Raptai Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 | Dataran Merdeka | Malaysia 57th Independence Day
© 2014 Wazari Wazir | Raptai Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 Di Dataran Merdeka
Banyak sebenarnya gambar raptai yang saya rakam tapi macam suratkhabar jugaklah, dalam beribu-ribu gambar yang dirakam oleh sang photographer, adalah sepuluh keping atau sekeping sahaja yang keluar di dada akhbar. Saya bukan tak nak kongsi banyak lagi gambar tapi jadual saya agak sibuk, lagipun bandwidth broadband saya dah menjerit semput, maklulah broadband ni bukan company yang sediakan, so nak guna quota bandwidth untuk perkara lain lagi seperti baca blog-blog travel dan tengok harga tiket kapal terbang.
Just nak beritahu gambar “Human Pattern” yang ramai-ramai tu saya rakam di jejantas LRT Bandaraya yang menghala ke SOGO, kalau sesiapa yang nak ambil gambar kat sana tak perlu ada pass media, boleh jer, cuma ruang agak sempit. Tak perlulah awal-awal nak ke sana, boleh rakam gambar di Dataran Merdeka dulu, bila perbarisan mula berarak masuk melalui pentas utama, sesiapa yang nak rakam human pattern ni boleh angkat kaki pergi sana. Kalau tak larat berjalan kaki, naik sahaja LRT dari Masjid Jamek. Rakaman gambar “human pattern” tu saya guna lens 70-200 mm sahaja.
Untuk makluman semua lagi, Sambutan Kemerdekaan ni seperti biasa akan bermula tepat pukul 8 AM dengan kehadiran SPB YDP Agong. So kepada sesiapa yang nak datang sini, datang awal, pernah beberapa kali sewaktu saya nak balik naik LRT menuju ke Masjid Jamek, jumpa beberapa anggota keluarga yang bawa anak kecil tanya, dah habis ke perarakan, kalau pukul 10 Am datang memang dah nak selesai, kebiasaanya seawal jam 7:30 AM laluan menuju ke Dataran Merdeka terutamanya di pinggir-pinggir jalan dah penuh sesak dengan orang ramai. Kepada yang nak datang dengan keluarga tu datang seawal mungkin untuk mengelakkan kekecewaan. Kepada yang minat photography, datang awal supaya boleh pilih sudut pandang yang diinginkan.
© 2014 Wazari Wazir | Antara Watak Kartun Yang Mengambil Bahagoan | Upin dan Ipin
Kepada yang nak bawa anak-anak tengok watak Upin dan IPin tu jangan berharap sangat, sebabnya dari apa yang saya tengok karakter Upin dan Ipin tu hanya beraksi di pentas utama sahaja, saya tak nampak pulak karakter tu berjalan kaki dari Dataran Merdeka Sampai ke Sogo sana. So tak perlulah nak berjanji dengan anak-anak tetapi mungkin anda boleh tunggu hingga majlis selesai. Lepas semua VVIP bergerak pulang, mungkin boleh bawa anak-anak ke tengah padang di Dataran, Kalau ada rezeki dan bernasib baik, bolehlah bergambar kenangan dengan Upin dan iPin. Upin dan iPin tiada dalam rakaman gambar di atas tu sebab mereka sedang menyanyi di pentas utama bersama kakaknya.
One Comment
Isha Rulina
Salam. Cantik-cantil gambar fotografi yang dihasilkan di website Wazariwazir ni.