Review Buku | Sekeping Gambar Seindah Memori
© 2015 Wazari Wazir | Buku Sekeping Gambar Seindah Memori | Zubye Rusli
Mungkin ada diantara anda yang dah mula bosan dengan saya, tak habis-habis cerita pasal buku, dalam Instagram saya pun semenjak kebelakangan ini banyak gambar-gambar buku sahaja, biasanya kalau saya post anything tentang buku, jarang orang komen, jarang orang “like” di facebook, topik yang “boring.” Kebanyakan kenalan facebook saya adalah di antara mereka yang meminati bidang fotografi tetapi sebahagian besar dari mereka juga kurang minat membaca buku, selain majalah dan buku-buku berkaitan fotografi, sampai ada saya jumpa profile seorang photographer Malaysia ini yang tulis “I Don’t Read Book.”
Anyway saya bukannya nak mengejar “Likes.” kalau itu yang saya cari boleh saja saya ceritakan apa yang terjadi di Kiev Ukrainetentang #MH17, ataupun apa menariknya di Red Light District, Amsterdam dan banyak lagi topik-topik berkaitan fotografi yang boleh buat rakan-rakan seperjuangan saya dalam bidang fotografi ni Sentap. Kalau “Sentap” baru orang ramai komen, komen nak membangkang, mengutuk dan sebagainya, meriah facebook saya, itu bukan yang saya cari.
Okeylah, dipendekkan cerita, saya nak promote ataupun beritahu semua orang terutamanya ibu bapa yang masih punyai anak-anak yang masih kecil dan tercari-cari cara terbaik untuk merakam gambar anak anda dengan hasil yang boleh dibanggakan, anda kini boleh dapatkan panduan tersebut di dalam buku terbaru terbitan MPH ini yang ditulis oleh jurufoto professional yang khusus dalam bidang fotografi kanak-kanak iaitu Puan Zubye Rusli.
Buku terbaru ini saya beli semasa majlis pelancarannya di MPH Alamanda Putrajaya 3 Oktober 2015. Saya ada promote tentang majlis ini di facebook saya tetapi saya tak jumpa pun wajah-wajah photographer yang saya kenali terutamanya jurufoto lelaki, mungkin mereka tak minat atau tiada masa, jerebu sekarang ini, tak elok keluar rumah, yang saya jumpa photographer wanita yang saya cam dengan tidak sahaja kerana hanya kenal melalui facebook sahaja.
Saya mengenali Zubye ni dah agak lama, seusia anak saya HaiQal dalam 7,8 tahun. Saya mengikuti perkembangan beliau dari saat beliau melakukan bisness fotografi secara part time, hinggalah beliau berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa pada bidang photography, lebih kurang sembilan tahun beliau berkecimpung dalam bidang ini.
Cuma baru hari ini, iaitu semasa majlis pelancaran buku beliau saya berkesempatan berjumpa beliau in person, real life. Saya datang dengan family, bawak anak-anak sekali, tak sempat nak berbual panjang sebab beliau sedang sibuk melayan tetamu lainnya dan mungkin banyak soalan yang hendak diajukan padanya. Mungkin next time, ada masa, boleh jumpa lagi dan kita berbual panjang. Sebelum ini kami hanya bersembang di laman facebook sahaja.
Antara Rahsia Yang DiKongsi Penulis Dalam Buku Sekeping Gambar Seindah Memori :
- Bagaimana merakam gambar anak anda dengan cara spontan, kreatif tanpa paksaan.
- Cara mendekati anak-anak agar aktiviti fotografi menyeronokkan.
- Belajar cara komposisi gambar dengan betul dan contoh-contoh gambar yang baik
- Cara mengambil gambar anak anda mengikut peringakt umur, daripada fasa bayi hingga dewasa.
- Idea-idea projek fotografi kreatif yang kita boleh cuba.
- Kenali jenis dan model kamera yang sesuai serta teknik pengendaliannya.
- Merungkai permasalahan yng kerap berlaku dalam menghailkan gambar anak-anak dan cara mengatasinya.
Buku setebal 192 muka surat ini saya tidak sempat nak baca habis lagi, almaklumlah baru petang semalam dilancarkan, mana sempat nak hadam semua, cuma saya sempat tengok sekali lalu sahaja segala isi kandungannya dan saya rekomen buku ini terutamanya kepada bakal-bakal ibu bapa dan juga kepada mereka-mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
Kepada mereka-mereka yang menjalankan bisness fotografi kanak-kanak ataupun bercita-cita untuk menjadikan fotografi kanak-kanak sebagai sumber pendapatan, mungkin buku ini juga boleh membantu, bukan membantu dari segi pemasaran, promosi, accounting dan sebagainya tetapi dalam membantu memahami kehendak pelanggan dan bagaimana kita hendak menarik perhatian kanak-anak ataupun memahami jiwa kanak-kanak supaya mudah untuk kita merakam gambar mereka, banyak tips-tips berguna yang dikongsikan di dalam buku ini.
