Art,  Family,  Portrait

Photography | Mengapa Anda Harus Hasilkan Photo Book Peribadi?

© 2015 Wazari Wazir | HaiQal Personal Photo Book | 176 Pages | Made With Blurb
© 2015 Wazari Wazir | HaiQal Personal Photo Book | 176 Pages | Made With Blurb

© 2015 Wazari Wazir | HaiQal Personal Photo Book | 176 Pages | Made With Blurb
© 2015 Wazari Wazir | HaiQal Personal Photo Book | 176 Pages | Made With Blurb
 

“Think about the importance of actually making a record of your own world, your friends and family. There’s no guarantee that someone else will do it if you won’t. With time, with the passing of people, with the growing up of children, with change, these images become priceless”

– Mitchell Kanashkevich –

 

Syukur Alhamdulillah, personal photo book terbaru saya (ini yang ke lima) telah selamat tiba di tangan saya pada hari ini 8 Julai 2015. Sepuluh hari lepas order, dah sampai di tangan. Bila dapat notification email yang mengatakan bahawa buku saya telah di hantar ataupun  “Your Book Order Has Been Shipped,” hampir setiap hari ataupun dalam sehari entah beberapa kali saya pantau tracking parcel saya tu, bermula dari Ibu Pejabat Blurb di San Francisco USA, terbang ke Anchorage Alaska, kemudian ke Guangzhou di China dan seterusnya ke KLIA Sepang, tak ubah ibarat menunggu kekasih hati pulang dari luar negara.

Kepada yang bertanya kenapa saya buat dengan Blurb yang berpangkalan di USA tu dan mengapa tidak gunakan sahaja company Photobook Malaysia, rasanya dah beberapa artikel saya tulis, tentangnya, you all boleh gunakan search box di blog saya tentang “Photobook” dan boleh jumpa tentangnya, di akhir artikel ini nanti saya sharekan linknya.

Coffee Table ataupun Photo Book kali ini saya khususkan untuk gambar-gambar HaiQal sahaja. Bermula daripada gambar pertama kelahirannya di hospital hinggalah usianya masuk empat tahun, kini HaiQal telah berusia lapan tahun. Kenapa sampai empat tahun sahaja? Kerana gambar-gambar HaiQal terlalu banyak, tak mungkin dapat dikumpulkan dalam sebuah buku sahaja.

Kepada sesiapa yang selalu mengikuti flickr saya semasa HaiQal baru dilahirkan, sudah pasti tahu, hampir setiap hari pasti ada gelagat HaiQal yang saya sharekan di flickr, sebelum kelahiran anak kedua saya, Raphael, sudah beribu-ribu gambar HaiQal saya muat naik di Flickr dan kebanyakan gambar-gambar tersebut adalah yang telah saya pilih daripada gambar-gambar yang lain.

Saya merasakan adalah amat rugi sekiranya gambar-gambar tersebut hanya saya simpan di dalam hard disk dan hanya saya kongsikan di Flickr sahaja. Rasa rugi habiskan masa beberapa minit dan adakalanya berjam-jam untuk mengedit gambar tetapi hanya tersimpan di laman sesawang sahaja yang mana kita perlukan talian internet untuk melihatnya. Gambar-gambar HaiQal juga telah tersimpan di dalam beberapa Hard Disk dan ada di antaranya yang telah lama saya tidak buka memandangkan kini telah lapan tahun usia HaiQal.

External Hard Disk saya pun ada lebih daripada sepuluh dalam pelbagai size, dari 250 GB, hinggalah ke 2 TB, dan hanya Hard Disk terbaru sahaja yang saya sambungkan ke komputer saya. Hard Disk yang lama, ada yang saya simpan dalam box ataupun almari. Saya bimbang kalau-kalau ada di antara Hard Disk tersebut yang tidak dapat dibuka kemudian hari nanti dan memang adapun hard disk saya yang dah “corrupt” tetapi Alhamdulillah ada “BackUp”.

Mencetak gambar-gambar terbaik anak-anak saya juga merupkan salah satu daripada “BackUp” yang saya lakukan selain menyimpan secara online di Flickr, ada juga sesetngah orang yang menyimpan di “Cloud Storage” yang boleh di access pada bila-bila. Tetapi bercakap pasal “Cloud Storage” ini apakan anak-anak kita tahu password yang kita gunakan untuk meng-accessnya nanti setelah ketiadaan kita. Sekiranya pun mereka tahu, kalau mereka sudah besar nanti, insyaAllah kalau umur panjang, mereka sudah tentu sibuk dengan hal ataupun urusan masing-masing, mungkin tiada masa atau berminat hendak cari kembali gambar-gambar lama mereka yang dirakam oleh ayah serta ibunya semasa mereka kecil.

Bagi saudara dan saudari yang baru mendapat cahaya mata mungkin tidak dapat merasa apa yang saya rasa ketika ini, masa kita mula-mula ambil gambar anak-anak kita kecil, kita rasa biasa-biasa sahaja tetapi setelah anak-anak kita masuk ke sekolah dan kita lihat kembali gambar-gambar lama mereka, perasaanya berbeza. Setiap keping gambar mempunyai ceritanya sendiri.

Mungkin anak-anak kita yang masih kecil belum mampu untuk menghargai usaha ibu bapa mereka mendokumentasikan kisah hidup mereka semasa kecil secara visual, insyaAllah satu hari nanti bile mereka lihat balik gambar-gambar mereka, baru mereka faham akan kasih sayang ibu dan bapa mereka terhadap mereka.

