Nepal | Secawan Kopi Di Banjaran Gunung Himalaya
© 2014 Wazari Wazir | A Cup of Coffee Against Beautiful Nepal Himalayan Range
Kalau hendak diikutkan banyak lagi gambar-gambar serta cerita-cerita pengalaman di Nepal yang belum sempat saya tuliskan, kerja macam saya ni, selalunya busy, macam-macam assignment yang mendatang, itu tak masuk out station, yang perlu keluar dari Putrajaya untuk seminggu dua, itu semua mengkantoikan saya untuk update blog tambahan pula kuata internet yang tak berapa nak bagus.
Baru-baru ini iaitu pada 25 April terjadi satu gempa bumi yang kuat iaitu gempa bumi yang dikenali sebagai “The Gorkha Earthquake” telah melanda sebahagian Nepal dan mengakibatkan jumpah kematian meleibi 8000 orang. Cuma apa yang sedikit menyediahkan ialah ada dikalangan kita yang mengatakan itu “Balasan Tuhan” ataupun mungkin kalau ditranslatekan “padan muka” terhadap ritual penyembelihan beribu-ribu ekor kerbau untuk satu ritual keagamaan, ada yang mengatakan kejadian tersebut seminggu sebelum gempa tetapi hakikatnya, ianya berlaku tahun lepas, 2014.
Ya, mungkin betul atau mungkin juga satu kebetulan sebab dan musabab tetapi sebelum itu kita juga perlu melihat dari segi struktur muka bumi Nepal itu sendiri. Bagaimana Nepal memiliki sepuluh puncak tertingi di dunia dan salah satu sebab terjadinya demikian ialah kerana pergerakan bumi yang berkaitan dengan “Tectonic Plates”, you all boleh Google untuk maklumat lanjut.
Selain daripaa Nepal ada juga beberapa buah negara yang terdedah dengan bencana gempa bumi ini iaitu negara-negara yang terletak di laluan “Ring of Fire”, sebagai contoh Indonesia yang mana negara yang terletak di laluan “Ring of Fire” ini memang kerap berlaku gempa bumi. Maklumat lanjut tentang “Ring of Fire” ini, you all boleh Google juga.
Ada juga yang mengatakan semasa kesan gempa di Nepal baru-baru ini, kebanyakan temple ataupun kuil berusia ratusan tahun rosak teruk berbanding masjid-masjid yang satu pun tidak terusik, merekah pun tidak, sumber ini mungkin boleh dipercayai ataupun tidak.
Cuma saya ingin berkongsi satu kejadian gempa yang pernah melanda Izmit Turki pada bulan Ogos tahun 1999, di mana mengorbankan lebih 17,000 orang serta memusnahkan banyak masjid-masjid di sana termasuk masjid-masjid berusia ratusan tahun.
Semua yang terjadi sudah tentu ada sebab dan musababnya, bagi yang tidak terkena dengan musibah tersebut, baik musibah besar ataupun kecil, marilah kita sama-sama ambil iktibar dan membantu sesama kita yang mana boleh dibantu. Cuba pula kita fikir “ritual” apa yang dilakukan oleh penduduk Manik Urai di Kelantan sebelum berlakunya banjir besar dan juga “ritual” apa yang dilakukan oleh penduduk di Acheh sebelum Tsunami melanda mereka? Janganlah kita cepat melatah, baik kita ambil iktibar.
Berkenaan gambar diatas pula, gambar tersebut sebenarnya tidak dirancang, kami sebenarnya sedang leka mengambil gambar di Sarangkot, mengambil gambar pemandangan Puncak “Fish Tail” ataupun Puncak Gunung Machapuchare, leka mengambil gambar itu ada seorang brother ni datang, katanya tempat kami mengambil gambar tu tanahnya, entah betul ataupun tidak, malas kami nak layan, dia tidak mengenakan bayaran cuma seakan memaksa kami membeli kopi yang dijual dikedainya.
Kami pun belilah kopi tersebut, bukanlah mahal sangat untuk sedikit kebebasan mengambil gambar disini. Actually pondok tempat brother yang menjual kopi tersebut ada di bahagian bawah (brother tu bukan yang dalam gambar tu). Mungkin kerana terlalu lama menunggu kami turun meminum kopi dan mungkin agaknya terlalu lama untuk dia menerima sejumlah wang, maka dia pun menyuruh gadis dalam gambar tersebut menghantar kopi kepada kami.
Sewaktu gadis tersebut naik sambil menatang dulang yang berisi cawan-cawan kopi berlatarbelakangkan banjaran Himalaya kelihatan cukup menarik, apa lagi, berlumba-lumbalah kami mengambil gambar sampai terblocking kawan-kawan di belakang. Dulang itu pun dihidang di atas rumput begitu sahaja.
Lelaki dalam gambar tersebut bukan teman lelakinya ataupun suami kepada perempuan tersebut tetapi lelaki tersebut adalah tour guide merangkap pemandu kenderaan kami. Bila terjadinya gempa bumi di Nepal, saya pun teringat akan nasib mereka, apakah yang terjadi pada mereka, semoga mereka semua selamat, insyaAllah…