India | Catatan Perjalanan VII
© 2010 Wazari Wazir | Sampai di Stesen Keretapi Jodhpur ( Blue City )
© 2010 Wazari Wazir | Gambar Kenangan di Bumi Rajasthan Mesti Dirakam Dahulu
Entah bilalah agaknya kisah Catatan Perjalanan kami ke India ni nak habis agaknya yer? Sampaikan Perdana Menteri India yang datang ke Malaysia dan pulang ke India pun kisah aku tak habis lagi, maklumlah sibuk, lagipun menulis di blog ni takde dateline, sesuka hati aku jer walaupun aku tahu ada orang menunggu, nak buat macam mana, sibuk memanjang, kalau menulis untuk majalah tu mungkin lain sikit pasal ada bayaran atau imbuhan. Niat di hati memang saya nak kongsikan segala macam kisah kami di perantauan tetapi saya minta maaf sekiranya membiarkan rakan-rakan semua ternanti-nanti, saya harap rakan-rakan faham dengan tugas saya, insyaAllah sedaya upaya saya akan habiskan juga catatan perjalanan saya ini untuk manfaat bersama.
Seperti mana yang saya ceritakan dalam catatan perjalanan sebelumnya, perjalanan kami dengan keretapi Mandore Express mengambil masa selama 12 jam perjalanan, banyak stesen yang dilalui tapi tak ingat pasal tertidur sepanjang perjalanan, maklum sajalah perjalanan bermula jam 8:30 Malam dari Old Delhi dan Alhamdulillah selamat sampai di Stesen Keretapi Jodhpur lebih kurang jam 8:30 Pagi, jadi memang tepatlah 12 jam di dalam keretapi. Keadaan di Jodhpur sama seperti cuaca di New Delhi, sama panasnya cuma udaranya agak baik berbanding dengan udara di New Delhi mungkin pasal kurang kenderaan dan kurang sibuk berbanding dengan bandaraya New Delhi.
Setibanya kami di stesen keretapi ni kami tidak terus keluar tetapi menghabiskan masa bergambar di stesen keretapi ni, maklum sajalah bukannya kami pernah sampai ke sini, di bumi Rajasthan, jadi kami ambil gambar sepuas-puasnya. Masa kami tiba di stesen keretapi ini, suasana agak lengang, mungkin kerana ada keretapi yang baru berlepas jadi kurang kesesakan di sini, nak ambil gambar pun senang tanpa gangguan.
© 2010 Wazari Wazir | Berjalan Keluar Dari Stesen Keretapi Jodhpur Mencari Hotel
Seperti mana yang pernah saya tulis sebelum ini, kami ada melakukan sedikit “Homework” ataupun kerja rumah, tentang perjalanan kami, di mana hotel kami akan tinggal dan di mana lokasi stesen keretapi yang terdekat dengan hotel yang akan kami pilih untuk memudahkan pergerakan kami. Sewaktu kami di India, hanya hotel di Pahar Ganj, New Delhi sahaja yang kami booking secara online, selain daripada hotel VIVEK di New Delhi, semua hotel disepanjang perjalanan ini adalah “walk in”. Kami tidak book hotel di Jodhpur tetapi kami berpandukan sedikit panduan dari buku Lonely Planet di mana hotel terbaik untuk kami menginap bersesuaian dengan bajet kami sebagai “backpackers”.
Di pendekkan cerita, kami menginap di Govind Hotel yang terletak berhadapan dengan Pejabat Pos Besar ( Main Post Office ) di Jodhpur. Sebelum tu lupa nak bagitau, sebaik sahaja kami keluar dari stesen keretapi Jodhpur ni, kami dihampiri oleh beberapa orang pemandu Auto Rickshaw, bertanyakan kepada kami, mahu ke mana? Mahu ke Hotel mana? Kami hanya berkata, “it’s ok” we’ve book our hotel, just nearby, we can walk”. Mengikut panduan dalam buku Lonely Planet tu, Govind Hotel terletak tidak jauh dari Stesen Keretapi ini, lebih kurang lima minit berjalan kaki, jadi kami rasa tak berbaloi kalau kami mengambil Auto Rickshaw, kami semua mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.
Di hadapan stesen keretapi ini sendiri memang banyak hotel, tak susah nak cari hotel tetapi kami memilih untuk mencari Govind Hotel jugak, kalau dah Lonely Planet kata hotel tu bagus, rasanya elok kami terus ke hotel itu sahaja, sekurang-kurangnya mereka mesti mahu menjaga nama baik hotel mereka. Seperti mana yang tercatat di dalam buku Lonely Planet tersebut memang betul, tak sampai lima minit kami dah boleh nampak Pejabat Pos Besar Jodhpur di sebelah kanan kami dan bila melihat ke seberang jalan bertentangan dengan pejabat pos, kami dah boleh nampak Govind Hotel, harga bilik tak mahal sangat, sesuai dengan bajet kami, lebih kurang Rs400 dan Rs500 sahaja, berapa RM, you all kiralah sendiri yer. “Interactive” sikit blog ni.
