Trans-Siberian Railway | Malu Bertanya Sesat Jalan
© 2015 Wazari Wazir | My Family With Agustinus Wibowo (Left) and Hafiz Chan (2nd, Left) at International Islamic University of Malaysia
Siapa dia Agustinus Wibowo? Hafiz Chan? Lawyer, Magistrate? Ahli Muzik, eh ke situ pulak, anyway mereka hanya manusia biasa-bisa sahaja, yang dah kenal akan mereka, mungkin senyum sahaja, yang tak kenal mungkin tertanya-tanya. Tak mustahil kalau ada yang membaca blog saya ni tak kenal orang yang berdiri no 3 dari kiri tu, sebab apa? Sebabnya mungkin dia tengah mencari-cari tips tentang Trans-Siberia dan berjumpa link blog saya, so dia pun bukak dan nampak gambar ni, seorang pun dia tak kenal siapa dalam gambar ni, that’s normal. Saya dulu pun tak kenal siapa Hafiz Chan, apalagi Agustinus Wibowo.
Agustinus Wibowo adalah seorang penulis buku, serang pengembara dan pernah juga berkhidmat sebagai seorang photojournalist di Afghanistan, boleh dikatakan semua negara “Stan” dia dah pernah pergi, Hafiz Chan pulak saya tak pasti kerja apa sekarang ini, senang cerita macam nilah, apa kata you all singgah facebook Hafiz Chan dan Agustinus Wibowo kalau nak tahu lebih lanjut, saya bukan apa, takut salah info pulak.
Dipendekkan cerita, asal mula saya kenal dorang adalah ketika saya sibuk buat carian tentang rakyat Malaysia yang telah melakukan trip Trans-Siberian Railway, saya nak dapatkan tips-tips serta pengalaman mereka. Sebelum ini dah banyak blog-blog Mat Salleh/Minah Salleh (Blog Omputeh) yang saya baca tentang Trans-Siberia ni, so kalau boleh saya nak tahu juga tentang pengalaman orang kita. Tak banyak yang saya jumpa walaupun saya tahu ramai jugak yang dah buat trip tersebut, mungkin kerana mereka tidak menulis di blog atau hanya update di facebook semata. Kalau kita update di facebook, jarang rasanya feed tersebut muncul dalam carian Google, kalau mereka ada menulis di Blog, insyaAllah muncul.
So antara nama yang mula-mula muncul dan yang memberi banyak info tentang trip Trans-Siberian ialah melalui blog Five Feet Flat yang ditulis oleh Anis Ibrahim, dulunya seorang wartawan Akhbar, kini telah berhenti kerja dan saya pun tak berapa sure apa dia buat sekarang ini. Beliau pernah melakukan trip Trans-Siberian secara solo dari Saint Petersburg hingga ke Kuala Lumpur dengan meniki keretapi. Banyak tips-tips yang beliau kongsikan di blognya.
Melaui blog Anis Ibrahim itu juga saya mengenali Agustinus Wibowo, memang saya tak kenal siapa dia tetapi Anis Aibrahim ada share sebuah buku tulisan Agustinus Wibowo semasa beliu menghadiri festival penulisan di Ubud, saya yang memang “hantu buku” ni pun terus google tentang Agustinus Wibowo dan tak sangka beliau adalah antara penulis buku genre travel yang terkenal di Indonesia, pernah beberapa kali keluar di kaca TV Indonesia dan juga di China, boleh bertutur dalam banyak bahasa. Selain daripada itu, beliau juga seorang photographer yang hebat. Yang belum mengenali beliau boleh singgah Blog Agustinus Wibowo
Hafiz Chan pulak saya kenal ketika buat carian tentang Trans-Siberia jugak, beliau ada menulis di blognya, catatan harian perjalanannya dari Singapore ke London menaiki keretapi tetapi bukan one shot, dua trip perjalanan dilakukan beliau untuk menyempurnakan trip tersebut.
Semasa sesi pertemuan di UIA tahun lepas tak banyak yang sempat saya tanya pada Hafiz Chan, Agustinus pulak masa tu dinundang untuk berkongsi pengalaman beliau mengembara di negara-negara “Stan”, begitu juga Hafiz Chan, beliau turut diundang oleh Wan Atikah (facebook, Wan.Atiee) untuk bercerita tentang pengalaman beliau melakukan trip Trans-Siberia.
Saya sangat terhutang budi pada mereka-mereka semua termasuk juga orang-orang yang tidak semat saya jumpa tetapi ilmu mereka bermanfaat buat saya.
Berbalik kepada tajuk blog di atas, kita jangan malu untuk bertanya, walaupun boleh sahaja kita Google, kita beli buku-buku tentang destinasi mana kita hendak pergi, ada baiknya juga kalau kita boleh berjumpa secara personal dengan individu-individu yang pernah melakukan trip tersebut, selain menambah ilmu, ianya juga boleh mengeratkan hubungan Silaturrahim sesama kita.
Sekembalinya saya dari trip Trans-Siberia, ramai juga yang menghubungi saya, inginkan panduan dan tips-tips untuk melakukan perkara yang sama, insyaAllah, yang mana saya boleh bantu saya bantu mengikut kemampuan saya dan mengikut pengalaman saya, pengalaman masing-masing memang tak sama. Sekarang inipun, tak putus-putus ada sahaja mesej facebook bertanyakan tentang trip Trans-Siberian Railway. Jangan malu jangan segan, insyaAllah saya layan sekiranya masa mengizinkan.
Oleh sebab itu juga saya sedaya upaya menulis di blog ini supaya dapat sedikit sebanyak memberikan tips-tips kepada yang memerlukan, orang kata sebagai tanda syukur dan terima kasih kerana Allah permudahlan perjalanan saya dan saya harap tulisan saya sedikit sebanyak dapat juga mempermudahkan perjalanan orang lain. Manusia yang berguna adalah manusia yang memberi manfaat pada orang lain, insyaAllah…
*Ada orang kata, mamat ni, baru buat trip Trans-Siberia dah kecoh satu dunia, orang lain travel berbulan-bulan, bertahun-tahun, senyap jer tak kecoh-kecohpun. Bagi saya biarlah Allah yang menilai, apakah perjalanan kita itu memberi manfaat pada diri sendiri dan orang lain atau hanya untuk diri sendiri dan sanak saudara sahaja…
*Kalau kita tak “kecoh-kecoh” dan menulis di blog tentang pengalaman kita, dalam carian Google mungkin masuk page yang ke 50 atau 100, rasanya jarang orang nak habiskan masa lawat satu-satu page hingga jumpa topik yang nak kita baca, jangan menyusahkan orang dalam menyampaikan ilmu, yang baik dari Allah, yang buruk dari saya…