Adventure,  Travel

Kembara Bersama Keluarga Ke Singapura | Singapore

Singapore Family Trip

© 2015 Wazari Wazir | Bergambar Bersama Keretapi KTM Sinaran Selatan Di Kuala Lumpur Sentral

Singapore Family Trip

© 2015 Wazari Wazir | Di Dalam Gerabak Express KTM Sinaran Selatan

Singapore Family Trip

© 2015 Wazari Wazir | Raphael dan HaiQal Di Dalam Gerabak KTM Sinaran Selatan | Kuala Lumpur Ke Woodlands Singapore

Singapore Family Trip

© 2015 Wazari Wazir | Sewaktu Melintasi Tambak Johor Untuk Ke Woodlands Di Singapura

Singapore Family Trip

© 2015 Wazari Wazir | Bergambar Di Gardens By The Bay | Singapore

Singapore Family Trip

© 2015 Wazari Wazir | Di Gardens By The Bay Berlatarbelakangkan OCBC Supertree Grove  | Singapura | Singapore

Trip ke Singapura ini tidak dirancang dari awal sebenarnya, kira macam “ad hoc” jer. Memandangkan cuti agak panjang untuk warga Wilayah Persekutuan dan yang sewaktu dengannya (Cuti Sabtu, Ahad, Hari Wilayah dan Thaipusam) jadi saya ambil keputusan untuk ke Singapura. Saya belum pernah lagi melancong ke Singapura, cuma pernah ke Singapura pada tahun lepas 2014 atas urusan kerja sempena Lawatan Negara Seri Paduka Baginda YDP Agong ke Singapura pada bulan Mei tahun lepas.

Macam biasa bila pergi ke sesebuah negara atas urusan kerja memang kita tiada masa untuk jalan sana sini kecuali atas urusan kerja, terkejar-kejar ke sana sini tanpa masa yang free untuk diri sendiri tetapi Alhamdulillah setidak-tidaknya dapat juga membuka mata saya terhadap apa yang ada di Singapura.

Anyway, saya mengambil keputusan untuk membawa keluarga merasa perjalanan dengan menaiki keretapi Ekpress Sinaran Selatan dari Kuala Lumpur ke Woodlands Singapura, tiket keretapi saya beli di KL Sentral sehari sebelum bertolak ke sana, Alhamdulillah masih ada lagi kekosogan, so saya beli empat tiket, dewasa RM34 seorang, manakala tambang untuk kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 12 tahun ialah RM21. Raphael masih lagi belum berusia 4 tahun tetapi untuk keselesaan semua, saya belikan juga tiket untuknya, kalau tidak dia kena duduk atas riba sama macam Arianna yang hampir masuk usia dua tahun, so semua sekali RM110 untuk empat tiket keretapi. Dua dewasa, dua kanak-kanak.

Express Sinaran Selatan berlepas dari Stesen Keretapi KL Sentral tepat jam 8 am pagi dan Alhamdulillah sampai di Stesen Keretapi Woodlands di Singapura pada jam lebih kurang 2:43 pm, hampir 7 jam perjalanan. Kalau naik flight sejam pun tak sampai tapi apa salahnya kita cuba “slow travel” pulak sekali sekala.

Masa mula-mula perjalanan, anak saya Raphael tak henti-henti bertanya “Dah sampai ke, dah sampai ke”? Sampailah dia terlelap, biasanya naik LRT paling jauh ke Masjid Jamek dari Bandar Tasik Selatan, lebih kurang 20 minit sahaja atau naik KTM Komuter dari Bandar Tasik Selatan ke Mid Valley, kurang 15 minit dan paling jauh pernah naik KTM ETS Komuter dari Ipoh KL Sentral ke Ipoh dalam 2 jam macam tu.

Semasa keretapi tiba di Setesen Keretapi JB Sentral, kami dikehendaki turun oleh pegawai imigresen dari gerabak keretapi bersama-sama dengan barang-barang kami dan naik ke tingkat satu bangunan tersebut untuk melalui proses pemeriksaan kastam dia mana pihak kastam akan mengecop passport kami sebagai tanda kami akan keluar dari Malaysia menuju ke Singapura, tetapi passport kami tidak dicop pun pasal passport baru Malaysia ni ada Chip, cukup sekadar discan atau diimbas sahaja sama seperti di KLIA.

Selepas itu kami dikehendaki mengimbas bagasi kami sebelum dibenarkan turun semula ke gerabak keretapi yg kami naiki tadi di tempat duduk yang sama untuk meneruskan perjalanan ke Woodlands, seingat saya tak sampai 10 minit dari JB Sentral dah sampai ke Woodlands. Sampai di Woodlands, kita kena isi borang ketibaan, alamat hotel, itu ini dan macam-macam lagi atas sekeping kertas, memandangkan kami berlima, jadi kami kena isi borang satu-satu, semua penumpang lain dah lepas pemeriksaan kastam di Woodlands, kami masih lagi terkial-kial mengisi borang. Takde apa sangat yang hendak dikejar pun.

