Fotografi Kembara Bersama Keluarga | Tips Memilih Backpack Yang Sesuai
© 2013 Wazari Wazir | One For The Album | Camera On Tripod | Berlatarbelakangkan Blue Mosque | Sultan Ahmed Mosque
© 2012 Foto Rakaman Ahmad Shukri Semasa Saya Trekking di Langtang | Backpack Deuter Futura Vario 40+10 Liter
© 2013 Wazari Wazir | Bersama Raphael Berusia 2 Tahun | Dalam Kereta Kuda | Backpack Deuter Futura 22 Liter
Saya menulis atikel ini bagi menjawab soalan salah seorang pembaca blog saya yang dikemukan kepada saya melaui email yang bertanyakan tentang backpack yang sesuai untuk dirinya yang ingin mengembara bersama anak kecil yang masih belum lagi cukup setahun. Saya terpanggil untuk menjawab soalan tersebut kerana melalui pengalaman saya melancong ke Istanbul baru-baru ini, saya boleh cadangkan beberapa perkara berdasarkan pengalaman saya.
Sebelum itu, berkelana bersama keluarga dengan membawa anak kecil sudah tentunya berbeza dengan kita keluar mengembara bersama rakan-rakan, ada banyak perkara yang perlu diberikan perhatian. Sebagai contoh untuk trip saya ke Langtang Nepal tahun lepas (2012), saya membawa dua buah beg, satu backpack 40+10 liter seperti yang kelihatan dalam gambar di atas sekali dan satu lagi beg galas bersais agak kecil ataupun lebih dikenali sebagai “daypack”, lebih kurang sama besar dengan beg yang yang kelihatan dalam gambar saya bersama anak saya di atas.
Semasa trip saya bersama keluarga ke Istanbul baru-baru ini, kami membawa dua buah beg luggage yang bersais sederhana, lebih kurang sama besar dengan yang digunakan oleh pamugari syarikat penerbangan dan dua buah backpack bersais 22 liter dan 32 liter.
Kami travel empat beranak dah tentu banyak pakaian yang perlu di bawa. Memandangkan trip kami semasa musim winter maka pakaian yang di bawa agak tebal dan memakan ruang bagasi. Sekiranya kita travel dalam musim Spring atau Summer, mungkin kita perlukan beg yang agak kecil kerana tidak melibatkan baju-baju yang tebal (Tetapi tidak mustahil juga waktu summer kita akan bawak banyak baju pasal berpeluh jalan sana sini).
Dua buah luggage beg yang kami bawa tersebut serta backpack bersais 32 liter (Deuter Act Trail), saya tinggalkan didalam bilik hotel, bila kami keluar berjalan-jalan. Saya hanya membawa beg bersais sederhana iaitu Deuter Futura 22 liter bersama saya, didalamnya cukup untuk saya menyimpan beberapa barang keperluan anak saya yang masih kecil seperti pampers, sedikit susu (yang belum dibancuh), botol air, saya simpan di luar (tepi beg), manakala kamera juga saya muatkan dalam beg tersebut.
Untuk pengetahuan, peralatan kamera saya tidak banyak, hanya satu body kamera dan dua lensa, iaitu lensa 50mm dan 24mm sahaja. Saya tiada lensa 70-200 mm. Jadi peralatan fotografi saya cukup minimum dan tidak memakan ruang yang besar, saya tidak perlukan beg kamera yang berasingan, cukup satu beg Deuter Futura 22 liter tersebut untuk mengisi barang-barang keperluan anak saya dan juga peralatan fotografi saya.
Tentang makanan pula, saya tiada bawak banyak makanan dalam beg tersebut kerana Istanbul ialah sebuah negara Islam, kalau terasa lapar sahaja, banyak restoran kita boleh berhenti makan dan kita boleh minta air panas di restoran untuk membancuh susu anak kecil kita.
Sekiranya saya ingin berjalan seharian, tanpa pulang ke hotel dalam masa yang singkat, berjalan dari pagi sampai lewat senja sebagai contoh, saya bawa backpack bersais 32 liter iaitu (Futura Act Trail 32 Liter), beg ini boleh menyimpan lebih banyak barang dan keperluan seharian. Isteri kita juga boleh membantu membawa sedikit bebanan atau keperluan-keperluan lain sekiranya kita rasa perlu, namun barangan utama biarlah kita yang bawa.