Siapa masih ingat lagi Iklan Hari Raya Petronas tentang “Burung Murai”? Setiap kali saya menonton iklan tersebut di Youtube, pasti dada berasa sebak dan mata pun berkaca-kaca tanpa disedari. Kalau boleh ingin saya sembunyikan photo book ini untuk tempoh beberapa lama, ibarat “Time Capsule,” agar anak saya boleh melihatnya bila mereka dewasa nanti dan telah memiliki keluarga masing-masing.

Zaman saya kecil dahulu ingatan saya terhadap Arwah ayah agak samar-samar, ingatan ketika berumur bawah lima tahun memang agak samar, kerana kebiasaanya manusia jarang boleh mengingati apa yang berlaku pada umur lima atau empat tahun ke bawah, mungkin hanya segelintir sahaja dari kita mampu mengingati peristiwa semasa kita berusalima tahun ke bawah secara jelas, kalaupun ada, ianya adalah dari penceritaan ibu dan bapa kita ataupun saudara mara kita.

Anak saya yang kedua, Raphael kini berusia empat tahun dan kalau saya tanyakan pada dia pernah ke Istanbul atau tidak, pasti beliau tidak ingat kerana sewaktu kami bawa dia ke Istanbul, umurnya belum lagi masuk dua tahun, bila saya tunjukkan gambar-gambar dia di Istanbul barulah dia tahu tetapi tak mungkin dia ingat dengan jelas apa yang berlaku pada ketika itu. Paling tidak pun, satu hari nanti insyaAllah dia akan tahu bahawa ibu dan ayahnya pernah membawa dia ke sana.

Berbalik kepada gambar-gambar HaiQal dalam photo book tersebut, kebanyakannya adalah dalam bentuk Square format, kerana satu ketika dahulu saya cukup suka hasilkan gambar-gambar dalam bentuk square dan kerana itu juga photo book kali ini saya buat dalam size 12 x 12 Inch. Memang agak besar dan boleh tahan juga beratnya.

Gambar yang saya kongsikan di atas ini hanyalah sebahagian kecil sahaja kerana photo book kali ini agak tebal iaitu setebal 176 halaman, cuma ada sedikit kekesalan di hati kerana sewaktu HaiQal masih kecil saya amat jarang bergabar dengannya, yang paling banyak gambar HaiQal bersama ibunya dan oleh sebab itu, semenjak kebelakangan ini saya memperbanyakkan mengambil gambar satu keluarga, siap beli tripod lagi untuk bergambar satu keluarga (On Self Timer).

Gambar HaiQal bersama Sponge Bob itu antara gambar yang bermakna buat diri saya kerana itu adalah hadiah pemberian ibu saya iaitu Opah kepada HaiQal sewaktu usianya genap satu tahun. Mana mungkin kita boleh mengingati hadiah hari lahir kita di usia satu tahun tanpa diceritakan oleh sesiapa ataupun ada gambar untuk membawa kita mengenang kembali peristiwa tersebut. Pendek kata “every picture has a story to tell”.

© 2009 Wazari Wazir | Photo Album  HaiQal Yang Pertama Tahun 2009 | Wedding Style Custom Album | 40 Halaman

Panjang lagi sebenarnya kalau hendak saya tulis tetapi seperti mana yang saya kongsikan di facebook, “I’m not making this book with Blurb but with LOVE.” Dan setiap frame gambar yang saya rakam dan saya edit, kesemuanya dirakam serta diedit dengan penuh rasa kasih dan sayang terhadap keluarga. Bukan pula saya bermaksud kalau anda tidak buat photo book  bermakna anda tidak sayang pada keluarga, cuma cara masing-masing berbeza.

Tetapi bagi saya kalau dah banyak sangat gambar yang kita rakam baik dengan kamera DSLR, kamera compact ataupun hanya dengan Smartphone, rasanya eloklah paling tidak pun kita buat satu photo book yang boleh kita tengok pada bila-bila masa, tidak kita size apa pun besar ataupun kecil kerana ada nilai “Vintage” atau “Sentimental Value” di situ berbanding gambar-gambar yang kita kongsikan secara online yang sentiasa kelihatan “baru”.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, tidak dinafikan photo book saya akan mengalami nampak sedikit lusuh, mungkin warnanya akan luntur, terdapat kesan calar sana sini, wear and tear akibat seringkali di buka tutup tetapi kensan-kesan itulah yang akan memberikan nilai sentimental yang tinggi.

Apa perasaan kita memegang sebuah naskah yang berusia 50 atau 100 tahun berbanding melihat sekeping gambar di laman internet yang berusia 100 tahun, perasaanya sudah tentu tidak akan sama. Gambar anda, wang anda, masa anda, sejarah hidup anda, selebihnya terserah kita. Untuk tips-tips  bagaimana kita boleh buat personal photo book, sahabat sekalian boleh follow link yang saya kongsikan di bawah ini…

*Artikel Berkaitan Photo Book  : Buat Buku Coffee Table Guna Perisian Adobe Lightroom | Hasilkan Coffee Table Book Peribadi | Blurb Coffee Table Book With Adobe Lightroom | A Printed Memory Photo Book By Artifact Uprising Photo Book Hard Cover With Dust Jacket | Album For HaiQal

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.