Fikir Dahulu Sebelum Bercita-Cita Untuk Menjadi Seorang Photojournalist | Bahagaian II
“There’s a price to pay for being a serious photojournalist. It demands determination and courage. It includes long hours, days or years of being in threatening places for a few published pictures.But the best photojournalists know that there is power in their profession. It is the power to paint a more realistic world, one defined by the eyes which were brave enough to look first.”
– Vanessa Smeets –
Saya nak sambung balik cerita tentang Photojournalist ni, saya buat entry baru, bukan apa kalau sambung terus pada entry yang terdahulu, berkajang-kajang pulak hendak membacanya. Artikel sebelumnya Di SINI
Sebelum ini saya ada sebutkan bahawa Photojournalism atau menjadi seorang Photojournalist ini bukanlah satu kerjaya yang Glamour, kecuali kita terlibat dalam rancangan reality TV Show yang melibatkan Photojournalist, itupun mungkin glamour sekejap sahaja, tak macam tugas wartawan pembaca berita di kaca TV yang agak Glamour pasal hampir setiap hari keluar di kaca TV, “kecuali seorang photojournalist tu yang pernah keluar Tv3 dalam rancangan TUNGGU SEKEJAP bersama penyanyi lagu INTAN Ku KESEPIAN.”
Untuk photojournalist hanya gambar atau video hasil kerja sahaja yang orang nampak, kalau kita tengok berita di kaca TV, tidak siapa pun tahu siapa videographer yang merakam berita tersebut, dalam panggung wayang pun, biasanya tak ramai orang tunggu sampai habis setiap nama yang keluar di layar besar tu untuk mengetahui sipakah jurufoto ataupun siapakah cinematographer -nya. Yang popular atau glamour hanyalah pelakonnya.
Selepas kita mengetahui bahawa bidang ini bukan bidang yang glamour, kita juga perlu tahu apakah yang perlu ada kepada anda sebelum bercita-cita untuk menjadi seorang photojournalist. Ingin saya beritahu di sini, bidang ini tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan seperti career seorang Engineer Oil and Gas, gaji berkepuk-kepuk seorang Doktor Pakar ataupun selebat gaji Architect bangunan tinggi pencakar langit. NONE of that,dan mereka yang memilih kerjaya ini juga tahu bahawa pendapatan bidang ini hanya ala kadar sahaja, bukan tiket untuk hidup mewah dan tidak menjanjikan kita akan mampu memiliki rumah berharga RM1 atau 2 Juta ringgit bila kita pencen nanti.
Bercakap tentang pendapatan atau gaji pula, ianya berbeza-beza bergantung di mana photojournalist berkenaan bekerja. Sekiranya beliau bekerja dengan agensi berita antarabangsa seperti REUTERS, EPA, AP, AFP ataupun Getty Images, maka jumlah pendapatan mereka sudah tentu lebih tinggi berbanding photographer yang bekerja di media tempatan ataupun yang berkhidmat dengan Kerajaan, malahan pendapatan tetap staff photographer biasa untuk agensi antarabangsa melebihi gaji tetap Chief Photographer Media tempatan.
Tetapi harus juga diingat, tempat kosong untuk agensi antarabangsa sangat terhad, dan sekarang ini pun banyak agensi berita antarabangsa yang mengecilkan operasi mereka, mereka kini lebih banyak mengambil tenaga kerja “Stringer” mengambil tenaga kerja penduduk tempatan ataupun local peolple sesetengah negara berbanding menghantar staff mereka untuk bekerja di negara luar, kecuali ada segelintir agensi news antarabangsa yang menempatkan staff mereka di beberapa buah negara selain mengambil “Stringer” atau Freelance.
Dan untuk menjadi seorang stringer atupun staff photographer kepada agensi antarabangsa ini bukanlah sesuatu yang mudah, tidak ada iklan interview di dalam suratkhabar, biasanya melalui orang dalam, recommendation daripada rakan-rakan dalam agency tersebut ataupun pihak agency news tersebut yang akan menghubungi kita untuk meng-offer kita peluang tersebut.
