Assignment,  Malaysia,  Moment,  Photojournalism

Asas Fotografi | Kepentingan Menggunakan ISO Tinggi ( High ISO )

Thomas Cup 2010

© 2010 Wazari Wazir | Lee Chong Wei | Thomas Cup | 300mm | F2.8 | ISO 5000 | 1/1250

Artikel yang saya tulis ini sebenarnya adalah ditujukan kepada mereka yang masih lagi baru berkecimpung dalam bidang fotografi. Kepada abang-abang yang dah lama dalam bidang fotografi ni, takyahlah nak buang masa membaca artikel ini, lebih baik duk lepak kedai kopi dan minom kopi atau Kopi cap kapal api. Kali ni biarlah saya menulis secara santai, kalau ada pegawai DBP yang membaca atikel ini saya minta maaf, bukan tak nak guna bahasa baku tetapi biarlah saya gunakan bahasa yang ramai orang guna. Artikel ini bukanlah ilmiah sangat, hanya sekadar perkongsian ilmu.

Membebel panjang-panjang pun takde gunanya, penat menaip jer. Dipendekkan cerita, maka habislah cerita. Kena panjang sikitlah ceritanya supaya orang faham, betul tak. Kalau malas nak baca yang panjang-panjang, saya tak paksa, tengok jer gambar yang di atas tu dan pi singgah blog lain. jangan buang masa dan jangan tunggu lama-lama.

Sekarang ni dah ramai yang mampu memiliki kamera DSLR, kamera yang sizenya lebih besar daripada kamera kompak dan lebih mahal lagi daripada kebanyakan kamera kompak. Dari satu sudut ini mungkin menunjukkan rakyat Malaysia dah semakin kaya, dah semakin maju dan dah semakin celik tentang fotografi bilamana mereka mengetahui bahawa DSLR ada kelebihan berbanding dengan kamera kompak yang lebih murah di pasaran. Ada juga yang beli pasal ikut kawan, pasal nampak happpeing dan glamer sikit kalau gantung kamera DSR di leher atau di bahu, jarang sangat orang nak gantung kamera kompak di leher, ada bukan takde tapi jarang-jarang kita nampak.

Ramai orang dah tahu atau celik tentang fotografi sekarang ini dan mengetahui bahawa DSLR ada banyak kelebihan berbanding dengan kamera biasa tetapi tidak ramai yang tahu menggunakan kelebihan tersebut. Rugi pulak rasanya kalau kita membeli kamera yang mahal-mahal tetapi tidak menggunakan semua kelebihan yang ada dalam kamera tersebut. Salah satu kelebihan yang kebanyakan kamera DSLR ini miliki ialah keupayaannya untuk merakam gambar pada ISO yang tinggi tanpa kesan “Noise” yang ketara. Tentang “Noise” tu you all google sendiri lah yer. Nanti panjang sangat entry ni. Apa yang nak saya tulis di sini ialah tentang kepentingan menggunakan ISO tinggi, ISO 1000 dan ke atas.

Pada zaman dahulu kala masa orang menggunakan kamera filem, kita ada filem Kodak Ektar ISO 25 dan Fujichrome Velvia 50 (Slide Film). Angka 25 dan 50 tu merujuk pada ISO filem tersebut. Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, kita kena tahu apa fungsi angka tersebut dan apa bezanya filem ISO 1000 dan Filem ISO 100. Zaman digital sekarang ni dah ada ISO setinggi 12800 dan lebih lagi. Kebanyakan “entry level” DSLR hari ini mempunyai keupayaan ISO setakat ISO 6400.

Pada zaman filem, angka itu merujuk kepada kepekaan atau “sensitivity” filem tersebut terhadap cahaya atau “menyerap” cahaya. Kalau ISOnya rendah sebagai contoh ISO 50 maka filem ini memerlukan masa yang lebih lama untuk ia merakam gambar dengan baik. Dalam erti kata lain, untuk mendapatkan dedahan atau “Exposure” yang baik maka kita perlu menggunakan “Shutter Speed” yang agak perlahan supaya lebih banyak cahaya masuk dan terakam di atas filem tersebut. Kalau kita gunakan filem ISO 50 dan menggunakan “Shutter Speed” yang laju, maka kesannya gambar kita akan gelap atau “Underexposed” akibat dedahan atau “exposure” yang tidak mencukupi untuk menghasilkan dedahan atau “exposure” yang menarik, tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang, “good exposure” maksudnya.

Semakin tinggi nilai atau angka ISO itu maka semakin peka atau “sensitive” filem tersebut terhadap cahaya. Sebagai contoh kalau kita menggunakan ISO 100 maka ini menunjukkan filem tersebut lebih sensitif dari filem ISO 50 maka sekiranya kita menggunakan ISO 100 untuk merakam gambar kita perlu menggunakan “Shuter Speed” yang lebih laju lagi untuk merakam gambar situasi yang sama seperti ISO 50. Cuma bezanya zaman digital ni tiada ISO serendah 25 atau 50. Biasanya yang ada ISO 100, kalau nak rendah lagi, kita perlu “customize” setting kamera kita tapi bukan semua kamera kita boleh “customize” seperti itu. Hanya kamera tertentu sahaja.

Senang cerita ISO yang rendah seperti ISO 400 dan ke bawah kurang peka kepada cahaya dan ISO yang tinggi seperti ISO 1000 dan ke atas lebih peka atau sensitif terhadap cahaya. Kalau guna ISO rendah maka “Shutter Speed” akan jadi perlahan kerana ambil masa yang agak lama untuk “exposekan” film ataupun CCD atau CMOS kamera kita. Kalau kita guna ISO tinggi seperti ISO 1000 dan ke atas maka kita boleh menggunakan “Shutter Speed” yang lebih pantas atau laju. Macam ni la senang cerita, kalau kita bercakap dengan orang PEKA, cakap perlahan-lahan pun dia dengar tetapi kalau kita bercakap dengan orang PEKAK, kita perlu bercakap dengan lebih kuat supaya orang tu dengar. Mungkin tak sesuai saya menggunakan perbandingan ini kerana antara “Suara” dan “Kepantasan” takde kena mengena tetapi saya bercerita tentang “Kepekaan” atau “Sensitivity”.

