World Bloggers and Social Media Summit 2014
© 2009 Wazari Wazir | Blogging From Santiago Chile
Message From The Organiser:
Social Media Chambers (SMC) is a premier non-profit organisation dedicated to advocating and advancing the discipline of credible social media. Through best practices, industry education and member value, SMC advocates social media as a channel of solution to business challenges and a key component in the creation of brands ethically. SMC targets to reach an extensive network of people, connecting and communicating ideas and experiences to advance our understanding of social media’s role in society. The chamber was founded by a group of young, dynamic and active social media practitioners in Malaysia whom found a great need to get Gen-Y and the communities surrounding to remain actively engaged. The founding group consists of professionals, students, lifestyle personalities and community leaders. The core values of being responsible and accountable for the expression of thoughts in paramount, in ensuring the chamber objective is achieved through healthy and proactive blogging activities. | Malaysia Social Media Chambers
Syukur Alhamdulillah bar-baru ni saya telah terpilih untuk dicalonkan sebagai salah satu daripada Best Photography Blog oleh Malaysian Social Chambers, saya tidak tahu siapa yang telah mencalonkan saya tetapi saya ucapkan jutaan terima kasih. Namun begitu ini bukanlah bermakna blog saya adalah salah sebuah blog photography terbaik di Malaysia ni, seperti mana umum mengetahui, di Malaysia ni sahaja ada beribu-ribu atau mungkin berpuluh ribu blog tentang photography.
Masih banyak lagi blog berkaitan photography yang tidak tercalon atau mungkin terlepas pandang, bagaimana cara mereka di pilih atau dicalonkan, saya sendiri pun tidak tahu. Mungkin juga atas sokongan rakan-rakan sekalian, jutaaan terima kasih saya ucapkan.
Apapun di kesempatan ini saya ingin mengambil peluang menjemput anda turut hadir ke Malaysia Social Media Week yang akan di adakan di Hotel Royale Chulan bermula dari 24 hingga 27 Februari 2014. Ada banyak acara yang akan diadakan, antara lain perkongsian pengalaman dari blogger-blogger terkenal dalam bidang masing-masing yang akan berkongsi kejayaan mereka, tak kurang juga workshops.
Saya pernah hadir Minggu Sosial Media ini pada Februari 2013. Banyak ilmu-ilmu baru mengenai sosial media yang saya dapat di sana, terutamanya bagaimana menggunakan sosial media untuk tujuan perniagaan, bagaimana memanfaatkan Facebook, Twitter, Instagram, Vimeo dan bermacam-macam lagi platform sosial media untuk membantu perniagaan kita ataupun membantu kita untuk mencapai target yang dikehendaki untuk tujuan tertentu.
Mungkin ada di antara kita yang rasa, kita dah tahu semua tentang sosial media, tetapi percayalah, saya sendiri yang kerap online pun masih banyak maklumat baru yang saya dapat terutamanya tentang blogging, bagaimana cara menulis dengan baik, bagaimana cara untuk menggunakan keywords yang betul untuk memudahkan carian Google dan sebagainya.
World Bloggers and Social Media Summit Agenda:
Sekali lagi, saya ucapkan jutaan terima kasih dan InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk terus berkongsi pengelaman saya dalam bidang Photography untuk maklumat bersama, jangan lupa VOTE
Untuk maklumat lanjut boleh singgah Social Media Week 2014 atau Klik banner di bawah…
One Comment
MK Kimi
semestinya saya akan vote blog ni. byk sgt belajar tentang fotografi dari blog ni