Jalan – Jalan Ke Bali | Membeli Belah Di Pasar Seni Sukawati
© 2014 Wazari Wazir | Shopping at Sukawati Art Market | Desa Sukawati Kabupaten Gianyar | Bali Indonesia
Memang tak lengkap rasanya kalau kita ke mana-mana tempat pelancongan kalau tidak melibatkan acara shopping, cuma perjalanan kami ke Pasar Seni Sukawati ni tidaklah dirancang. Pada waktu kami ke Pasar Seni Sukawati ni ialah hari “Rest Day” kami dari mengunjungi tempat-temat menarik di Bali ni, sebelum ni bermula dari hari Isnin hingga ke hari Rabu kami bersama supir kami Pak Badung, sibuk ke sana sini, ke Tanah Lot, Kintamani dan Bedugul jadi saya beritahu supir kami yang kami tidak memerlukan khidmat beliau keesokan harinya kerana ingin berjalan kaki sahaja ke pusat bandar Ubud.
Jarak dari penginapan kami di Jalan Penestanan ke Ubud Centre atau pusat bandar Ubud di mana terletak banyak kedai-kedai untuk shopping bukanlah jauh sangat, mungkin jalan perlahan-lahan bersama keluarga akan ambil masa lebih kurang dua puluh minit sahaja, cuma jalan di sekitar Ubud ni agak kecil, dan agak berbahaya.
Lokasi penginapan kami di D’Omah Bali tidak jauh dari penginapan lain seperti Sri Ratih dan The Sungu Resort , jarak antara penginapan kami antara dua resort tersebut cuma dua tiga minit sahaja berjalan kami, mulanya saya ingin juga menginap di Sri Ratih dan Sungu Resort tapi akibat terlewat sedikit booking bilik, keduanya penuh, yang penuh tu bilik yang dalam bajet kami, tapi bilk yang harganya keluar dari bajet kami masih ada, so kami pilih D’Omah, kalau yp all bace review tentang ketiga-tiga resort tersebut semuanya ok tapi macam biasalah pelancong ni macam-macam taste, ada yang suka dan ada yang tidak, pengalaman kami di D’Omah memang best. Di kawasan Penestanan yang kami tinggal ni juga banyak Private Villa, kepada yang berkemampuan boleh cuba try test.
Dipendekkan cerita, hari tersebut kami ambil keputusan untuk jalan kaki ke Ubud Market, nak shopping sikit lah. Sesampainya kami di Jambatan Campuhan atau “Campuhan Bridge” yang dibina pada tahun 1940-an, kami di sapa oleh seorang Pakcik, actually jambatan ni boleh dikatakan tumpuan pelancong juga cuma keadaanya agak terbiar, kira macam jambatan gantung, sebelah jambatan ni dah ada jambatan baru, so di jambatan ni memang tiada kereta yang lalu, hanya pejalan kaki dan penunggang basikal sahaja yang boleh lalu.
Pakcik tu pun tanya kami, nak ke mana? Saya beritahulah nak ke Ubud Centre, dia beritahu saya, agak jauh jugak nak ke sana, untuk kami yang berjalan kaki dengan anak-anak kecil ni, memang saya akui agak jauh juga. Tiba-tiba dia menawarkan diri untuk bawa kami ke Ubud Centre, katanya dia ada teksi dan bayaran yang dikenakan tak mahal dalam Rp40,000 sahaja untuk ke Ubud (lebih kurang RM11), mungkin agak mahal untuk jarak yang dekat tapi mungkin juga untuk return sekali. Saya pun kesian tengok anak penat berjalan, so kami ikutkan saja.
Dalam teksi tu, teksi yang tak macam teksi, pasal macam kereta biasa sahaja,Toyota Avanza, besar dan selesa untuk kami sekeluarga, dia memperkenalkan dirinya sebagai Nyoman, dia memang ada buat private tour di Bali, so dia tanya nak ke mana, saya beritahu nak ke Ubud beli barang-barang sikit, dia beritahu kami barang-barang di Ubud ni agak mahal, kalau nak murah, dia bawa kami ke Sukawati, actually sebelum ni pun Pak Badung, supir kami sebelum ni pun ada beritahu pasal Sukawati ni. Terpengaruh dengan kata-katanya, kami pun setuju, lagipun nak tahu jugak, apa yang bestnya Sukawati ni, Pak Badung cakap pasal Sukawati, Nyoman pun cakap pasal Sukawati, so kami pun setuju, out of curiosity.
Sepanjang perjalan ke Sukawati ni kami melalui Jalan Pengosekan, jalan yang popular dengan Lakonan Julia Roberts dalam Filem Eat, Pray, Love dia mana di sinilah dia jumpa dengan Ketut Liyer pakar tilek nasib tu, Ketut tu masih hidup lagi dan tinggal di sekitar Pengosekan ni dan pelancong sering ke sana jumpa dia.
Di sepanjang jalan ni juga cukup banyakgaleri seni lukisan dan kawasan di mana pelukis tinggal, kiri kanan jalan nampak banyak lukisan di jual di kedai-kedai, so kalau nak shopping lukisan memang kawasan ni menawarkan banyak pilihan. Tak jauh sangat Pasar Seni Sukawati ni dari Ubud, kurang dua puluh minit dah sampai dan kalau dari Kuta akan ambil masa lebih kurang empat pulih lima minit.
