
  • Tentukan Destinasi Yang Kita Mahu Tuju : Sekiranya kita memilih India dan kita hanya ada masa seminggu sahaja, kita kena specific dengan tempat yang kita hendak pergi, ke mana hala tuju kita, Kashmir, India Golden Triangle (Delhi, Jaipur (Rajasthan), Agra) ataupun hanya berminat hendak explore Taj Mahal sahaja.
  • Tentukan Apa Tujuan Serta Minat Kita : Destinasi yang kita pilih, tidak kira negara mana yang kita pergi sangat bergantung dengan minat kita, apa yang kita hendak sangat tengok atau tahu tentang sesuatu tempat, jangan ikut kawan-kawan, kena tanya diri sendiri, seseorang yang suka shopping ataupun membeli belah  mungkin tak sesuai untuk follow itinerary sang pengembara yang minat fotografi. Seseorang yang meminati fotografi landscape atau pemandangan gunung ganang, lurah dan sungai serta lautan, dah tentu tidak sesuai mengikuti itinerary seorang photographer yang sukakan human interest ataupun architectural. Selain daripada itu kena tengok juga sama ada itinerary tersebut memerlukan aktiviti fizikal yang lasak ataupun hanya bersantai-santai sahaja.
  • Tentukan Bajet Kita : Actually jumlah masa serta bajet yang kita ada sangat mempengaruhi perjalanan kita, kita boleh kembara dalam tempoh yang agak lama sekiranya kita punya masa yang agak panjang, contoh kalau kita ada masa sebulan, kita hendak explore China atau India, banyak tempat kita boleh pergi sekiranya kita memilih untuk menaiki perkhidmatan bas ataupun keretapi ataupun mencuba “hitch hiking”. Menggunakan kapal terbang sememangnya menjimatkan banyak masa untuk penerbangan domestik India dan China tetapi ianya juga agak mahal berbanding pengangkutan darat.

Perkara di atas ini kalau hendak dikupas satu persatu agak panjang, kerana bayangkan hendak membaca trip perjalanan Trans-Siberia sahaja saya menghabiskan masa berbulan-bulan membaca buku Trans-Siberian Handbook terbitan Trailblazer setebal 512 mukasurat.

Ada orang perlukan Itinerary, ada juga yang tak perlu, bergantung, contoh bagi mereka yang dah pernah pergi ke sesebuah negara untuk kali kedua ataupun ketiga, mungkin mereka tak perlu lagi itinerary ini, mereka boleh redah sahaja, nak pergi mana sebab, semua tempat dan cara untuk sampai ke sana, dah ada dalam kepala, so ikut suka nak ke mana-mana tanpa ada jadual tertentu.

Tetapi walaupun kita tidak perlukan itinerary, ada sesetengah negara kita perlu plan juga kerana tertakluk dengan jumlah masa yang terhad untuk kita yang dibenarkan oleh Visa sesebuah negara. Ada negara memberikan kita kebenaran berada di negaranya selama 15 hari sahaja, biasanya ini Visa On Arrival, ada negara 3 bulan atau 30 hari, so walaupun tiada jadual tetap dalam perjalanan kita, kita perlu bajet jumlah masa tersebut supaya tidak overstay dan dikenakan denda oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Sekiranya kita membeli tiket penerbangan sama ada melaui AirAsia, Malaysia Airlines atuapun mana-mana syarikat penerbangan, dah tentu kita memilih dahulu negara mana kita hendak pergi, amat mustahil kita pejam mata sahaja dengan menekan papan kekunci dalam memilih destinasi ataupun kita baling dadu ataupun buat cabutan dalam balang kaca, tulis berpuluh-puluh destinasi atas kertas kecil, masukkan dalam balang kaca, lepas tu cabut satu, mana negara yang terpilih, kita pun pergi, ada ke orang buat macam tu?

Point saya, negara mana yang kita pilih dah tentu bersebab, takkan “just for the sake of traveling” orang kata. Tetapi tidak dinafikan, ada juga orang yang rabun mata bila tengok ada promosi tiket murah, mula gatal tangan nak beli tiket, tak fikir apa dah, janji travel, contoh tiket ke Bali atau ke Kolkata India RM150 atau RM200 pergi balik, ataupun ada promosi “free seats” yang mana kita hanya bayar duit cukai sahaja, macam nak gila orang beli tiket, lepas tu dah dapat tiket blur kejap, tak tahu nak ke mana di negara tersebut dan mula sibuk tanya itinerary kawan-kawan.

