Tips Fotografi | Framing Untuk Potret | Portraiture
© 2013 Wazari Wazir | Portrait of Arianna | 50 mm | ISO 200 | f/2.8 | 1/200
Untuk tips fotografi kali ini, saya ingin berkongsi tips ringkas tentang framing, terutamanya tentang gambar di atas. Salah satu sebab mengapa saya pakaikan “snowcap” atau topi di kepala anak saya Arianna ialah untuk membantu dari segi framing. Sebabnya mudah, tanpa topi tersebut, rambut anak saya Arianna akan tenggelam bersama latar belakang yang gelap.
Senang cerita potret anak saya akan jadi kurang menarik bila mana rambut Arianna yang berwarna hitam bergabung atau “blend” dengan latar belakang yang hitam. Saya harap rakan-rakan semua boleh bayangakan bagaimana keadaan wajah anak saya tanpa topi tersebut. Kecuali, sekiranya anak saya memiliki rambut yang berwarna keperangan “blonde” seperti rambut anak orang putih, maka tidak perlu rasanya untuk saya memakaikan topi di kepala anak saya.
Saya biasa memakaikan topi di kepala anak saya sekiranya “background” atau latar belakang gambar adalah agak gelap tetapi sekiranya latarbelakang berwarna cerah atau di tempat yang terang, maka, tidak perlu untuk saya berbuat demikian. Seperti dalam gambar di atas, topi merah tersebut membantu untuk “framekan” wajah anak saya.
Tips lagi satu, sekiranya anda ingin mencari topi untuk anak anda, jangan cari warna yang terang seperti putih atau kuning, sebaiknya cari yang agak gelap atau kelam, sebabnya mudah, sekiranya topi yang anak anda pakai berwarna terang, lebih terang dari kulit muka anak anda, ianya akan mengganggu tumpuan mata kita, sudah tentu mata kita akan terarah kepada objek yang terang dahulu, sebelum kita beralih kepada wajah anak kita. Pilih topi yang simple patternya dan tidak terlalu berserabut. Fungsi topi tersebut untuk bawa tumpuan mata pada wajah anak kita dan bukan sebaliknya.
One Comment
anajingga
cantik2 seni photography wazari wazir dan tq berkongsi tips disini..