Memandangkan trip ini dibuat last minit, saya tak sempat nak tukar duit ke Singapore Dollar, so bila keluar dari Stesen Keretapi Woodlands, kami tak dapat naik bas pasal tiada duit Singapore Dollar, tak jauh dari stesen keretapi ni ada macam deretan kedai dan pejabat serta supermarket, so saya ke sana sekejap untuk mencari Money Changer, isteri dan anak-anak menunggu di hentian bas tak jauh dari stesen keretapi tersebut. Alhamdulillah jumpa juga money changer dalam deretan kedai-kedai tersebut.

Stesen MRT terletak agak jauh dari stesen keretapi ni, kita kena ambil bas atau teksi untuk sampai ke Stesen MRT tersebut, kalau kita tak nak naik MRT boleh juga kita naik bas dari sini terus ke Stesen Bas di Queen Street tetapi untuk lebih selesa, kami memilih untuk naik MRT, bas memang banyak di sini, tak perlu tunggu lama, berapa bayaran seorang saya tak ingat tapi untuk kami lima beranak, pemandu bas tersebut meminta Singapore Dollar 2.50 untuk dimasukkan ke dalam mesin wang tersebut.

Lebih kurang 10-15 minit perjalanan kami sampai ke stesen MRT Woodlads, turun di sini untuk meneruskan perjalanan dengan MRT, kira macam LRT di Malaysia. Sampai di kaunter tu saya tanya pada yang jaga kaunter tu, nak beli tiket EZ-Link Card, kebetulan yang jaga kaunter tu wanita Malayu, jadi kami cakap dalam Bahasa Melayu, mungkin dia nampak saya travel satu family dengan beg besar, dia cadangkan saya beli Singapore Tourist Pass, dia tanya saya berapa lama di Singapore, saya bagitau 3 hari, actually 4 hari 3 malam.

Anyway, untuk 3 kad Singapore  Tourist Pass, dua dewasa dan satu untuk kanak-kanak usia atas 7 tahun ke bawah dan kurang ketinggian bawah 0.9 Meter boleh dapatkan tiket percuma atau dapatkan “Concessionary Travel Rate”. Actually Tourist Pass tersebut hanya ada untuk 1,2 dan 3 hari sahaja untuk unlimited ride MRT, Bas dan juga LRT, naiklah berapa banyak kali pun dalam masa sehari, memang jimat. Untuk orang dewasa kena bayar Singapore Dollar S$ 20 seorang, kalau dua orang Singapore Dollar 40 tapi kena tambah Singapore Dollar 10 lagi untuk deposit setiap satu kad, cuma untuk kad kanak-kanak free. Deposit tu boleh dapat balik kalau kita pulangkan balik kad tu masa nak keluar Singapore nanti. So total kami bayar Singapore Dollar S$ 60 sahaja. Actually S$40 sahaja untuk 3 hari kerana boleh dapat balik S$ 20 masa balik nanti.

Tourist_Pass

Travel_Pass_Singapura

© 2015 Singapore Tourist Pass

Kami memilih untuk menginap di area Bugis, dekat dengan Kampung Glam yang tidak berapa jauh dari Masjid Sultan Kampung Glam. Untuk ke Bugis kami kena menukar train MRT di area Jurong  East dan ambil MRT  (East West Line/Green) yang menuju ke arah Pasir Ris. Kami keluar di Stesen MRT Bugis, hotel kami terletak di Bencoolen Street, lebih kurang lima hingga sepuluh minit berjalan kaki, kerana kawasan ini agak sesak, tumpuan orang ramai terutamanya mereka-mereka yang ingin membeli cendera hati, biasanya di sinilah tempatnya.

Sampai di Hotel, mandi-manda semua, rehat sekejap terus naik MRT balik menuju ke Gardens By The Bay, turun di Stesen MRT Bayfront. Tujuan dia bukan apa, nak tengok persembahan  Supertree Garden Rhapsody atau persembahan Cahaya dan Bunyi “Light and Sound Show” pada jam 7:45pm  malam dan juga 8:45pm malam (Kami menonton yang 7:45 pm), persembahan Light and Sound ini percuma sahaja.

Semasa persembahan “Supertree Garden Rhapsody” saya memang tak ambil gambar, nak betul-betul enjoy show tersebut, ramai jugak peminat photography yang memasang tripod dengan kamera masing-masing untuk merakam keindahan persembahan warna warni Supertree ni tapi mungkin lain kalilah kalau saya nak layan Photography, buat masa ni biar betul-betul enjoy dengan family. Memang persembahan yang cukup menarik, you all boleh lihat di Youtube kalau nak tengok persembahan tersebut, just to get an idea, just search Supertree Garden Rhapsody Singapore.

Lepas tengok persembahan tersebut, terus balik ke hotel, sempat singgah makan dulu di area Bugis sebelum ke hotel. Luar hotel memang meriah, macam  pasar malam, tapi dah penat, tak larat nak ronda sana sini lagi.  Sebelum tu just nak beritahu, semasa trip ke Singapura ini saya hanya membawa sebuah kamera sahaja iaitu Fujifilm X100T mirrorless.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.