Photojournalism

Fikir Dahulu Sebelum Bercita-Cita Untuk Menjadi Seorang Photojournalist | Bahagaian IV


© 2015 Wazari Wazir | Photographers Leaving Iskandariah Palace After The Enthronement Ceremony of the Sultan of Perak XXXV

“Bang, ada kerja kosong bang?” Masih teringat lagi pertanyaan seorang pemuda yang sedang melepak bersama kawan-kawannya di salah sebuah kedai tidak jauh dari perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Negeri Sembilan, sewaktu itu saya dan juga beberapa orang rakan sekerja baru sahaja selesai merakam acara sukan padang semasa kejohanan SUKMA 2004 yang mana Negeri Sembilan adalan tuan rumah pada waktu itu.

Mungkin pemuda tersebut tertarik dengan kami yang menggalas kamera yang besar-besar dan juga lensa-lensa yang gedabak sizenya, mungkin dia hanya berseloroh, mungkin juga dia serius, saya hanya melambaikan tangan dan senyum sambil meneruskan perjalanan ke hotel.

Sepuluh tahun yang lalu, saya masih muda dan bertenaga, waktu itu dengan selamba saya boleh menggunakan lensa 300 mm f/2.8 yang boleh tahan beratnya secara “handheld” iaitu tanpa menggunakan monopod. Actually bukan tak nak guna monopod cuma di waktu itu monopod amat terhad di tempat saya. Lensa 300 mm ada 3,4 biji tetapi monopod rasanya macam tiada pada waktu itu (tiada di office saya).

Memandangkan saya agak sibuk, cukuplah intro itu, apa yang saya nak kongsikan dalam entry kali ini ialah tentang faktor “keselamatan.” Memang nampak hebat menggalas kamera yang harganya puluhan ribu ringgit, tetapi yang mungkin orang tak nampak atau buat tak tahu ialah beban menanggung peralatan kamera tersebut, bak kata pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.”

Harga peralatan kamera professional yang lengkap boleh mencecah puluhan ribu ringgit dan setiap kali kami melakukan tugas, kami memang perlu membawa kamera tersebut bersama, kalau tak bawa dan hanya disimpan sahaja di dalam beg, memang tiada apa yang dapat dirakam, bak kata orang “tengok sajer” atau makan angin.

Dalam kita leka mengambil gambar, tidak mustahil ada juga individu yang berniat jahat memerhatikan gerak geri kami, bukanlah sesuatu yang jarang-jarang berlaku di mana peralatan lengkap kamera photojournalist dicuri orang, pernah terjadi suatu ketika dahulu, set lengkap peralatan jurufoto “hilang” mungkin dicuri sewaktu photographer tersebut merakam pertandingan Tilawah Antarabangsa Al-Quran di PWTC beberapa tahun lepas. Mungkin rakan-rakan jurufoto masih ingat peristiwa tersebut.

Bayangkan ditempat yang tidak disangka-sangka peristiwa itu boleh berlaku, itu tak masuk lagi kisah seorang international photographer yang pernah kameranya diragut di KLCC di waktu malam, semasa beliau dalam perjalanan pulang  ke kenderaanya.

Peristwa kamera dicuri, hilang, terjatuh, dirompak dan yang seangkatan dengannya bukan hanya berlaku kepada photojournalist, ianya sering juga berlaku terhadap peminat photography secara amnya. Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah risiko yang perlu ditanggung oleh seorang jurufoto ketika melakukan tugasan sangat tinggi. Perlu sentiasa berjaga-jaga setiap masa.

Seboleh-bolehnya jangan dedahkan peralatan kamera kita sekiranya tiada keperluan, tetapi dalam kes membawa lensa 300, 400, 600mm, memang susah hendak disembunyikan atau disimpan di dalam beg sebab sizenya yang besar tetapi sebaiknya jangan jalan bersendirian kalau ingin menyimpannya di kenderaan, biarlah berteman.

Gambar di atas adalah dalam kawasan perkarangan istana, boleh dikatakan agak selamat tetapi kalau di luar istana ada baiknya, kita simpan kamera DSLR itu dalam beg siap-siap sebelum keluar minum atau pulang ke kenderaan masing-masing. Senang cerita, bukan senang hendak menjaga peralatan kamera yang bernilai puluhan ribu ringgit, tanggungjawab itu berat.

Selain daripada itu, peralatan kamera memang berat, terutamanya kita menggunakan peralatan yang bertaraf professional, maksud saya kamera Pro berbanding Semi Pro, kamera Pro ialah Top of The Line, macam Nikon D4s, Canon 1DX dan yang seangkatan dengannya. Contoh kamera semi pro pula seperti Nikon D750 atau Canon EOS 7D MKII dan sewaktu dengannya, kamera semi pro atau entry level ini agak ringan sedikit berbanding professional line.

Bagi adik-adik yang masih muda mungkin nampak abang-abang bawak kamera besar-besar nampak macam best, saya juga dulu berfikir macam tu, tetapi kini dah ramai rakan-rakan seangkatan saya yang telah bekerja lebih 15 hingga 20  tahun mengadu sakit-sakit belakang, ada juga yang mengalam masalah “Slipped Disc” hingga terpaksa dimasukkan ke hospital, itu adalah antara kesan dan akibat menggalas beban peralatan kamera bertahun-tahun lamanya.

Mengapa itu terjadi? Harus diingat, kami photojournalist bukan mengambil gambar hanya di hujung minggu atau hari-hari kelepasan am sahaja, kami mengambil gambar hampir 5 hari seminggu kadang-kadang dalam sebulan tiada cuti untuk buat liputan-liputan tertentu, dari siang sampai ke malam, ke sana sini menggalas kamera, hanya waktu tidur baru boleh berehat, masa muda memang tidak terasa sangat tetapi lama kelamaan kesannya di rasa juga.

Kini semakin ramai dikalangan photojournalist yang beralih kepada “mirrorless camera” yang bersize lebih kecil serta ringan untuk tugas-tugas tertentu tetapi masih lagi menggunakan kamera yang besar dan berat untuk tugasan yang lebih lasak, seperti merakam aksi sukan, amat sukar rasanya untuk merakam perlawanan bolasepak, ragbi, acara padang dengan hanya menggunakan kamera “mirrorless” yang kecil yang biasanya dilengkapi dengan wide angle lens, kalaupun sekarang ini sudah ada mirrorless yang boleh dipasangan telephoto lens, dah berat pulak jadinya kamera tu, walaupun tidaklah seberat “abang-abangnya.”

Dua perkara ini, perlu diberi perhatian dan difikirkan oleh sesiapa sahaja yang ingin menjawat jawatan ini, bukan nak menakutkan tetapi sekadar peringatan serta berkongsi pengalaman, bahawa jawatan ini bukan tiket untuk “glamour”, seberat-berat kamera yang dipikul, berat lagi tanggungjawab yang perlu digalas untuk merakam peristiwa bersejarah yang hanya berlaku sekelip mata sahaja dan juga risiko menjaga peralatan kamera yang bernilai puluhan ribu. Peralatan kamera perlu dijaga, kesihatan tubuh badan juga perlu diambil berat juga.

*Artikel Sebelumnya Di SINI

*Sekarang ini saya travel pun hanya bawak kamera kecil sahaja, dari Saint Petersburg Russia hingga ke Beijing China melalui Trans-Siberia saya hanya bertemankan kamera Fujifilm X100T sahaja. Kecil, ringan dan mudah di”sembunyikan” dalam winter coat atau “downjacket” yang tebal.

Artikel Berkaitan : Pengalaman Travel Solo Trans-Siberian Railway

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.