Kisah Si Tukang Gambar Ingin Belajar Menulis
© 2015 Wazari Wazir | Meor Farid Asyradi | #Seminar3P | Promosi, Pemasaran & Penjualan | Legacy Publishing
You all kenal tak “Nisah Haron?” Beliau sekarang ini berada di Iowa City Amerika Syarikat mewakili Malaysia untuk program International Writing Program (IWP). Kenal tak Steve McCurry, Joe McNally, Chase Jarvis, Joey Lawrence dan Mike Yamashita? Ok, mungkin ada yang kenal dan mungkin ada yang tak kenal tetapi kesemuanya adalah photographer antarabangsa yang berjaya dalam genre masing-masing.
Memandangkan sebahagian besar pembaca blog saya ialah mereka-mereka yang meminati bidang photography maka, eloklah saya jimatkan masa anda yang berharga itu bahawasanya artikel kali ini tiada kena mengena dengan photography, tetapi tentang penulisan, kalau minat boleh terus baca, kalau tak minat, buatlah apa yang patut, edit gambar ke, cuci lensa kamera ke atau pergi cas battery kamera anda.
Jadi apa kaitannya Nisah Haron dengan tulisan kali ini? Actually tiada kaitan sangat pun, anyway saya flashback sikit, sebenarnya sudah agak lama saya teringin untuk menghasilkan sebuah buku terutamanya tentang pengalaman saya sebagai seorang photographer, bukan untuk jualan pun tetapi untuk diri sendiri, sebelum ini buku-buku yang saya buat hanyalah buku bergambar sahaja, gambar anak-anak sahaja tanpa cerita bertulis, so semenjak dua menjak ni saya kerap mencari bengkel-bengkel yang berkaitan penulisan, untuk belajar menulis dengan baik.
Menulis budak umur 3,4 tahun pun dah pandai menulis macam ambil gambar, anak kecil umur setahun pun boleh tekan shutter kamera lalu terakam sebuah gambar, cantik atau tidak, belakang kira. Hendak gambar cantik kena belajar photography, begitu juga sekiranya kita ingin tulisan kita menarik untuk orang baca, kena juga ambil tahu serba sedikit tentang teknik-teknik serta tips menulis dengan baik.
Saya tertarik untuk mengikuti bengkel penulisan oleh Nisah Haron kerana tertarik dengan bukunya bertajuk Kembara Sastera Nisah Haron di United Kingdom dan Dublin, saya beli buku beliau di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lalu, itupun atas cadangan Zalila Isa seorang editor di (ITBM) atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.
Asalnya saya ingin mengikuti bengkel penulisan bercorak Kembara atau “Travelog” yang dianjurkan oleh Nisah Haron, tetapi problemnya beliau buat bengkel di Seremban, agak jauh untuk saya dari KL nak ke sana. Mungkin ada yang kata, “merepek la mamat ni, Siberia boleh pergi, takkan Seremban tak boleh pergi.” Susah nak cakap macam ni. Pendek kata bagi saya, Seremban tu agak jauh untuk saya ke sana, full stop. Sedar-sedar Nisah Haron dah sampai USA, amik kau, lagilah jauh dari Seremban, padan muka aku.
Tak lama lepas tu, saya ternampak iklan di Page Legacy Publishing, di mana mereka akan mengadakan Seminar 3P, yang berkaitan dengan Promosi, Pemasaran dan Penjualan. Kalau hendak diikutkan Seminar 3P ini bukan untuk orang macam saya, seminar 3P ini lebih sesuai untuk mereka-mereka yang telahpun menghasilkan sebuah buku dan ingin mengetahui cara bagaimana memasarkan buku-buku mereka. Saya yang belum ada “apa-apa” ini, yang masih belum menulis apa-apa selain status merapu-rapu di facebook dan cerita-cerita kembara yang sering “tergantung” blog, memang tidak ada apa-apa yang hendak dipromosikan, dipasarkan, apalagi dijualkan.
Tetapi untuk menimba ilmu saya datang jugak, Seminar 3P ini bukannya percuma berbayar. Mula-mula tu saya macam tak percaya sahaja dengan email-email yang saya dapat dari Legacy Publishing, suruh saya book cepat-cepat, takut tempat habis dan macam-macam lagi, bagi saya itu mungkin salah satu strategi marketing mereka tetapi di hari kejadian memang betul, dewan seminar penuh dengan orang ramai, yang majoritinya kaum hawa.
