Adventure,  Travel

Kembara | Trans-Siberian Railway | Pilihan Untuk Laluan Keretapi | Moscow – Beijing – Moscow

© 2015 | Trans Siberian Railway | Russia – Mongolia – China

Sebut sahaja Trans-Siberia, sudah pasti ramai di kalangan traveler terutamanya Backpacker mengidam untuk melakukan perjalanan ini, manakan tidak ini adalah laluan keretapi terpanjang di dunia merentasi Siberia yang luas terbentang, kerana itu namanya Trans-Siberia. Untuk pengetahuan tidak ada keretapi yang bernama Trans-Siberian Train tetapi Trans-Siberian Railway ialah sebuah jaringan laluan keretapi merentasi Siberia.

Di Russia sendiri kita ada banyak pilihan untuk melakukannya. Perjalanan terpanjang menggunakan laluan ini ialah sejauh 9289Km yang mana bermula di Moscow, stesen keretapi Yaroslavsky dan berakhir di Vladivostok yang mana mengambil masa selama 7 hari perjalanan dengan keretapi. Vladivostok terletak di hujung selatan peta Russia, terletak di sebelah atas Korea Utara.

Terdapat tiga laluan utama perjalanan keretapi Trans-Siberian Railway :

  • 1. Trans-Siberia – Moscow – Vladivostok (143 jam) | 7 Hari Perjalanan (Berlepas Selang Sehari)
  • 2. Trans-Siberia/Trans-Manchuria (Tidak Melalui Mongolia)  – (145 jam) | Moscow – Beijing | Train 020 (Berlepas Setiap Hari Sabtu) | 7 Hari Perjalanan
  • 3. Trans-Siberia/Trans-Mongolia (Melalui Mongolia) – (126 Jam ) | Moscow – UlaanBatar – Beijing | Train 004 | (Berlepas Setiap Selasa) | 6 Hari Perjalanan

Tambang Perjalanan Sehala (One Way Journey) Secara Kasar, sekiranya kita beli awal mungkin boleh dapat lebih mrah lagi ;

  • 1. Trans-Siberia – Moscow – Vladivostok : USD243  (RM865) 3rd Class
  • 2. Trans-Siberia/Trans-Manchuria : USD627 (RM2,230) 2nd Class
  • 3. Trans-Siberia/Trans-Mongolia : USD688 (RM2,448) 2nd Class

Harga tiket di atas adalah harga untuk perjalanan terus menerus tanpa henti, maksudnya, dari Moscow kita terus ke Beijing atau ke Vladivostok, keretapi hanya akan berhenti di stsesen-stesen tertentu yang mengambil masa sekitar 15 hingga 45 minit, untuk menurunkan penumpang dan menaikkan penumpang.

Bukan semua orang  menggunakan keretapi tersebut melakukan perjalanan terus menerus, ada yang menggunakannya untuk destinasi-destinasi tertentu, jadi penumpang akan turun naik silih berganti, kepada yang mengambil perjalanan terus menerus, mereka hanya akan turun di destinasi terakhir dan keluar dari keretapi serta bermalam di destinasi pilihan mereka.

Mungkin anda nampak harga tiket tersebut agak mahal, seperti yang saya katakan tadi, ianya adalah tambang untuk perjalanan terus menerus, seperti kita naik kapal terbang, kebiasaanya tambang perjalanan secara direct contoh dari Kuala Lumpur ke Istanbul adalah lebih mahal berbanding kita ambil perjalanan yang ada transit, seperti berhenti dulu di Dubai, Doha sebelum meneruskan penerbangan ke Istanbul, transit biasanya murah sedikit berbanding direct flight.

