Kembara Trans Siberian Railway | Kelam Kabut Di Beijing
© 2014 Wazari Wazir | Beijing Railway Station | China
© 2014 Wazari Wazir | Beijing Railway Station | Photo Taken Outside My Hotel
“When you’ve managed to stumble directly Into the Heart of The Unknown, either through the misdirection of others, or better yet, through your own creative ineptitude.
There is no one there to hold your hand or tell you what to do. In those bad lost moments, in the times when are advised not to panic, we own the unknown, and the world belongs to us. The Child Within Has Full Reign. Few of us are ever so free”
– Tim Cahill –
Sementara memori tenting trip Trans Siberia ni masih fresh, segar, saya nak kongsi sedikit tips perjalanan ini sekiranya kita memulakan perjalanan keretapi kita dari St Petersburg atau Moscow ke Beijing, jangan jadi macam saya.
Kisahnya macam ni, bukanlah happening sangat, bukanlah kelam kabut sangat tapi kelam kabut jugaklah. Train saya dari Irkutsk ke Beijing melalui Mongolia ambil masa selama hampir 3 hari 2 malam iaitu dalam jumlah jam memakan masa selama 51 jam dan 47 minit dalam train. Tain No 04 (Trans Mongolian Train) selamat tiba tepat pada masanya iaitu jam 11:40am di Stesen Keretapi Beijing ni, seperti dalam gambar.
Masa nak keluar itu pun dah agak kelam kabut juga, banyak sangat pintu, tak tahu nak keluar ikut pintu mana, maklumlah ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke Beijing, saya belum pernah sampai ke China sebelum ini, this is my first time. Untuk nampak tak kelam kabut dan stay cool, saya followlah Mat Salleh yg bawak backpack keluar dari train, follow dari belakang, dalam hati berkata, mesti mamat ni nak keluar stesen, dan memang pun.
Alhamdulillah selamat keluar, dah keluar pulak, tugas seterusnya ialah nak mencari di mana letaknya Beijing Subway, kira macam LRT lah, ke hulu ke hilir saya jalan cari tapi tak jumpa, bukan tak jumpa tapi mungkin saya tak tahu simbol apa yang Beijing gunakan untuk Subway tersebut.
Jalan sana jalan sini, akhirnya jumpa map Beijing Subway yang agar besar size dia, Alhamdulillah dean map tu ada orang jaga, dua orang anak muda berkain selempang merah di badan dia, mungkin sukarelawan ataupun memang kakitangan Beijing Subway itu saya tak pasti, tapi ramai orang taya dia, saya pun tanya dia, mana dia Beijing Raiwal Subway (Kira LRT) kalau di Malaysia, dia pun tunjuk kat belakang dia, actually saya dah nampak kat belakang dia tu ada ramai orang beratur beli tiket di kaunter, cuma saya tak tahu pulak yang itu kaunter tiket subway, saya ingatkan itu kaunter tiket keretapi.
Ok lega, dah jumpa, baru saya nak masuk barisan nk beli tiket tu, barulah saya sedar yang saya ni satu sen CNY atau Chinese Yuan pun tak ada dalam poket, so nak bayar dengan apa, takkan nak bayar dengan Rouble Russia atau RM Malaysia atau Kad Kredit untuk harga tiket yg cuma kurang RM 5. (Bermula 28 Dec 2014 yang lalu Beijing Subway dah naik harga, NO more Flat rate CNY2, sekarang ni paling murah CNY3, dan bayar ikut destinasi mana nak pergi (Macam LRT di Malaysia), bukan flat rate semua destinasi, dah 7 tahun flat rate CNY2).
So, kelam kabutlah cari Money Changer, jalan ke kiri station, jalan ke kanan station taoi tak jumpa, mungkin ada tapi saya tak perasan agaknya disebabkan kalut sangat. Tujuan saya nak naik subway tersebut ialah kerana nak pergi hotel yang saya dah book awal-awal yang terletak di Hutong District. Bila tak jumpa money changer sekitar kawasan stesen tu, saya pun pergi ke seberang jalan, ada jejantas pejalan kaki disediakan.