Kalau nak tahu ramai ke tidak, you all boleh singgah Page Legacy Publishing di facebook dan tengok di sana, saya ambil gambar di atas tu untuk buat syarat sahaja, segan nak ambil gambar. Kebanyakan mereka-mereka yang hadir ini ialah penulis, malang sekali saya tidak mengenali sesiapa selain saudara Meor Farid Asyradi, penulis buku Travelog MR. Traveller, bayangkan dalam lebih 100 orang yang hadir, saya hanya kenal Mr. Traveller sahaja, itupun sebab saya telah pun membeli buku kembaranya di Pesta Buku KL dan malam sebelumnya saya sempat berjumpa beliau di Bangsar bersama-sama dengan penulis buku Advantura Pulang ke Malaya, saudara Badrul Hisham dan juga penulis buku Travelog ET Kembara Afghanistan iaitu Siti Noridah.
Selain daripada Meor, yang saya kenal ialah Puan Atie, iaitu Pengarah Urusan Legacy Publishing, semasa saya naik tangga, di sambut oleh beliau, segan pulak bila disambut dengan menyebut nama saya, dengan tersipu-sipu saya terus masuk dalam dewan seminar dan duduk dalam tu diam-diam, nak duduk di luar, rasa malu, tak tahu nak sembang apa (ramai gadis-gadis kat luar). (Saya datang naik teksi sahaja dari Stesen LRT Wangsa Maju).
Orang lain sibuk berbual sesama sendiri, saya pulak duduk diam-diam pasal saya tak kenal orang dan orang pun tak kenal saya. Dunia photography dan dunia penulisan adalah dua dunia yang berbeza, khalayaknya tidak sama. Ada di antara mereka yang hadir telahpun menerbitkan buku masing-masing, ada yang telah menulis artikel di akhbar-akhbar dan majalah-majalah, ramai juga yang nampak macam teruja bila jumpa penulis buku yang mereka kenal, secara jujur memang saya tak kenal siapa mereka. Ada peserta yang duduk di sebelah saya bertanya “Dari Mana?” Saya jawab “Sungai Besi”, betul ke jawapan tu, saya rasa macam salah jawab jer, tapi saya buat bodoh jer. Nasib baik saya tak jawab dari rumah.
Panelist pertama yang berkongsi rahsia kejayaan ialah saudara Meor Farid Asyradi, saya cukup kagum dengan tahap konfiden beliau yang tinggi, bukan senang nak berucap di hadapan lebih 100 orang tetamu yang rata-ratanya lebih berumur dan berpengalaman dari beliau, orangnya masih muda tetapi mampu bercakap dengan penuh yakin, cukup banyak tips yang dikongsikan terutamanya tentang penggunaan media sosial untuk melariskan jualan bukunya.
Dari pengamatan saya sebahagian besar peserta yang hadir memang tidak mengenali beliau, maklumlah beliau orang baru dalam bidang penulisan, Travelog MR. Traveller adalah buku pertama tulisan beliau dan sebaik sahaja sesi beliau selesai, ada masa rehat sedikit, berpusu-pusu orang membeli bukunya yang dijual di luar dan apa yang saya nampak, antara banyak-banyak buku yang dijual di luar dewan seminar, buku Travelog MR. Traveller antara yang paling laris. Orang kata “Tak Kenal Maka Tak Cinta”, dah tahu orangnya macam mana, timbul rasa minat hendak membeli bukunya. Saya hendak bersembang dengan beliau pun tak sempat, bagi peluang orang lain, tak putus-putus orang bergambar dan ber-selfie dengannya, saya tumpang gembira.
Banyak lagi yang hendak saya ceritakan, takut bosan pulak orang membaca, masa rehat saya pilih restoran makanan paling jauh dari dewan seminar, supaya saya jauh dari peserta seminar, segan punya pasal (makan ayam penyet seorang diri), hampir-hampir saya terus pulang ke KL selepas makan tetapi saya teruskan juga mengikuti seminar 3P sehingga selesai.
Apapun saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Legacy Publishing selaku pennganjur program ini dan semoga akan lebih kerap lagi bengkel-bengkel seumpama ini di adakan, tentang bagaimana saya mengenali Puan Atie Zam Pengarah Urusan Legacy Publishing, lain kali saya cerita, tak sempat saya nak berbual dengan beliau, mungkin masa kurang sesuai walaupun agak banyak perkara yang hendak dibincangkan.
Tentang mengapa saya ingin belajar menulis? Nanti insyaAlah ada masa saya tulis di lain Artikel, saya percaya selepas membacanya anda pun akan turut serta ingin menulis dan menghasilkan sebuah buku, mungkin bukan untuk jualan tetapi sebagai kenang-kenangan untuk anak cucu akan datang, sebuah “Legacy” untuk keturunan kita.
“Either Write Something Worth Reading or do Something Worth Writing.”
– Benjamin Franklin –