Kepada mereka-mereka yang menjawat jawatan di dalam Kerajaan pula, mereka terikat dengan struktur gaji tertentu, yang jauh lebih kecil berbanding di swasta tetapi malangnya hingga ke hari ini, sehingga artikel ini ditulis belum ada lagi jawatan Jurufotografi Gred41 yang sesuai untuk graduan pemegang ijazah, yang ada hanyalah gred 27 untuk pemegang Diploma tetapi kekosongan untuk jawatan ini sangat terhad, boss di tempat (Ketua Unit Fotografi) saya pun hanya menjawat jawatan B32. *(Cuma di BERNAMA dan RTM (Videographer) sahaja Ketua Foto menjawat Gred38.
Cuba banyangkan Boss yang mengambil gambar Portrait Perdana Menteri dan menteri-menteri lain termasuk kadangkala merakam Portrait Sultan-Sultan di Malaysia hanya menjawat jawatan B32 sedangkan kebanyakan guru-guru sekolah rendah yang mengajar murid berumur 7 tahun pun menjawat jawatan 41. (Pendapatan kasar Part Time Wedding Photographer hujung minggu yang mengenakan bayaran sebanyak RM2K per event lagi tinggi daripada pendapatan Boss saya sebulan).
Jadi kepada yang masih lagi bercita-cita untuk berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang photography ni perlu ambil tahu juga tentang perkara ini, buat masa ini belum lagi wujud Gred 41 untuk graduan Ijazah, kalaupun diwujudkan di masa hadapan nanti, rasanya tidak mungkin dapat menampung jumlah ratusan lepasan Ijazah Fotografi yang keluar daripada Universiti di Malaysia ini setiap tahun, mungkin ada satu, dua atau paling banyak pun mungkin 5 jawatan Gred 41 akan diwujudkan di masa hadapan nanti (Very UNLIKELY To happen Soon). Gred 27 yang sesuai untuk pemegang Diploma pun sangat terhad.
Saya bukan nak pertikai tentang Gred ke apa ke, saya hendak cerita tentang “Pendapatan,” pendapatan yang kita terima dalam kerjaya ini bukanlah banyak mana, nampak macam hebat boleh ambil gambar President Barack Obama, ambil gambar pemain bola sepak terkenal dunia, boleh ambil gambar Ulama Tersohor dunia, boleh berselfie dengan Neelofa dan Maria Sharapova (berangan), boleh berselfie dengan Perdana Menteri lagi, yang orang tak tahu, masih ramai lagi di kalangan Photojournalist yang terpaksa cari duit luar untuk menampung jumlah pendapatan keluarga.
Masih ada di kalangan photojournalist yang mengambil upah buat wedding photography, cover event, ada juga yang menjadi tenaga pengajar sambilan di kolej-kolej swasta ataupun kelab-kelab photography, tak kurang juga yang melakukan perniagaan kecil-kecilan, sama ada di gerai-gerai kecil ataupun secara online, yang menjual kain tudung dan kuih raya pun ada mengikut keadaan semasa.
Percayalah tidak ada orang yang sanggup melakukan banyak kerja kalau apa yang dia dapat dah cukup untuk menampung keperluan keluarga. Mungkin ada juga orang yang tak pernah cukup dengan apa yang ada tetapi mereka tidak ramai.
Selain daripada jumlah pendapatan yang tidaklah semewah seperti yang disangkakan, satu perkara lagi yang perlu diambil kira ialah pekerjaan sebagai photojournalist ini tidak tentu masa walaupun kita bekerja dengan kerajaan. Dulu ada juga kawan-kawan dan sedara mara yang tanya saya, “eh kau ni kerja Kerajaan hari Sabtu/Ahad pun kerja ke.”?
Mungkin mereka tak perasan dengan petugas stesen radio serta TV kerajaan seperti RTM yang rata-ratanya adalah kakitangan kerajaan sepenuh masa, TV dan radio beroperasi 24 jam sehari (Termasuk Hari Raya).
Kebiasaanya semasa cuti umum seperti Hari Kebangsaan, Hari Raya, Thaipusam, Deepavali, Hari Wilayah, Hari Pekerja dan macam-macam cuti umum lagi, sebahagian besar photojournalist bertugas, semasa orang sedang bercuti, semasa tarikh yang sama itulah berlakunya sambutan itu dan ini, contoh mudah seperti semasa 31 Ogos di mana kebanyakan orang bercuti, photojournalist biasanya bekerja merakam perarakan sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur ataupun di negeri-negeri masing-masing.
