Adventure,  Travel

Kembara Fotografi Bersama Keluarga | Bursa

Istanbul 2013

© 2013 Wazari Wazir | Koza Han | Bursa

Nak sambung sikit lagi, kisah saya dan keluarga ke Bursa, sepertimana yang telah saya tulis sebelum ini, kami tiba diTerminal  Feri Guzelyali Bursa lebih kurang jam 9AM, cuaca agak mendung dan memang sejuk kerana sekarang ni musim winter. Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Bursa, jadi saya tidak ada pengalaman mana nak pergi dan arah hendak dituju.

Saya hanya menggunakan panduan yang terdapat dalam buku Lonely Planet untuk mengatur langkah saya. Lokasi terminal Feri ni dan pusat bandar Bursa adalah lebih kurang 24 Km. Pada mulanya saya ingin menaiki bas, kerana sepertimana yang dicadangkan di dalam buku Lonely Planet memang ada bas yang menunggu di luar Feri untuk membawa penumpang ke Pusat Bandar, bukan terus ke pusat bandar tetapi dia akan berhenti di “Organize Sanayi”, terminal untuk “Bursaray” atau Bursa Metro, senang cerita macam nilah, Bursaray tu kira macam LRT di Malaysia.

Contoh macam nilah, kalau kita dari LCCT kita naik bas LCCT yang membawa penumpang turun di KL Sentral dan dari KL Sentral baru kita ambil Putra LRT untuk ke KLCC. “Organize Sanayi” tu kira lokasi terakhir bas dari Feri Guzelyazi tu menurunkan penumpang tetapi itu bukan pusat bandar, kita kena naik “Bursaray” atau LRT ke Pusat Bandar.

Memang banyak bas yang menunggu cuma sebelum naik bas kena beli tiket dulu dan pada waktu itu orang ramai dah berbaris agak panjang, bawak anak kecil ni, leceh sikit nak tunggu lama-lama tambahan pula cuaca agak sejuk, jadi kami sekeluarga sepakat untuk ambil teksi dengan tambang sebanyak 60 Lira (TL 60), agak mahal juga kerana saya membayarnya seorang, kalau travel dengan kawan-kawan seramai empat orang, rasanya taklah mahal sangat, boleh kongsi tambang tu tetapi andaikata pembaca blog budiman nak datang dengan kawan-kawan, saya cadangkan anda untuk naik bas sahaja, lebih murah.

Kalau naik bas dalam 2 Lira (TL 2 / Harga mungkin berubah masa akan datang) tetapi kita perlu turun di “Organize Sanayi” sebelum meneruskan perjalanan ke pusat bandar Bursa dengan Bursaray atau lebih kurang macam LRT. Kami memilih untuk menaiki teksi terus ke pusat bandar, saya terus sebut nama hotel, walaupun belum lagi menempah hotel, bukan apa, senang untuk pemandu teksi tu cari lokasi, kalau sebut hantar ke Pusat Bandar Bursa sahaja, nanti pemandu tu tanya nak turun di mana?

Payah juga, jadi saya sebut nama Kent Hotel yang terletak tidak jauh dari Ulu Camii, atau Bursa Grand Mosque yang merupakan salah sebuah Icon di Bursa, sama macam Petronas Twin Tower di Malaysia, maksudnya kalau kita sebut KLCC, dah tentu semua pemandu teksi di KL tahu, sama jugak macam Ulu Camii ni, sebut sahaja nak ke Ulu Camii, fahamlah mereka.

Syukur Alhamdulillah lebih kurang setengah jam perjalanan kami tiba di hadapan Hotel Kent yang belum saya booking, hanya tahu nama melalui buku Lonely Planet sahaja, di hadapannya ada macam laluan LRT (Bursaray) tapi ditutup untuk kerja-kerja naik taraf agaknya, saya pun lupa nak ambil gambar, maklumlah, kamera dam beg dan tangan saya mendukung Raphael, jadi susah nak ambil gambar. Di sebelah kiri hotel ni, kiri seberang jalan ialah Ulu Camii dan betul-betul di hadapan Hotel Kent ialah Koza Han, destinasi wajib untuk mereka yang mengikuti pakej percutian ke Turkey sekiranya Bursa termasuk dalam senarai tempat-tempat yang akan dilawati.