Namun kebiasaannya backpackers yang menggunakan laluan Trans-Siberia ini akan memilih destinasi tertentu untuk keluar turun, bermalam dan melawat kawasan sekitar, bergantung kepada kecenderungan, minat masing-masing, mereka akan memilih destinasi mana untuk berhenti, bermalam semalam dua sebelum meneruskan lagi perjalanan mereka menggunakan keretapi yang lain. Biasanya kos akan jadi lebih rendah, saya bagi contoh di bawah ;

Trans-Siberia/Trans-Mongolia :

  • 1. Saint Petersburg – Moscow | (4 jam Sapsan USD 74) 8 Jam Normal Train RM110 (Yg Paling Murah)
  • 2. Moscow – Kazan | 12 jam RM93.55
  • 3. Kazan – Irkutsk | 67 jam RM262.49
  • 4. Irkutsk – UlaanBator | 32 Jam Train No 362 (2015 RM558)
  • 5. Ulaanbator – Beijing | 28 Jam Train No 24 – RM512
  • 6. TOTAL Approximate : RM1536.00

Harga tersebut berubah mengikut pertukaran matawang ringgit kita dan seawal mana kita beli, seperti dalam artikel sebelum ini ada saya kongsikan cara-cara membeli tiket secara online dengan RZD iaitu syarikat keretapi di Russia secara terus tanpa melaui agensi, cuma kita hanya boleh menempah tiket secara online dengan RZD dalam tempoh 45 hari sebelum perjalanan kita.

Boleh juga kita menggunakan khidmat travel agensi seperti Real Russia yang mana mereka boleh menerima tempahan lebih awal, mungkin 60 hari sebelum perjalanan kita, cuma mereka akan mengenakan tambang yang lebih sedikit berbanding dengan secara terus melalui RZD Russian Railway

Ada lagi cara untuk kita mengurangkan kos perjalanan, cuma cara tersebut agak rumit dan kita perlu lebih banyak masa untuk melakukannya, kita boleh jimat semasa di Mongolia dan di China, di Mongolia kalau kita nak jimat kita boleh ambil keretapi dari Ulaanbatar ke Zamyn-Uud (Sempadan Mongolia) Train ini ada setiap hari yang akan ambil masa lebih kurang 14 jam/16 jam perjalanan dengan tambang lebih kurang RM70. Keretapi direct Ulaanbatar ke Beijing bukan ada setiap hari. Kalau tak silap hanya ada pada hari Ahad dan Khamis sahaja untuk perjalanan keretapi secara terus dari Ulaanbatar ke Beijing.

Kemudian kita ambil jeep/kereta merentasi sempadan Mongolia China melalui Erlian, lebih kurang Chinese Yuan 50 atau RM28/30. Kemudian dari Erlian/Erenhot kita ambil train ke Beijing yang mengambil masa lebih kurang 12 jam dengan kos antra RM70 hingga RM115. Agak banyak jugak yang kita boleh jimat di situ berbanding kita ambil keretapi secara terus dari Ulaanbatar ke Beijing.

Tetapi kita kena juga ambil kira kos hotel, sekiranya waktu kita sampai di sempadan keretapi telah berlepas dan tentu kita kena bermalam untuk menunggu train seterusnya, tetapi kalau kita ada banyak masa, pilihan ini boleh dipertimbangkan.

Kalau kita ada banyak masa serta kewangan mengizinkan boleh saja kita buat Once in a Lifetime, Grand Journey dari London ke Malaysia dengan keretapi atau dari Malaysia ke London dengan keretapi, boleh rujuk peta di atas, cuma antara Bangkok (Thailand)  dan Saigon (Vietnam) merentasi Cambodia, di situ kita kena ambil bas/kereta, kerana tiada jaluran keretapi yang menghubungkan keduanya.

Ada juga pernah saya terbaca, rakan-rakan kembara yang memulakan perjalanan dari Beijing dan berakhir di Beijing juga. Untuk ke Moscow mereka mengambil train Trans-Mongolia melaui Mongolia ke Moscow dan kemudian semasa balik ke Beijing mereka mengambil train laluan Trans-Manchurian ke Beijing dan train ini tidak melalui Mongolia.