Sedang sanak saudara yang lain boleh berpicnic di tepi pantai atau jalan-jalan di pusat membeli belah, kita kena kerja, berpanas dan berpeluh merakam gambar. Bila dah balik daripada event tersebut yang memakan masa berjam-jam, kalau ada anak isteri ajak kita keluar berjalan pun, mungkin kita dah tak larat dah, mungkin kita akan habiskan masa berehat di rumah ataupun habiskan masa beberapa jam lagi di pejabat untuk menguruskan gambar tersebut. Isteri dan anak-anak bercuti di rumah, kita bekerja.
Hari Raya, siapa kata photojournalist bercuti di Hari Raya, tidak jugak, saya telah beberapa kali bertugas semasa Hari Raya, kebanyakan agensi berita akan rotate staff mereka untuk bekerja di Hari Raya, ada yang boleh apply cuti dan ada yang tidak boleh apply cuti. Maksudnya cuti di Hari Raya bagi seorang photojournalist bukanlah sesuatu yang pasti, Kalau dapat cuti Syukur Alhamdulillah, kalau tak dapat, maka bekerjalah kita.
Anggota keselamatan pun sama juga, ya, saya tahu bukan photojournalist sahaja yang bekerja di hari cuti, banyak lagi kakitangan kerajaan yang bekerja di hari cuti, cuma fokus saya ialah pada photojournalist, lain-lain jawatan tu biar mereka sendiri cerita di blog masing-masing.
Apa yang hendak saya sampaikan di sini ialah, kepada yang bujang terutamanya, sekiranya kita meminati bidang ini, ada baiknya kita beritahu bakal suami/isteri kita tu tentang kerjaya pilihan kita, kalau ada pasangan yang tiap-tiap tahun nak balik kampung atau tiap-tiap tahun nak sambut Hari Raya Pertama bersama keluarga, ataupun mesti sambut Ulang Tahun Perkahwinan setiap tahun pada tarikh yang sama masa menikah dulu, maka agak payah sedikit.
Nak buat rotation pun susah, contoh Hari Raya tahun ini giliran kita sebagai suami (kebetulan dapat cuti), tahun depan pula giliran kampung isteri pulak, tetapi tiba-tiba seminggu sebelum Hari Raya, suami anda diberikan tugasan serta merta untuk ke Madagascar buat liputan tragedi MH370, tak ke naya. Satu kampung dah tahu kita nak balik kampung, last-last tak jadi, kalau isteri faham tak apa, kalau jenis yang tak faham, susah hendak cerita.
Mungkin suami boleh tolak tugasan tersebut, tetapi photojournalist mana yang tak nak pergi Madagascar kecuali beliau memang selalu ulang alik ke Madagascar…
Saya nak cerita sedikit pengalaman saya bulan Julai tahun lepas (Julai 2014), lebih kurang jam 5:30 AM saya dapat panggilan daripada salah seorang pegawai bahagian media di pejabat saya. Masa tu baru selesai bersahur (Bulan Ramadan ), dia bagitahu, “Wazari KP nak awak pi Ukraine.” Saya tergamam seketika, malam tadi lebih kurang pukul 11 PM kalau tak silap, penuh feed facebook tentang Tragedi yang menimpa pesawat penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di Ukriane, dan kejadian itu disahkan dengan berita pukul 12 tengah malam cuma saya tak sangka yang akan ditugaskan ke sana, berita tersebut pun tak sempat nak hadam lagi, dah nak lewat malam, nak tidur awal pasal besoknya nak sahur.
Point saya, kerja macam ni memang tidak tentu masa, “Breaking Story” atau News bukan hanya terjadi pada waktu pejabat 9 to 5 sahaja atau hanya terjadi di waktu bekerja sahaja, “Breaking News” boleh terjadi pada bila-bila masa dan sebagai seorang yang telah memohon dan menyandang jawatan ini kena hadap semua itu dan pasal tu saya cerita dekat sini supaya anda tahu dan kurang sedikit keluhannya.