Ada yang mengelabah lagi  bila terbeli dengan sengaja tiket ke negara yang memerlukan Visa, ataupun memerlukan “Invitation Letter” sebelum boleh memohon visa, mulanya hendak berjimat, lepas itu, kena bayar visa, bayar duit invitation letter yang entah dapat entah tidak, tak mustahil tiket penerbangan tersebut burn begitu sahaja.

Bukan sedikit kawan-kawan travel saya yang dah beli tiket penerbangan masa promosi harga murah tetapi in the end tak jadi terbang pasal masa tak sesuai, tak dapat cuti dan tak cukup duit nak cover cost perbelanjaan di negara yang akan dikunjungi. Terlalu gopoh hendak berjimat cermat, akhirnya rugi sendiri.

Mungkin lain orang lain caranya, tetapi saya lebih suka membeli tiket kapal terbang ataupun keretapi atau bas setelah ada itinerary di tangan. So senang sikit saya nak bajet bila masa yang sesuai untuk saya terbang ke sesuatu destinasi.

Contoh semasa saya melakukan trip ke London sebelum terbang ke Saint Petersburg untuk trip Trans-Siberia, memandangkan masa saya terhad di London, saya teringin untuk melihat “Changing of the Guard at Buckingham Palace,” Saya memilih penerbangan serta waktu ketibaan yang sesuai supaya saya boleh optimumkan masa saya di London. Biasanyanya Changing o Guard tersebut berlaku pada jam 11:30 AM  untuk bulan  April and July sahaja, peristiwa tersebut berlaku setiap hari tetapi untuk bulan selain April dan Julai ianya berlaku selang sehari, saya memilih flight yang akan sampai ke London sebelah pagi pada hari di mana peristiwa tersebut berlaku, saya cuma ada 2 hari sahaja di London, so kena plan betul-betul.

Sama juga semasa saya di Russia, saya memang berhajat untuk menunaikan Solat Jumaat di salah sebuah masjid di Russia, mulanya saya memilih untuk solat di Masjid Kul Sharif di Kazan tetapi jadual tak kena, sebab banyak benda kena rombak, train ke Kazan dari Moscow memang ada setiap hari tetapi train dari Kazan ke Irkutsk bukan ada setiap hari, hanya ada selang sehari sahaja dan perjalanan dari Kazan ke Irkutsk akan ambil masa selama tiga hari ataupun lebih 67 jam dalam train. Kalau saya ejas masa train, saya juga perlu ejas booking hostel saya.

Kalau saya rombak satu hari, banyak lagi yang saya kena rombak dan Russia ada Tujuh Time Zone dan semua jadual penerbangan keretapi mengikut waktu di Moscow, so saya kena rancang betul-betul dan saya memilih untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid di Saint Petersburg Russia. Semua ini tidak akan jadi dengan tiba-tiba tanpa perancangan yang rapi atau main redah sahaja.

Semua trip perjalanan keretapi, saya rancang supaya saya sampai awal pagi ataupun sampai di waktu siang, sekiranya saya tiada pilihan atau memang itu sahaja train yang ada untuk ke sesebuah destinasi, saya kena ada plan B, contoh semasa saya tiba di Irkutsk pada awal pagi, lebih kurang jam 2:30 Am pagi di Irkutsk dengan suhu -27, terlalu sejuk masa tu, takkan nak redah keluar cari hostel, check in pun biasanya pukul 2 PM,  memandangkan saya dah buat sedikit homework saya dapat tahu bahawa Stesen Keretapi di Irkutsk ada menyediakan katil untuk disewa untuk tempoh beberapa jam, so bila saya sampai sahaja, terus naik tingkat atas, cari pejabat untuk sewa katil tersebut, saya sewa untuk 6 jam, pasal musim sejuk  matahari lambat naik, so dalam pukul 9 AM baru saya keluar cari hostel.