Di mana anda harus memulakan perjalanan itu bergantung pada diri anda sendiri, sama ada ingin memulakan dari Moscow ke Beijing atau Beijing ke Moscow. Flight terendah yang pernah saya nampak (Transit) antara Kuala Lumpur – Moscow (One Way) ialah sekitar RM1800-RM2200 dan Flight dari Kuala Lumpur ke Beijing antara RM600-1300 (One Way), kalau nak murah lagi masa AirAsia atau MAS buat promosi kena beli cepat-cepat.

Kita boleh jimat banyak sekiranya kita buat persediaan awal dan menempah tiket seawal mungkin atau bila-bila kita nampak harga tiket tersebut murah dari biasa. Persediaan saya untuk trip ini mengambil masa hampir dua tahun, cuma dalam tempoh setahun sebelum berlepas, lebih rancak lagi persediaannya.

Saya bukannya tiada kerja lain, ada keluarga serta anak-anak  dan banyak lagi komitmen tugas yang memerlukan saya membahagi-bahagi masa. Sekiranya kita ada banyak masa terluang, mungkin dalam tempoh enam bulan atau sebulan dua kita dah boleh buat persediaan rapi dari segi reserch dengan intensif.

Tentang destinasi mana nak berhenti dan berapa lama, itu terpulang kepada minat anda, saya boleh suggest berdasarkan minat saya sahaja, kalau anda minat tentang sejarah Russia, ada tempat-tempat tertentu atau bandar-bandar tertentu yang sesuai kita bermalam semalam dua dan bagi peminat Photography ada juga destinasi-destinasi tertentu sepanjang laluan Trans-Siberia yang mungkin menarik minat anda.

Ini hanyalah panduan secara kasar sahaja, saya memang galakkan anda setidak-tidaknya belilah sebuah buku mengenai Russia ataupun mengenai laluan Trans-Siberia ini untk merancang perjalanan anda. Buku panduan yang saya gunakan ialah buku Trans-Siberian Handbook By Bryan Thomas Terbitan Trailblazer

Adalah hampir mustahil untuk saya ceritakan setahun perancangan saya dalam ruang lingkup blog yang terhad ini. Selain membaca buku panduan tentang perjalanan ini, saya juga membaca buku-buku lain tentang Russia. Impian untuk ke Russia bermula sejak zaman bujang lagi, sejak belum lagi ada perkhidmatan pesawat tambang murah AirAsia, impian saya tidak pernah terpadam, walaupun mengambil masa yang lama.

Alangkah ruginya kita memadamkan impian hidup kita sedangkan kita masih lagi bernyawa. Usaha dan Tawakkal, insyaAllah. Hidup ini ialah sebuah pengembaran…

Artikel Berkaitan : Trans-Siberia | Berapa Lama Masa Yang Diperlukan

*Kepada yang berminat hendak dengar secebis pengalaman saya semasa di Russia, boleh dapatkan buku Travelog 7  Benua. Klik pada banner di bawah ini untuk maklumat lanjut…

Travelog 7 Benua

I'm a Photographer and Travel Blogger...

3 Comments

  • suhaimi

    alhamdulillah, dapat singgah ke laman ni. dan dapat panduan untuk planning solo backpack trans-siberian.
    jazakallah.

  • Rizal Damanik

    Ass. Banyak sekali yg ingin saya konsultasikan .kepada Bpk. Tentang Trans Siberia ini. Bagaimana caranya jika saya ingin bertemu .terima kasih.

  • Norhanida Hassan

    Assalamualaikum tuan. Saya sangat berminat dgn perjalanan tuan ini dan sgt bercita2 utk merealisasikan nya. Cuma kami bercadang untuk tamatkan perjalanan kami di tanah suci dan kemudian balik dgn flight ke malaysia. Kami bercadang menggunakan pelbagai transportation dan bukan flight kecuali masa balik.

    Terima atas info dan maklumat tambahan. Setakat sekarang kami berdua perempuan. Rakan kerja 54 dan 40 tahun. Cadangan kami lagi 5 tahun kami bermula. Mungkin akan ada seorang lagi anak sedara lelaki akan menyertai.

    Terima kasih sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.