Family

Kehidupan Bukan Sebuah Perlumbaan | Teater Kanak-Kanak Lumba Lagi

Theatre Lumba LagiTeater Lumba Lagi

Teater Lumba LagiTeater Lumba Lagi

Teater Lumba Lagi

© 2015 Wazari Wazir | Pementasan Teater Kanak-Kanak Lumba Lagi | Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kehidupan berkeluarga ini tidak boleh disamakan dengan orang bujang, walaupun masing-masing memiliki 24 jam dalam sehari tetapi perlu diagih-agihkan sama rata, kalau tak dapat sama rata pun, perlu adakan masa untuk diri sendiri, keluarga terutamanya buat anak-anak, saudara mara serta kawan-kawan.

Baru-baru ini saya sempat luangkan masa mengikuti pementasan Teater Kanak-Kanak bertajuk “Lumba Lagi” anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas, Gombak, UNITAR dan juga Kelab Seri Kenchana-Mesca. Terus terang saya katakan, saya ini bukan minat sangat teater kerana bagi saya hanya golongan bangsawan sahaja yang minat teater ini, so sangkaan saya rakyat Malaysia yang sederhana seperti saya pun lebih kurang macam itu jugak, lebih baik mencari rezeki daripada menonton tetater.

Sangkaan saya ternyata meleset sama sekali, Auditorium DBP penuh sesak dengan orang ramai, saya dan keluarga awal-awal lagi dah terpacak depan pintu setengah jam sebelum pintu dibuka, sebab apa? Sebab nak duduk depan sekali supaya anak-anak dapat tengok dengan lebih jelas, kalau duduk bahagian atas, nampak kecik jer subjek tu, so lepas Maghrib terus gerak ke sini. Pementasan teater ini percuma, mungkin salah satu sebab ramai orang dan mungkin juga yang ramai tu ahli keluarga pelajar-pelajar tersebut termasuk saudara mara terdekat mereka dan juga guru-guru serta semua yang terlibat di belakang tabir.

Actually ini adalah hari kedua saya ke sini, hari pertama saya datang, anak saya Raphael tertidur, dari mula tetater bermula sampailah habis, dia tidur, so dia tak dapat tengok, memandangkan pementasan ini agak menarik bagi saya, rasa macam rugi pulak kalau dia tak dapat tengok, so hari keduanya, saya datang lagi. Hari pertama saya tidak ambil sekeping gambar pun semasa pementasan berlangsung, concentrate seratus peratus, dah selesai pementasan barulah saya ambil gambar akeluarga saya dengan pelakon cilik tetaer tersebut. Hari kedua datang baru saya ambil gambar, tak concentrate sangat pasal dah tahu jalan cerita dan element of surprise tu dah kurang pasal dah tahu jalan cerita.

Anyway ceritanya ialah tentang perlumbaan kali kedua antara Arnab dan Kura-Kura, rasanya ramai diantara kita ni dibesarkan dengan cerita perlumbaan antara Arnab dan Kura-Kura semasa di bangku sekolah, di mana dalam perlumbaan tersebut Kura-Kura yang perlahan pergerakannya memenangi pertandingan tersebut keana Arab tertidur semasa pertandingan.

Jadi dalam persembahan teater ini, diadakan sekali lagi perlumbaan ini antara Arnab dan Kura-Kura, sebab tu tajuk dia “Lumba-Lagi.” Di sini si Kura-Kura dan geng dia cari jalan macam mana hendak mengalahkan arnab, sebabnya mereka tahu, tak mungkin dalam perlumbaan kali ini Arnab akan tidur lagi, so kawan si Kura-Kura ini mulalah membuat pelbagai perancangan rapi, jumpa bomohlah, tukar arah papan tanda dan macam-macam lagi.

At the end of the day, yang menang tetap Kura-Kura hasil tipu helah kawan-kawannya, actually Kura-Kura tak tahu pun apa tipu helah kawan-kawannya, Arnab tetap kalah sebab dilengahkan dengan pelbagai dugaan yang melanda sepanjang perlumbaan, walaupun dia tidak tidur kali ini tetapi dengan pelbagai halangan dan dugaan yang dirancang oleh kawan si Kura-Kura, pergerakannya terganggu termasuk disesatkan sampai  masuk dalam gua yang ada jin.

Saya bukannya pengkritik tetater tetapi bagi saya, persembahan teater Lumba Lagi ini sangat menarik, kalau tak menarik, malas saya nak datang dua kali, dari segi penataan cahaya, lakonan mantap kanak-kanak tersebut dan semua yang dibalik tabir menjayakan pementasan ini. Kalaupun berbayar tidak rugi apalagi percuma, hari kedua saya datang ada orang ramai yang terpaksa duduk di laluan pejalan kaki, anak tangga sebab kerusi penuh, tiada ruang kosong. Saya pula hanya mengambil gambar dari kerusi penonton sahaja.

From my point of view, walaupun Arnab masih kalah untuk perlumbaan kali kedua ini, dia masih lagi “menang.” Menang dalam erti kata, menang dari segi pengalaman berbanding perjalanan Sang Kura-Kura yang lancar tanpa sebarang halangan, perjalanan Sang Arnab penuh dugaan, penuh adventure, jumpa makhkuk asing pun ada, very rich in experience.

Kalau hendak saya relatekan atau kaitkan dengan travel atau kembara, lebih kurang macam itulah, hidup ini bukanlah sebuah perlumbaan walaupun memang dalam kehdupan ini ada bermacam-macam perlumbaan yang dianjurkan oleh manusia untuk tujuan-tujuan tertentu. Berbalik kepada travel atau kembara, ianya bukanlah sebuah perlumbaan mengumpul sebanyak-banyak  “immigration  stamp” di dalam passpot kita, ataupun menghitung-hitung berapa banyak negara yang kita telah pergi.

Tetapi terpulang, anda dengan cara anda, saya dengan cara saya, bagi saya kemenangan sebenar ialah kemenangan dari segi pengalaman dalam hidup, ada orang umurnya panjang tetapi agak kosong dalam pengisiannya, ada orang umurnya tidak panjang mana tetapi dalam ruang lingkup umur yang terhad itu, dia berjaya, berjaya dalam kehidupan, juga berjaya dalam membantu ramai orang disekelilingnya dengan caranya sendiri.

Saya berdoa moga dipanjangkan Usia oleh Tuhan Yang Maha Esa agar saya mampu mengembara ke segenap pelusuk dunia ini dan semoga saya mampu menceritakan kepada anak cucu saya tentang kisah-kisah di hujung dunia sana agar mereka juga punya semangat untuk mengembara melihat kebesaran Ciptaan Allah Yang Maha Esa. Tahniah untuk semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Pementasan Teater Kanak-Kanak Lumba Lagi, You are The best…

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

 – Al-Mulk : 15 –

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.