Salah satu tujuan itinerary ialah untuk melancarkan perjalanan kita, kita dah tahu mana hendak kita tuju, tidak buang masa sana sini. Betul, orang kata kalau semuanya lancar, tak adventurelah, memang betul, salah satu keseronokan travel ialah bila kita sesat, macam-macam benda kita jumpa yang kita tak tahu pernah wujud pun, sesat ini best kalau kita ada banyak masa. Contoh kalau kita on the way nak ke stesen keretapi dari Moscow ke Irkutsk atau dari New Delhi Ke Agra, di New Delhi dan di Moscow ada banyak stesen keretapi, kalau kita tiada guide atau panduan dan salah pilih stesen, silap haribulan terlepas keretapi, bila terlepas keretapi kena beli tiket baru, kena tambah satu malam lagi di hostel atau hotel, bukankah ini sesuatu yang membazir, duit itu kita boleh gunakan untuk perkara lain.

Saya pernah sesat di Irkutsk dan di Beijing pasal tak jumpa hostel yang saya dah booking, dengan map di tangan, siap dengan nama stesen Beijing Subway mana nak turun tapi tak jumpa, sesat sana sini, last-last saya pilih hostel yang lain, tapi saya takdelah mengelabah sangat sebab, saya ada banyak masa. Cuma rugi deposit bayar kat hostel tu.

Dalam travel biasa orang kata  “Plan For The Best, Prepare for The Worst.” Kita kena merancang sebaiknya, terutamanya untuk menjimatkan bajet serta memaksimumkan jumlah masa yang kita ada supaya tidak dibazirkan akibat kelalaian kita sendiri. Kita juga perlu bersedia untuk meghadapi apa-apa sahaja cabaran yang mendatang walaupun kita dah plan sebaik mungkin.

Di Irkutsk, saya cuba mencari hotel dengan berjalan kaki sahaja dari stesen keretapi, tetapi memandangkan keadaan cuaca yang sangat sejuk, sebelum saya sempat menyeberangi jambatan yang merentangi Sungai Angara, saya berpatah balik ke stesen keretapi dan memilih untuk menaiki teksi untuk jarak perjalanan yang tidak sampai 3KM sahaja, tetapi malang sekali, saya tak jugak jumpa hostel yang dah saya booking, berjalanlah saya ke sana dan ke sini seorang diri, tanya orang sana, orang sini (bahasa ayam itik) dalam keadaan suhu yang terlalu sejuk bagi saya. Masa tu memang cemas, fikir balik saya senyum sendiri…

Bagi saya sekiranya kita betul-betul berminat dengan Indie Traveler ataupun nak jadi backpacker yang pandai berdikari, apa salahnya kita plan sendiri itinerary kita sesuai dengan minat, masa serta bajet yang kita ada. Terdapat banyak maklumat di internet, dan kalau kita betul betul minat hendak tahu itinerary seorang traveler, apa kata you buat appointment dengan dia, jumpa di mana-mana, lepak minum, sana boleh sembang dengan lebih lanjut lagi dan mesra lagi.

Hargai sikit usaha traveler yang rancang itinerary, mereka mungkin bersengkang mata siang malam dan berbulan-bulan untuk merancang trip perjalanan mereka dan kita degan mudah bertanya “Bro nanti Share Iti Yer”. Yes, betul, kebanyakan traveler berhati baik, suka berkongsi pengalaman tetapi ada baiknya kalau ada peluang atau cuba cari peluang duduk semeja dan bincang baik-baik, sekeping itinerary yang diemailkan tidak dapat menjawab persoalan kenapa dan mengapa “Route” atau destinasi tersebut jadi pilihan, so kalau ada sesi soal jawab face to face lagi senang.

So, soalan yang betul bukannya “Bro, Nanti Share iti yer?” Sebaiknya cuba tanya, Bro atau Sis, bila balik Malaysia nanti kalau free dan kalau tidak keberatan, kita jumpa yer, saya banyak nak tanya pasal trip you pergi sana pergi sini, ini menunjukkan kita ada kesungguhan, bukan hanya mengumpul itinerary dari seorang pengembara ke seorang pengembara yang lain yang sekali pun kita tak pernah bertentang mata.

So, ada apa dengan “Itinerary?” Ada macam-macam, anggaplah itinerary tersebut bukan sekadar menghubungkan dari satu titik ke titik yang lain di dalam peta dunia tetapi titik permulaan yang menghubungkan persaudaraan kita sesama manusia di bumi Allah ini, insyaAllah…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.