Adventure,  Travel

Tips Kembara | Tips Dapatkan Harga Murah Untuk Tiket Kapal Terbang

Kashmir 2012 | The Photographer | Shikara | Dal Lake and The Himalaya

© 2012 Wazari Wazir | Kembara Ke Kashmir | India

Kashmir 2012 | Paradise on Earth | Dal Lake | Srinagar | Simply Breathtaking

© 2012 Wazari Wazir | Dal Lake Kashmir | India

Screen Shot 2015-07-02 at 10.05.42 PM

© 2015 Skyscanner App | Step A

Skyscanner_Harga

© 2015 Skyscanner App | Step B

Ada orang kata, hanya orang kaya sahaja yang mampu kembara sana sini, terbang sana sini, hakikatnya tidak sebegitu. Saya biasa travel dan kebanyakan orang atau traveler yang saya jumpa bukanlah mereka-mereka yang bertaraf jutawan atau anak-anak jutawan, kebanyakan yang saya jumpa adalah orang biasa-biasa yang memiliki pekerjaan biasa-biasa tetapi mempunyai keiinginan untuk melihat dunia dengan kaca mata sendiri dan bukannya melalui apa yang mereka lihat dan dengar sama ada melaui kaca TV ataupun di laman-laman sesawang atau internet.

Pernah sekali saya kembara ke Pulau Perhentian di Terengganu satu ketika dahulu, masa tu semasa hendak pulang ke Kuala Lumpur di stesen bas di Jerteh saya bertemu dengan seorang mat salleh ni, semat borak-borak dengan dia, kenapa dia travel solo, itu ini dan bagaimana dia dapatkan duit untuk travel, beliau warganegara Sepanyol dan travel solo, salah satu cara beliau untuk dapatkan sumber kewangan ialah dengan bekerja untuk tempoh tertentu di mana-mana negara yang beliau singgah dan cuba cari penginapan mana paling murah.

Masa tu saya travel dengan seorang sahabat saya dan rakan saya offer untuk dia tinggal semalam dua di rumahnya dan beliau sambut pelawaan itu, katanya kalau ada hostel harga RM10 dia akan pilih hostel itu, kalau ada murah lagi dia akn pilih, dapat pulak orang offer tinggal free di rumah, makin suka lah dia. Selepas Terengganu, belaiu berhasrat untuk meneruskan perjalanannya ke Tokyo Jepun, kisah ni dah lama dah, sebelum adanya AirAsia lagi kalau tak silap saya, cerita zaman  saya bujang, point saya bukan semua orang travel tu Kaya Raya.

Saya nak kaitkan pula cerita saya dengan gambar di Kashmir tu, tahukah anda bahawa tiket penerbangan saya ke New Delhi India pada Bulan Februari 2012 adalah hanya RM500 sahaja untuk RETURN Flight menggunakan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, masa tu Air Asia ada menyediakan perkhidmatan penerbangan terus ke New Delhi dari Kuala Lumpur, namun malangnya sebulan dua selepas saya kembali ke tanah air, AirAsia menamatkan penerbangan terusnya ke New Delhi, yang tinggal hanya ke selatan India sahaja seperti ke Kolkata dan Chennai.

Rahsia saya mendapatkan harga tambang murah ialah kerana saya sering “bermain” dengan Apps SkyScanner . Boleh dikatakan hampir setiap hari saya melayan Apps ini yang saya masukkan ke dalam iPhone saya. Actually bukan setiap hari tetapi dalam sehari entah berapa kali saya “bermain” dengan Apps ini dan ada satu masa tu sedang leka layan Skyscanner saya nampak harga yang murah untuk ke New Delhi, apa lagi terus beli. Sebelum tu saya pernah ke India pada tahun 2010 dengan pesawat Malaysia Airlines, tambang yang saya bayar masa tu untuk penerbangan terus (RETURN) ke New Delhi adalah sekitar RM1700, bayangkan jauh tak beza RM1700 dan RM500.

So apa tips dia, banyak tips sebenarnya di Internet ni yang kita boleh baca untuk dapatkan harga tiket kapal terbang murah ini, cuma saya ingin kongsikan pengalaman saya sahaja, no point jugak kalau saya copy paste dari blog orang dan masuk sini kan. So salah satu caranya ialah kita kena sentiasa monitor harga tiket kapal terbang, tak perlu tunggu ada promosi baru kelam kabut nak beli tiket, kalau ada promosi, beribu-ribu orang akan beli tiket, line sesak, kekadang tak lepas.

Selain Apps SkyScanner, ada banyak lagi Apps yang kita boleh muat-turun ke dalam Smartphone kita untuk monitor atau pantau harga tiket kapal terbang, you all boleh Google sendiri, cuma saya nak fokus pada SkyScanner sebab, hanya Apps ini yang saya kerap gunakan.

Kita juga perlu peka, kebiasaanya di musim-musim perayaan besar, memang agak sukar untuk dapatkan harga tiket murah, juga semasa cuti sekolah, sebabnya permintaan tinggi melebihi penawaran dan sudah tentu akan ada sahaja orang yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk terbang sekiranya terdesak.