Bayangkan waktu itu Umat Islam akan menyambut Hari Raya lebih kurang sepuluh hari lagi. Saya pulak dah siap-siap beli pakaian raya untuk anak-anak saya siap lengkap Baju Melayu dan Baju Kurung untuk anak perempuan saya, dalam kepala nak bergambar dengan mereka di hari raya nanti, amat jarang saya bergambar dengan memakai Baju Melayu bersama mereka, anak-anak pun dah seronok nak beraya sana dan sini tetapi, lain pula jadinya…
Pegawai tersebut memberitahu pada saya, nanti datang opis bawak passport siap-siap dengan beg baju dan peralatan kamera semua sekali, media akan berlepas ke Kiev Ukraine hari ini jugak. Bayangkan dengan mood raya yang berkobar-kobar terpaksa pula berjauhan dengan keluarga, kalau ahli keluarga tak faham dengan kerja kita, mesti dia akan cakap, “Tak payah pergilah, kan ramai lagi orang kat opis abang tu, biarlah dorang pi.”
Syukur Alhamdulillah isteri saya memahami, kalau saya tak pergi, sudah tentu rakan sekerja saya yang lain akan pergi, mungkin mereka pun ada macam-macam masalah dan memandangkan KP beri kepercayaan pada saya, dengan hati terbuka saya terima. Kelam kabut saya menyiapkan segala pakaian dan kelengkapan kamera untuk ke Kiev Ukraine, sebuah negara yang tak pernah saya mimpi hendak sampai kecuali jirannya Russia. Ukraine ni dulupun sebahagian daripada Soviet Union, kira macam ke Russia jugaklah lebih kurang.
Masa itu Ukraine sedang bergolak atau dengan lebih tepat lagi sedang berperang dengan pemberontak Pro Russia di bahagian timur Ukraine, dah ramai yang terkorban dan ramai juga yang melarikan diri, kalau kita dapat tahu pasangan kita akan pergi ke tempat-tempat macam tu, sudah tentu siang malam tak lena tidur mengenangkan pelbagai kemungkinan yang mungkin berlaku.
Kepada yang masih bujang, yang minat memilih karier photojournalism ini sekali lagi saya ingatkan sebelum berkahwin ada baiknya duduk berbincang hati ke hati dengan pasangan anda tentang skop tugas yang akan anda hadapi. Biasa orang kata sesiapa yang memilih kerjaya ini, kerjaya ini akan jadi No 1 dalam hidupnya, kepada yang lelaki kerjaya ini ibarat Isteri pertama mereka (1st Wife), yang perempuan tu tak sesuai pulak kalau saya kata 1st Husband, tapi lebih kurang macam itulah.
Sebab itu terdapat ramai juga di kalangan award winning photojournalist ini masih membujang, kalau pun berkahwin tak kekal lama, bercerai sana sini, satu sebab pasal “MASA” tak banyak masa dapat bersama pasangan masing-masing, tak banyak masa boleh diluangkan untuk anak-anak. Ada anak ramai pun tak guna juga kalau jarang-jarang dapat langkan masa dengan anak-anak. Dapat duit allowance berkepuk-kepuk pun tak ada ertinya kalau kita tidak dapat luangkan masa dengan anak-anak.
Saya pernah bersembang dengan seorang photographer senior daripada media tempatan, sebut nama dia mesti orang kenal, saya jumpa dia masa dia nak jumpa seorang pegawai di sebuah kementerian untuk mohon surat sokongan agar anaknya dapat masuk ke pusat pengajian tinggi. Masa menunggu tu sempat berborak dengan dia di warung kopi, cerita dia macam yang saya sebut tadilah, dia rasa masa muda dia sangat rugi kerana kurang dapat luangkan masa dengan anak-anaknya masa mereka masih kecil, tentang duit, apa sahaja yang anak mintak tak jadi masalah tetapi “Masa” yang jadi masalah.
Dia selalu dalam status “on-call”, tak tenteram hidup dia pasal walaupun dapat cuti, tak boleh nak pergi jauh-jauh pasal kena standby, kalau ada masa main dengan anak pun tak boleh nak concentrate takut opis telefon, bila dah naik peringkat senior, barulah ada masa sikit, barulah ada masa nak main badminton, bolasepak degan anak-anak, itupun bila anaknya telah dewasa atu remaja, riak wajah di mukanya memang penuh kesalan tapi nak buat macam mana, itu sudah karier pilihannya. Some people said “Everything Has A Price To Pay.”
*Sambungan : Fikir Dahulu Sebelum Bercita-Cita Menjadi photojournalist Bahagian III
*Artikel Berkaitan : Pengalaman Travel Solo Trans-Siberian Railway
One Comment
Jejai
perh.. sedih membaca nye bang..