Selain daripada beg, saya juga membawa “baby carrier”, jadi semasa saya berjalan, anak kecil saya dimasukkan ke dalam “baby carrier”, guna baby carrier ni lebih praktikal dari kita dukung anak kerana tangan kita akan bebas sekirang kita ingin mengambil gambar, mungkin ada yang rasa “Stroller” atau kereta sorong untuk anak kecil lebih praktikal tetapi bagi saya, ianya akan memperlahankan lagi pergerakan kita terutamanya sekiranya kita kerap bertukar-tukar pengangkutan, naik teksi, ferry, tram dan sebagainya jadi, “baby carrier” lebih sesuai digunakan dan kalau boleh dapatkan yang baik buatannya, kukuh jahitannya kerana kita akan membawa anak kecil kita di dalamnya seharian.
Selain dari itu, sukar untuk kita bergerak ke dalam kawasan atau bangunan yang memerlukan kita menaiki tangga sebagai contoh di Hagia Sophia Istanbul sekiranya kita memilih untuk menggunakan stroller.
Mungkin ada yang berkata “tak berat” ke bawak semua barang-barang tu ke hulu ke hilir? Jawapan saya memang agak menyeksakan tetapi harus diingat, biarlah kita sakit-sakit dahulu di tempat orang, balik Malaysia nanti kita rehatlah sepuasnya, kalau kita travel tanpa membawa anak-anak kita memanglah mudah dan enjoy tapi bagi saya, kalau kita ada kelapangan, murah rezeki, kenapa tidak kita bawak anak-anak kita yang masih kecil ikut sekali.
Semasa di Istanbul dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, saya berkenalan dengan satu keluarga yang agak besar dari Malaysia, saya jumpa mereka di dalam tram yang sama menghala ke airport, orang Melayu, travel bersama isteri dan lima orang anak-anaknya, cuma anak-anak mereka ni sudah agak besar, tiada bayi, yang paling kecil masih di bangku sekolah rendah, mereka juga travel secara backpackers tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan, cara mereka travel juga lebih kurang macam kami, bawak beg luggage (beg tarik) dan juga backpack.
Kesemua backpack tersebut saya beli di PERTAMA Komplek Kuala Lumpur, ada satu kedai yang jual banyak backpack dan luggage di situ, saya tak ingat nama kedai tu tapi harganya memang lebih murah berbanding kedai-kedai lain, tetapi kalau kita nak jimat dan tidak merancang untuk menggunakan backpack tersebut untuk jangka masa yang lama, mungkin boleh kita pinjam dari rakan-rakan kita yang tiada ke mana-mana pada tarikh kita travel, lebih jimat, tetapi kalau nak guna lama, ada baiknya kita beli untuk kegunaan sendiri.
Secara ringkasnya, saya tiada membawa “Beg Kamera” semasa saya travel, baik travel bersama keluarga atau rakan-rakan, saya masukkan semua peralatan fotografi saya ke dalam backpack yang saya bawa, saya boleh buat begitu kerana peralatan fotografi saya tak banyak (satu body kamera dan dua lensa kecil, 24mm dan 50mm) dan tidak memakan ruang yang besar.
Sebelum terlupa semasa trip bersama keluarga ke Istanbul saya bawa Tripod (Fotopro) bersama untuk kegunaan mengambil gambar keluarga, saya tak harap sangat orang lain atau pelancong yang saya jumpa untuk ambil gambar kami, dari pengalaman saya yang lepas-lepas, kebanyakan hasil yang dirakam tidak memenuhi “kehendak” saya, jadi saya tidak mahu ambil risiko, dah terbang jauh-jauh, saya inginkan gambar satu keluarga saya dalam keadaan terbaik dan Tripod adalah jawapannya.
* Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, diharap boleh gunakan ruangan komen di bawah, insyaAllah ada masa saya jawab…
2 Comments
Nazrin
Entry ni sgt membantu sy..sy pernah travel ke Thailand dan membawa body 7D dan lens 16-35.. pada saya agak berat untk body dan lens tersbut, adakah body dan lens 50mm memadai utk pengembaraan backpakers? sy tidak membawa bag kamera, hanya 1 backpack sahaja.. apa nasihat saudara wazari?
Wazari Wazir
@Nazrin – Terima kasih kerana singgah blog ni, sebenarnya bergantung pada kita, sama ada peralatan yag kita bawa itu memadai atau tidak bergantung pada hala tuju Photography kita, maksud saya kecenderungan saudara dalam merakam gambar. Apakah ebih tertumpu pada environmental shot? Landscape, Street Photography, Human Interest? Sekiranya saudara minat pada general shot, rasanya 16-35mm adalah yg terbaik berbanding 50mm kerana sudut pandang 50mm pada kamera 7D agak terhad, dia dah jadi hampir 70-80mm, so lebih sesuai kepada portrait. Sekiranya 50mm digunakan pada body Full Frame, mungkin lebih sesuai. Apapun semasa saya travel, saya hanya bawa dua lens sahaja kerana itu yang saya ada iaitu 24mm dan 50mm sahaja..