Caranya ialah untuk kita beli tiket lebih awal, sekarang ini ada sesetengah syarikat penerbangan membenarkan kita membeli tiket seawal setahun lebih dari tempoh perjalanan kita, kebiasaanya dalam tempoh enam tujuh bulan sebelum penerbangan. Kalau kita terdesak membeli tiket kapal terbang dalam tempoh seminggu atau dua minggu dah tentu harga tiket akan mencanak naik terutamanya sekiranya kita ingin terbang pada musim perayaan atau cuti-cuti umum yang besar. So rancang perjalanan kita dengan baik, ada member facebook komen, hanya orang kaya sahaja yang beli tiket last minit (kecuali atas sebab-sebab terpaksa, emergency, atau urusan keluarga).

Kebiasaanya kaki travel ini orangnya “Flexible,” boleh terbang bila-bila masa, boleh rancang penerbangan untuk setahun awal, kebiasaanya adalah orang bujang, orang yang ingin kembara satu keluarga terutama yang ada anak-anak yang telah bersekolah agak susah untuk dapatkan harga tiket murah, sebabnya mereka hanya boleh kembara bersama keluarga pada musim cuti sekolah sahaja atau cuti umum yang panjang seperti Hari Raya dan seperti kebiasaanya untuk cuti sekolah dah hari-hari perayaan, harga tiket memang agak mahal tetapi boleh mencuba, mungkin rezeki kita dapat tiket murah.

Kita sebenarnya tidak perlu tunggu ada ZERO SALE baru nak beli tiket, hari-hari biasa pun boleh, cuma elakkan untuk terbang di hujung minggu Sabtu Ahad, ataupun Isnin Jumaat, biasanya untuk hari tersebut tambang agak mahal, tambang murah kebiasaanya adalah antara hari Selasa, Rabu dan Khamis (Bergantung Keadaan).

Di sini saya nak kongsikan juga sedikit tips cara guna Skyscanner ni, kita boleh download dari internet Apps ni, dan boleh customise currency atau matawang mana kita nak guna, kalau di Malaysia kita guna MYR atau RM. Lepas masukkan destinasi mana kita hendak terbang dan ke mana arah tuju kita, kita tekan search, selepas itu akan dipaparkan harga sama ada untuk Return atau One Way bergantung pilihan kita.

Sekiranya kita rasa harga tersebut agak mahal atau lari dari budget kita, kita boleh tengok tarikh lain pulak, cuba tekan pulak simbol “Graph” tersebut dan selepas itu kita boleh nampak di mana untuk hari-hari tertentu harga tambang agak murah berbanding harga asal yang kita pilih  tadi. Kebiasaanya untuk penerbangan Long Haul atau jarak jauh, penerbangan secara transit, jauh lebih murah dari penerbangan terus. Contoh untuk ke Istanbul sekiranya kita transit di Dubai atau diDoha Qatar, kita boleh dapat dalam RM2000 sahaja Return tiket KUL – Istanbul.

Contoh di atas adalah untuk tempoh penerbangan pada bulan Januari Tahun 2016. Pilihan asal pergi Hari Isnin dan pulang ke Maaysia pada hari Isnin juga menunjukkan harga tiket sebanyak RM2,828. Selepas itu sekiranya kita klik pada Graf yang rendah yang menunjukkan tambang murah, kita boleh dapat RM2,284 Untuk Return tiket ke Istanbul dari Kuala Lumpur dengan Etihad Airways.

Setelah kita jumpa harga yang sesuai dengan bajet kita, kita boleh terus membeli melalui applikasi Skyscanner ataupun masuk ke dalam website syarikat tersebut dan beli di sana. Saya belum pernah beli tiket melalui SkyScanner, biasanya saya guna SkyScanner hanya untuk pantau harga tiket sahaja.

Sekiranya saya nampak harga tiket yang berkenan di hati baru saya Log In atau masuk ke dalam website syarikat penerbangan yang menyediakan tambang murah tersebut dan beli di sana, kalaupun ada perbezaan, tidaklah banyak mana, itu terpulang kita sama ada ingin ambil insurance, nak pilih seat sendiri ataupun tambah extra luggage ataupn memesan makanan untuk penerbangan seperti AirAsia.

Untuk trip Kashmir pada tahun 2012, saya pantau harga tiket melaui SkyScanner dan bila jumpa tambang murah baru saya masuk laman sesawang AirAisa dan beli di sana, memang harganya tak jauh beza.

Biasanya tips ini jarang dibaca oleh kaki travel pasal ini semua adalah “makanan” mereka, hopefully dengan sedikit perkongsian ini kepada yang baru mula nak berjinak-jinak nak travel ni akan ada sedikit idea bagaimana kawan-kawan anda kerap travel, selain menunggu SALE dari syarikat penerbangan ada cara lain lagi untuk kita dapatkan harga tiket murah.

Lagi satu kita kena open, janganlah kita hanya bergantung dengan satu dua syarikat penerbangan sahaja, kena bersifat terbuka, mana-mana syarikat penerbangan yang offer tambang murah, kita boleh pilih, selebihnya kita tawakkal.

Untuk penerbangan dalam Malaysia kita ada Malindo, AirAsia dan Malaysia Airlines dan untuk ke luar negara ada cukup banyak syarikat penerbangan lain dan kita tidak semestinya perlu pergi dan pulang dengan syarikat yang sama, boleh combine dengan syraikat lain, contoh terbang ke Istanbul dengan Malaysia Airlines dan kembali ke Malaysia dengan Turkish Airlines. Mix and match asalkan kena dengan bajet poket kita.

Pokok pangkalnya kita, Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.

– The Difference Between Dreamers and Doers are Excuses Vs Solutions –

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.