Eid Mubarak 2013 | Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
© 2012 Wazari Wazir | Eid Mubarak | Salam Aidilfitri | From Sarangkot | Pokhara Nepal
Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik pejam celik dah Hari Raya, memang sungguh bagai di kata akhir zaman ini masa begitu pantas berlalu. Masa kecil dahulu nak habiskan sebulan berpuasa rasa macam enam bulan pun ada tetapi kini dengan segala kesibukan dan dengan segala macam jenis “entertainment” yang ada terutamanya yang bersangkut paut dengan internet, kita mudah terleka akan masa yang berlalu.
Di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan zahir dan batin andaikata sepanjang saya berblogging dan berfacebook, bertwitter dan segala macam lagi ada menyinggung perasaan saudara dan saudari, saya mohon maaf. Sebagai manusia yang diciptakan jauh dari kesempurnaan, memang kita sering melakukan kesalahan. Dalam leka menulis ada kata yang mengguris perasaan, saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Nak cerita sedikit tentang gambar ni, tentang bergambar dengan baju Melayu yang tak sempat nak diseterika ni. Tentang baju Melayu yang kedut seribu ni. Idea untuk bawa Baju Melayu masa travel ni telah ada semasa trip ke India tahun 2009 dahulu. Kami berpakat dengan teman-teman seperjalanan untuk bawa Baju Melayu dengan harapan kalau sampai ke Taj Mahal nanti dapatlah bergambar dengan Baju Melayu berlatarbelakangkan Taj Mahal, tetapi bila tiba hari kejadian, hanya seorang sahaja peserta yang bawa baju Melayu iaitu Ahmad Shukri atau lebih dikenali dengan nama Waja, rasa menyesal pulak tak bawak.
Untuk trip ke Kashmir tempoh hari saya tak bawak kerana suhunya agak sejuk untuk berbaju Melayu tetapi untuk trip Langtang Nepal ni saya bawak jugak kerana berhasrat untuk mengabadikan kenangan indah berlatarbelakangkan Banjaran Himalaya berbaju Melayu. Lagipun baju ni bukan makan ruang yang besar dan buakn berat sangat, lipat-lipat dan masuk dalam beg. Actually lengkap dengan seluar saya bawak cuma agak leceh nak tukar masa di Sarangkot.
Sejuk memang sejuk walaupun kelihatan sinar matahari tetapi agak menggigil pakai baju ni, dalam Baju Melayu ni saya pakai thermal wear, kalau tidak memang tak tahan nak bergambar, lepas bergambar tukar balik pakai downjacket.
Di kesempatan ini saya mohon maaf juga andainya tidak dapat nak jemput rakan-rakan mengembara bersama saya, Ada yang saya pelawa dan ada yang saya tak jemput. Jangan kecik hati.
Bila travel saya tak suka sangat bergerak dalam kelompok yang agak besar. Rasanya trip Langtang ni yang paling besar iaitu seramai enam orang, sebelum ni yang paling ramai hanya dua orang iaitu semasa perjalanan saya ke Kashmir.
Salah satu sebab saya tak boleh bawak ramai orang ialah pada kebanyakan masa, saya suka buat keputusan di saat-saat akhir dan saya juga suka ubah destinasi pada saat-saat akhir. Saya tak nak orang mengharap sangat pada saya, mulanya saya kata nak travel ke destinasi A tetapi last-last terbang ke destinasi Z. Saya akan tukar destinasi ikut keadaan dan ini mungkin akan mendukacitakan sesetengah orang kecuali mereka yang jenis tak kisah nak ke mana, asalkan “travel”.
Travel ni bukan hanya untuk orang yang banyak duit sahaja, travel ini adalah untuk mereka yang minat nak mengembara melihat dunia. Kalau mereka ada minat, insyaAllah mereka akan gunakan segala kudrat dan akal fikiran yang ada untuk berusaha menambah pendapatan dan berjimat cermat yang mana boleh untuk merealisasikan harapan dan impian mereka.
Saya kata travel ni bukan hanya untuk orang banyak duit ialah kerana, cuba lihat kawan-kawan anda, mungkin ada rakan anda banyak duit tapi mereka tak ke mana-mana, dua tiga tahun sekali tukar kamera, tukar kereta, tukar handphone dan segala macam lagi tapi mereka tak keluar negara, pasal apa? Kerana mereka tak minat. Mungkin ada yang kata lagi faktor masa. Kalau hendak seribu daya.
Harga Sebuah iPhone 5 yang baru kalau nak ikutkan lebih dari cukup untuk tambang pergi balik ke Nepal. Kalau beli tiket AirAsia dalam RM1000 atau kurang (return) dan kalau nak MAS dalam RM1600 return ticket macam tu.
Sembang panjang pun tiada maknanya, pendek cerita “Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih” tapi percayalah dunia ini cukup luas terbentang Allah jadikan dan amatlah rugi andaikata kita berkemampuan tetapi tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk saling kenal mengenal sesama manusia makhluk Allah di atas muka bumi ini.
InsyaAllah banyak yang dapat kita belajar dengan berkunjung ke negara orang dengan fikiran terbuka. Kalau minat, carilah jalan, and You Will Find The Way, insyaAllah…
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin sekali lagi dari saya sekeluarga…
“There is something inexpressibly beautiful about the world when the sun begins to rise and fill the dim sky with soft rays of light and only the birds are awake to sing to you “good morning”, while everyone else is curled up in their beds, unaware of the magnificence they’re missing and everything feels so simple.
It’s as if six a.m. is an epiphany that sparks at your fingertips and spreads until you are encompassed entirely by a feeling of clarity. There is something inexpressibly beautiful about being awake to behold the splendor of this world while everyone else is still asleep.”
– Madisen Kuhn –