Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2015 | Dataran Merdeka | Kuala Lumpur
Sekadar berkongsi sedikit gambar-gambar semasa liputan Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2015 di Dataran Merdeka, tak banyak gambar yang saya rakam sebenarnya pasal event ini hanya berlangsung lebih kurang satu jam sebaik ketibaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tepat jam 8:30 am dan lebih kurang 9:30 am majlis selesai.
Sedikit perbezaan tahun ini berbanding sambutan tahun sebelumnya ialah kali ini kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Selain daripada itu sambutan kali ini juga turut diserikan dengan persembahan pentomen mengenai serangan Balai Polis Kuala Krau, Pahang pada 26 Jun 1948 dan juga pentomen kisah ASP Mohd Zabri Abdul Hamid dari Platun 69 Komando yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir menentang komunis di Sungai Siput, Perak dalam Ops Bamboo 2 pada tahun 1975.
Kali ini saya cuba juga untuk mengambil sudut pandang yang berbeza iaitu, pemandangan wide shot Bandaraya Kuala lumpur, kebiasaanya saya lebih tertumpu sekitar pentas utama VVIP sahaja. Untuk mempelbagaikan potfolio gambar, saya cuba cari angle lain, banyak lagi gambar tetapi nak jimat bandwidth internet, saya upload sedikit sahaja. Tujuan saya cari sudut lain ialah, saya tidak mahu bila pencen nanti, insyaAllah kalau umur panjang, semua gambar dari sudut pandang yang sama sahaja.
Siapa tahu, mungkin 10, 50 atau 100 tahun akan datang pemandangan di Kuala Lumpur sudah berubah, sudah semakin banyak bangunan pencakar langit di belakang sana, dan sudah tentu gambar pemandangan yang saya rakam tadi akan menjadi nostalgia buat sesiapa sahaja yang hadir pada waktu ini.
Sebelum menamatkan tugasan sempat juga kami jurufoto yang terlibat merakam peristiwa bersejarah ini bergambar bersama pegawai media Jabatan Penerangan yang cukup popular semasa Press Conference #MH370 iaitu Jagjit Singh.