Buku ini tidak menceritakan bagaimana untuk memulakan perniagaan fotografi kanak-kanak, tentang itu ada baiknya kita cari buku-buku tentang perniagaan, marketing, promosi dan sebagianya kerana fundamental atau asas bagaimanan memulakan atau mengembangkan sebuah perniagaan itu tidak banyak beza apa bidang pun yang kita ceburi.
Buku-buku fotografi tentang kekeluargaan dan kanak-kanak cukup banyak di kedai-kedai buku terutamanya di Kinokuniya Suria KLCC, pergilah ke tingkat atas Kinokuniya tu, rambang mata dibuatnya, cuma yang kurang atau tiada ialah buku tentang fotografi kanak-kanak hasil tangan photographer dari Malaysia. Kebanyakan yang ada adalah hasil kerja jurufoto luar negara.
Walaupun anak-anak kecil ini, di mana pun mereka berada tetap kanak-kanak tetapi suasananya tidak sama. Persekitaran di luar negara yang ada empat musim tak sama dengan Malaysia, semasa musim panas di luar negara, di negara empat musim, siangnya panjang, golden lightnya juga agak panjang terutamanya pada sebelah petang dan negara-negera yang ada di hujung dunia sana, tidak ada matahari yang terpacak tegak atas kepala sebagaimana kita di Malaysia ini dan di Malaysia tiada salji.
Point saya ialah, kita akan lebih selesa membaca buku ini dan praktiskan tips yang ada di dalamnya kerana sebahagian besar gambar-gambar buku ini dirakam di Malaysia dengan wajah kanak-kanak Malaysia yang berbilang bangsa dan bukan semuanya rambut perang dan bermata biru.
Salah satu besab saya tak buat buku kanak-kaank ialah, kalau saya buat dah tentu seratus peratus gambar dalam buku tersebut gambar anak-anak saya sebab saya tidak mengambil gambar anak orang lain. Berbeza dengan Zubye, beliau melakukan perniagaan fotografi kanak-kanak sepenuh masa dan banyak gambar-gambar di dalam buku ini memaparkan gambar-gambar kanak-anak ataupun anggota keluarga client beliau dari pelbagai latar belakang.
Sekiranya kita belum berkahwin, belum ada anak, mungkin kita boleh hadiahkan buku ini kepada bakal-bakal ibu bapa di luar sana, supaya mereka menghargai moment atau memori bersama anak-anak mereka untuk dirakamkan menjadi sekeping gambar. Walaupun tidak semua ibu bapa mmpu memiliki kamera DSLR ataupun compact kamera, rasa saya kebanyakan ibu bapa yang tinggal di kawasan bandar-bandar memiliki Smartphone yang boleh merakam gambar.
Banyak tips-tips di dalam buku ini yang boleh diguna pakai walaupun hanya menggunakan kamera Smartphone terutamanya dari segi komposisi, pencahayaan, penceritaan dan banyak lagi. Tak perlu tunggu ada kamera DSLR baru hendak ambil gambar anak, rugi memori berharga terlepas begitu sahaja, dan kalau ada yang bertanya nak buat apa beli buku ini, ambil gambar sahaja sudah. Yer, betul, anda tak salah tetapi dengan sedikit pengetahuan tentang fotografi, kita sudah tentu akan dapat hasilkan gambar yang lebih menarik, yang boleh dibanggakan oleh anak-anak kita bila mereka besar nanti, itu juga menunjukkan yang kita ini serius dan bersungguh-sungguh dalam merakam gambar anak-anak kita sebaik mungkin. Buku ini tidak mahal manapun, rasanya mahal lagi bil Smartphone anda setiap bulan.
Siapa ingat lagi tentang Elena Shumilova, seorang ibu dari Russia yang gemar merakam gambar anak-anaknya di Russia? Banyak gambar-gambar anak-anak beliau dikongsikan di internet, antara lain di SINI . Berjuta-juta orang telah melihat gambar hasil rakaman beliau, sebab apa? Sebab gambar-gambar hasil rakaman beliau sangat menarik untuk dilihat dan dikongsikan, kalau gambar tak menarik, tak ramai orang nak tengok, dan gambar beliau jadi sumber inspirasi seluruh dunia.
Buat masa ini buku ini telah masuk di kedai buku MPH di Alamanda Putrajaya, saya tak pasti sama ada sudah ada di kedai buku MPH seuruh Malaysia, kalau belum pun mungkin sedikit masa lagi adalah tu. Anyway, highly recommended.
Kepada yang belum mengenali siapa Zubye Rusli, boleh singgah di blog beliau Eyes Of Grace . Kepada Puan Zubye, semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi, insyaAllah…