Lepas sampai ke seberang saya nampak macam ada bank, lupa nama bank apa, so saya cucuk kad ATM Maybank saya tapi, takleh guna, mesej kata saya kena call bank, selama saya di Russia, London elok jer kad ATM tu boleh keluar duit, kat Beijing sangkut la pulak, lepas tu pergi kaunter kata nak tukar USD kepada CNY. Orang di kaunter tu kata, di situ tak boleh, kena pi bank lain, dia tunjuk arah keluar dalam jarak 200 meter ke apa dia kata ada bank.
Actually di liar bank ni, di seberang jalan stesen keretapi tersebut ramai orang yang promote hotel masing-masing, siap pegang kertas size A4 yang dah dilaminate dengan plastik, harga tengok ok, boleh tahan, budget backpacker. Tapi saya tak ada CNY lagi, jalan sana jalan sini nampak satu hostel backpacker ni, masuk kejap, dekat seberang jalan ni jer. Tanya reception kat kaunter tu, ada bilik tak? Dia kata ada, lega, lepas tu tanya lagi, boleh bayar USD ke? Dia kata mereka hanya terima CNY sahaja, saya tanya lagi kad kredt boleh guna ke, boleh tapi dia still nak deposit CNY100 in Chinese Yuen, so tanya dia mana ada bank, mereka beritahu ada Bank of Beijing seberang jalan.
Lepas tu pergilah ke Bank of Beijing, nasib abik jumpa, Alhamdulillah baik sungguh pegawai bank tu, dia tolong saya isikkan form nak tukar foreign currency, yang tak bestnya lama betul menunggu,kaunter banyak bukak, orang tak ramai sangat tapi a bit slow, hampir sejam baru giliran saya, biasalah orang dalam penantian ni, nak cepat ni, masa itu emas, letih 3 hari dalam train nak rest. Lagi satu saya risau kalau-kalau bilik yang ada tadi dah diambil orang, lokasi hotel tu strategik, betul-betul seberang jalan stesen keretapi dan depan hotel tu ada laluan pejalan kaki untuk turun ke Subway Line 2, risau jugak kalau tiba-tiba full.
Syukur Alhamdulillah, bilik masih ada, walaupun hostel, saya pilih satu bilik, nak rehat puas-puas, nak privacy, harga pun ok, taklah mahal sangat, bilik luas.
So apa jade dungeon hostel yang saya booking tu, kira tak jadilah, kalau booking.com nak potong kad kredit saya pasal tak stay sana, saya tak kisah, pasal hostel tu bukan mahal sangat, malas dah nak pening-pening kepala cari hostel tu, hari pun dah agak lewat, kalau naik subway masa peak hour, masa orang balik kerja, memang leceh, cukup padat subway dia.
So apa TIPS dia? Tips dia sekiranya anda memulakan perjalanan dari Moscow ke Beijing, biarlah ada sedikit CNY dalam poket siap-siap, maksud saya biarlah kita tukar duit CNY dalam mungkin RM100 atau RM500 duit kita, so bila sampai Beijing tiadalah kelam kabut, silap saya tak tukar CNY siap-siap masa di Malaysia, sama jugak kalau nak ke Russia dari Beijing, kalau boleh dapatkan Russian Rouble (Tapi saya tak pasti boleh dapat ke tidak di Malaysia), so sampai sana, senang sikit, tak payah tukar banyak, just standby sahaja.
Syukur Alhamdulillah walaupun agak keliru dengan Subway di Beijing tetapi hampir di setiap machine yang menjual kad subway tersebut ada orang berselempang merah yang jaga, bantu kita untuk beli tiket dan tunjuk arah, subway mana nak ambil, mereka boleh cakap BI (Masa saya pergi hari itulah), esok lusa saya tak pasti lagi.
Kepada sesiapa yang nak rasa “Kelam Kabut” cuba anda travel solo ke negara yang anda belum pernah pergi, tengok cemana, dalam Malaysia atau di Indonesia rasanya masih ok travel solo pasal bahasa kita sama. Seronok sebenarnya “kelam kabut ni”…
*Cerita selanjutnya tu tentang persediaan dan pengalaman Trans Siberian Raiway, nantilah lewat sedikit saya tulis, masih teramat penat sangat nak menulis. Masih lagi rasa macam dalam mimpi, Umpama Mimpi Dalam Mimpi…