Kami sampai agak awal, sebelum jam 10 Am dah sampai, masa kami sami ke sini, ruang parking dalam gambar di atas tu masih lagi kosong. Masa mula-mula sampai tu rasa macam lengang jer, parking pun kosong, dalam hati kata, takdelah popular sangat tempat ni tapi setengah jam lebih kami di sini, keadaan mulai sesak, ruang parking pun dah penuh dan semakin ramai pelancong yang datang. Anggapan saya mungkin mereka yang datang sini tinggal di sekitar Kuta, so akan ambil masa lama sikit untuk sampai.
Saya bukannya kaki shopping, jadi untuk buat review memang saya tak tahu, cuma apa yang boleh saya katakan temat ni memang agak busy, macam-macam barang ada dijual terutamanya yang berkaitan dengan seni, baik seni lukis, seni ukiran kayu dan batu serta lain-lain cenderamata. Harga di sini memang boleh tawar menawar, kepada kaki shopping tak perlulah saya beritahu macam mana nak tawar menawar.
Cuma dari segi pilihan, bagi saya tak banyak sangat pilihan, terutamanya T-Shirt, mungkin saya jer yang agak cerewet tapi ye lah, banyak baju yang memaparkan gambar-gambar temple atau Pura (memang itupun icon Bali selain pantai-pantainya) dan gambar dewa-dewa dan gambar patung-patung yang agak menakutkan bagi saya, kurang sesuai kalau nak dipakai dan untuk menunaikan solat, yang paling sesuai ialah “I Love Bali”, itu jerlah kalau nak beli pun.
Kawasan ni memang agak luas, satu jam memang tak cukup untuk ronda-ronda, cuma kami habiskan masa kurang dua jam di sini, bawak anak kecil ni agak payah nak lama-lama, kena sentiasa perhatikan mereka terutamanya bila lalu di kawasan lorong-lorong kedai yang sempit. Jadi perhtian saya lebih tertumpu pada anak-anak saya dari barang-barang yang dijual. Di sini banyak juga terdapat gerai makan tetapi risau jugak, takut perut tak biasa, terutamnya perut anak-anak saya, so kami ambil keputusan tidak makan di sini.
Kalau tanya orang perempuan rasanya ramai yang suka tempat ni, tempat shopping, kat mana pun best kan. Cuma kalau tanya saya, biasa-biasa jer tempat ni, bukanlah happening sangat tapi dah alang-alang ke Bali, eloklah datang jugak, best ke tak, yang penting dah ada pengalaman, so kalau orang tanya, you ada pergi Sukawati, bolehlah kita jawab. Cuma kalau ada rezeki untuk berkunjung ke Bali lagi, rasanya saya akan skip tempat ni.
© 2014 Wazari Wazir | Shopping at Sukawati Art Market
Dalam gambar di atas tu, gambar sewaktu isteri saya sedang membayar untuk membeli rantai manik pada penjual di jalanan ada kelihatan Supir Nyoman sedang pegang HaiQal di pangkuannya. So best ke tidak tempat ni, you all kena datang sendiri, judge for yourself, lagipun bukanlah jauh sangat dari Kuta atau Ubud, kalau banyak duit nak shopping di Kuta atau di Denpasar pun boleh. Sama jugak macam kalau orang ke Kota Kinabalu, dah tentu Pasar Kraftangan di sana yang lebih dikenali dengan nama Pasar Philippines, cuma bagi saya Pasar Philippines di Kota Kinabalu tu lebih tersusun keadaanya berbanding di Sukawati ni.
Nyoman dan Badung berkata, barang-barang kraftangan yang dijual di Ubud, Kuta dan tempat-tempat lain di bandar Bali ni diambil dari Sukawati, so kalau beli tempat lain, harga dia mahal sikit. Habis berjalan di Sukawati ni, kami pun terus balik hotel, sempat singgah di Ganesha Bookshop di Jalan Raya Utama di Ubud, memang dari KL lagi saya dah survey mana kedai buku yang ada di Ubud ni, antara lain ialah Kedai Buku Ganesha ni, banyak buku-buku tentang Bali ada dijual dalam kedai yang agak kecil sizenya berbanding dengan size kedai buku Kinokuniya yang biasa saya ergi di KLCC tu.
Di kedai buku tu saya semat beli buku Selimut Debu dan Garis Batas (Sebelum ni saya dah ada Garis Batas yang dibeli dari Amazon) tulisan Agustinus Wibowo . Kira dah lengkap koleksi buku-buku tulisan Pak Agus yang saya miliki (Titik Nol dan Garis Batas saya beli dari Amazon) itu sahaja souvenir yang betul-betul saya inginkan dari Bali selain koleksi gambar-gambar yang di rakam di sini.
So macam mana? Rasa macam nak pergi ke tak, ke Pasar Seni Sukawati ni, ikut Suka-Hati andalah. Harap maaf dengan kualiti visual yang agak kureng, ini teknik buat syarat jer namanya…
*Kalau nak guna khidmat Supir Nyoman, boleh contact nyomansuastika@yahoo.com
***Mungkin Anda Berminat Dengan Entry Ini : Kepada Sesiapa Yang Ingin Ke Istanbul : Pengangkutan Awam Di Istanbul
*One More Thing, if you think my blog is quite good, maybe you can vote my blog for : DiGi WWWOW Awards