Bagi saya salah satu tips untuk pengembara ialah kita kena buat sedikit pembacaan sebelum pergi ke mana-mana negara yang kita tak pernah pergi, sebagai contoh kalau kita naik teksi dan bial pemandu tanya nak ke mana, kita dengan yakin boleh jawab nama tempat tu, sebagai contoh, saya beritahu pemand teksi tu yang saya nak ke Hotel Kent tak jauh dari Ulu Camii, cakap dengan yakin, supaya pemandu teksi tu ingat kita macam dah biasa pergi, jadi takdelah dia nak ambil kesempatan untuk bawa kita pusing-pusing satu Bursa baru nak sampai ke tempat yang nak dituju, maksudnya jangan teragak-agak.

Lepas turun teksi tu, kami terus masuk ke dalam Kent Hotel, hotel di Bursa ni memang banyak kerana ianya adalah sebuah bandar yang agak besar, cuma saya tiada banyak masa untuk pusing-pusing cari hotel lain kerana berjalan dengan keluarga ni, keselesaan anak-anak kita kena diutamakan, lagipun kami bercadang nak tinggal di Bursa hanya satu malam sahaja, jadi kami ambil keputusan untuk memilih Kent Hotal dan Alhamdulillah masih ada bilik kosong untuk kami, walaupun hanya ada satu katil besar, pihak hotel tambah satu lagi katil kecil, jadi HaiQal adalah tempat untuk tidur. Pihak hotel bukan letak tilam kosong sahaja tapi lengkap dengan katil bujang, letak dalam bilik tu. Saya tulis ni bukan apa pasal ada hotel yang saya pergi, dia bagi tilam jer, letak atas lantai, katilnya tiada.

Bursa

© 2013 Wazari Wazir | Pemandangan Koza Han Dari  Bilik Kent Hotel Bursa

Lepas menghilangkan penat buat seketika, tak sampai setengah jam dalam bilik hotel yang cukup selesa dengan penmandangan Bursa yang menarik di luar tingkap, kami sekeluarga turun ke bawah hotel untuk meneruskan perjalanna ke Uludag. Di luar hujan renyai-renyai masih turun, tidaklah selebat seperti mana hujan di Kuala Lumpur tetapi cukup sejuk waktu winter ni.

Bursa

© 2013 Wazari Wazir | Ulu Camii | Grand Mosque (Kiri) Pemandangan Dari Bilik Kent Hotel Bursa

Kami mencari bas atau Dolmus (Bas Mini) untuk ke Uludag tapi tak jumpa, dah tanya orang di situ, tapi kami masih tak berjumpa bas mini yang ada tulisan “Uludag”. Hampir putus asa jugak, memandangkan waktu dah nak masuk tengahari, kami kena teruskan jugak ke Uludag kerana keesokan harinya kami ingin segera pulang ke Istanbul. Untuk menjimatkan masa, kami memilih untuk menaiki teksi sahaja.

* Cukuplah untuk kali ini, nantikan sambungannya

Cerita sebelumnya ada Di SINI

Nepal Himalaya

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

  • F.

    Salute la brother Wazari, bawak anak-anak time winter bersalji lagi ke Turkey. I went to Bangladesh last time, musim winter jugak tapi tak bersalji la, ya ampun tak terbendung dan tertahan sejuknya lebih-lebih lagi kalau angin bertiup. Sampai nak jalan-jalan ambik gambar pun takde mood. Hehe…

    Nak tengok accommodation Hotel Kent please… 😉

    Oh.. Gambar di atas tu. Cool gila. Berselerak dan complex tetapi standout dan neat… susahnya nak describe. Cam mana tu. Hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.