Ada Pro dan Kontranya menggunakan ISO yang tingi ini, antara lain adalah kesan “Noise” atau grain bilamana kita menggunakan ISO yang tinggi. Seperti dalam contoh gambar di atas. Saya menggunakan ISO 5000. Kalau you tengok gambar di atas betul-betul, gambar tersebut tidak “clean”, tidak bersih, ada kesan “noise”. Kesan “bintik-bintik” halus senang cerita.

Mungkin ada yang tanya, “bang, kenapa tak guna ISO rendah macam ISO 100 ke? Kenapa guna ISO 5000” saja nak test kamera ke? Good question, satu soalan yang bagus dan kalau you all faham apa yang saya tulis seblum ini, you takkan tanya soalan ini. Kalau you tanya maknanya you all masih tak faham, masih tak jelas. Takpe, saya tolong jelaskan lagi.

Tujuan saya guna ISO 5000 bukan saja suka-suka, bukan saja-saja nak “test power” omputeh cakap, tetapi terpaksa. Saya terpaksa menggunakan ISO 5000 untuk rakam gambar ini, sebabnya kerana saya perlu menggunakan “Shutter Speed” yang pantas atau laju untuk mematikan pergerakan lincah Lee Chong Wei di atas CMOS atau sensor kamera saya. Sekiranya saya menggunakan ISO yang rendah seperti ISO 100 maka saya terpaksa menggunakan “Shutter Speed” yang perlahan untuk merakam gambar ini, dan sekiranya saya menggunakan shutter speed yang perlahan maka gambar akan jadi kabur, muka Lee Chong Wei tak jelas kelihatan. Kalau sahabat semua baca artikel yang sebelum ini mengenai keutamaan atau “Priority” maka you akan faham mengapa saya memilih menggunakan ISO 5000 ini.

Dalam kes di atas ataupun situasi di atas, keutamaan saya ialah untuk mematikan pergerakan pantas Lee Chong Wei, jadi saya kena pilih Shutter Speed yang sesuai untuk mematikan pergerakannya dan setelah dicuba “few shot” saya dapati shuter speed 1/1250 sesuai untuk mematikan langkahnya di atas sensor digital kamera saya. Bila dah dapat shutter speed yang sesuai maka langkah seterusnya ialah mencari kombinasi yang baik antra ISO dan Aperture untuk mendapatkan dedahan gambar yang menarik dan oleh kerana saya dah bukak habis aperture pada f2.8, dah habis bukak, tak boleh nak bukak lagi kecuali Nikon ada buat lens 300mm f1.2 maka saya akan guna aperture f1.2. Dalam kes ini f2.8 adalah bukaan terbesar pada lensa 300mm yang saya guna.

Bila saya dah ejas aperture, apa lagi yang saya boleh ejas untuk kekalkan Shutter Speed pada kelajuan 1/1250. Sudah tentunya saya perlu adjust ISO dan setelah di cuba, saya dapatai ISO 5000 sesuai digunakan untuk merakam gambar ini dengan “exposure” atau dedahan yang baik, tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang. Yang penting bagi saya atau keutamaan saya ialah supaya saya dapat matikan pergerakan pemain.

Memanglah ada Pro dan Kontranya menggunakan ISO yang tinggi ini dan mustahillah hasil menggunakan ISO 5000 sama dengan hasil gambar kita guna ISO 100. Kalau sama hasilnya, tiada kesan “noise” gambar licin macam “Glossy Paper” sampai guna microscope pun tak nampak kesan “noise” maka tak perlulah ada ISO 100 pada kamera kita. Itulah kegunaanya. Dalam Sports atau sukan keupayaan kamera untuk merakam pada ISO yang tinggi memang penting, seperti contoh gambar di atas. Lighting atau keadaan cahaya di dalam stadium tidak berapa terang, pergerakan pemain pulak pantas, tidak duduk diam, maka kita perlu menggunakan shutter speed yang pantas, kalau guna shutter speed yang slow maka gambar akan blur. Kecuali kita nak ambil gambar pengadil yang duduk diam atas kerusi tu yang sekali-sekala mengangkat tangan. Untuk ambil gambar pengadil, guna speed 1/100 pun boleh.

Moral of the story, kita kena tahu sedikit sebanyak bagaimana kamera berfungsi dan apa kesannya kalau kita mengubah ISO, Aperture dan Shutter Speed dan bagaimana untuk kita menggunakan ketiga-tiga perkara tersebut untuk merakam gambar yang kita inginkan. Janganlah kerana saya menggunakan ISO 5000 untuk rakam gambar  di atas maka you all pun nak guna ISO 5000 untuk ambil gambar anak kita main badminton di tengah padang lapang yang panas terik di tengahari. Ada sebab mengapa seseorang jurufoto itu menggunakan “setting” tertentu, bukan suka-suka dan bukan saja-saja nak “Test Power” kamera tersebut. Kerja kita nak ambil gambar bukan nak test betapa canggihnya kamera kita. Sekian harap maklum, kalau ada persoalan, gunakan komen box di bawah, mudah-mudahan bermanfaat adanya, insyaAllah…

Related Post | The Importance of High ISO and Speed

I'm a Photographer and Travel Blogger...

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.