© 2010 Wazari Wazir | Mehrangarh Fort | Jodhpur
Proses pendaftaran untuk “Check In” Hotel di India ni memang agak rumit, sama macam di Vivek Hotel di New Delhi, banyak sangat maklumat yang perlu diisi, tak boleh wakilkan pada orang lain, maksudnya, setiap seorang dari kami perlu mengisi maklumat diri masing-masing dalam buku pendaftaran di hotel tersebut dan setiap seorang dari kami perlu menandatangani buku tersebut. Perlu diingatkan kepada sesiapa yang bercadang untuk ke India atau di mana sahaja selain Malaysia, untuk buat beberapa salinan Passport untuk memudahkan proses “Check In” hotel, menjadi kebiasaan untuk pihak hotel menyimpan salinan passport kita. Kalau tak bawak pun boleh tetapi akan melambatkan proses “Check In” kerana kakitangan hotel akan membuat salinan untuk kita dan ini sudah tentu memakan masa, lagipun risau jugak, entah ke mana Passport kita di bawa tak siapa tahu. Kalau boleh buatlah seberapa banyak salinan yang boleh.
Dah selesai semua kami pun masuk ke bilik masing-masing, ada yang tinggal di bilik bahagian bawah, ada yang tinggal di atas bumbung. Dari bumbung hotel tempat kami menginap ni ada sebuah restoran dan dari sini kita boleh melihat mercu tanda Jodhpur, iaitu Mehrangarh Fort, seperti gambar di atas, tetapi gambar Mehrangarh Fort di atas tersebut bukan saya rakam dari atas bumbung Hotel Govind tetapi dirakam sewaktu dalam perjalanan kami ke Fort tersebut.
Kami berlima menghabiskan masa selama lebih kurang sejam berehat di bilik masing-masing, dapat melelapkan mata buat seketika pun dah kira ok, pasal sepanjang perjalanan dari Old Delhi ke Jodhpur tu pun kami dah puas tidur, jadi taklah mengantuk sangat. Nak duduk lama-lama dalam hotel pun bosan juga dan rugi pulak rasanya setelah beratus kilometer mengembara tetapi dihabiskan di bilik sahaja. Selepas selesai mandi kami pun turun ke bawah mencari kenderaan, Auto Rickshaw pilihan kami, tak perlu mencari pun sebaliknya mereka dah memang sedia ada di bawah hotel, berderet-deret Auto Rickshaw menunggu pelanggan.
© 2010 Wazari Wazir | Jodhpur | Inside Auto Rickshaw
Oleh kerana kami berlima maka kami mengambil dua Auto Rickshaw, dengan bayaran lebih kurang Rs200 untuk perjalanan pergi dan balik untuk satu Auto Rickshaw (Bayaran termasuk waktu menunggu). Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk sampai ke Fort tersebut, jalan di sekitar bandar Jodhpur ni taklah seteruk di New Delhi, agak sibuk tetapi masih selesa di jalan raya, kenderaan bebas bergerak dengan pantas, memang rasa dalam “Setting Filem Hindustan”.
Sebelum kami sampai ke Fort Mehrangarh kami meminta pemandu Auto Rickshaw kami memberhentikan kenderaan ditepi jalan, disalah satu selekoh ditepi bukit untuk kami rakamkan gambar Fort tersebut dari jauh, sebagaimana yang boleh dilihat dalam gambar yang saya kongsikan di atas, nampak macam Fort tersebut diukir ataupun di bina dari batuan bukit-bukit tersebut. Tapak asal Mehrangarh Fort ini telah di bina oleh Rao Jodha pada tahun 1459. Sejarah Fort ini agak panjang kerana di bina berperingkat-peringkat tetapi memang satu senibina yang cukup mengagumkan. Kepada peminat “Architecture Photography” tempat ini adalah “a must visit place”, ataupun lokasi yang perlu dilawati. Bayaran masuk untuk melawat Mehrangarh Fort ini ialah sebanyak Rs250 atau lebih kurang RM18.00 dalam Ringgit Malaysia.
© 2010 Wazari Wazir | Blue City | Pemandangan Dari Atas Mehrangarh Fort
Kepada yang belum mengetahui, Jodhpur juga dikenali dengn nama “Blue City” kerana terdapat banyak rumah-rumah yang berwarna biru di sini, kalau kita biasa melihat hasil karya National Geographic photographer iaitu Steve McCurry, kebanyakan gambar di Rajasthan adalah dirakam di sini di Jodhpur, Blue City. Sekirnya kita pernh melihat buku Steve McCurry yang bertajuk “The Unguarded Moment” di mana di bahagian hadapan ataupun kulit buku tersebut ada memaparkan gambar seorang budak lelaki sedang berlari antara dua bangunan atau dinding berwarna biru, gambar tersebut dirakamkan di Blue City.
Mengikut ceritanya bangunan atau rumah berwarna biru tersebut adalah untuk membezakan antara golongan Brahmin dari golongan yang lain, tetapi pada masa sekarang, menurut buku Lonely Planet, dah ramai orang yang mengecat rumah mereka dengan warna biru, tak kira sama ada mereka dari golongan Brahmin ataupun bukan. Oleh kerana masa kami agak terhad, kami tidak sempat untuk menjelajah jauh ke dalam “Blue City” tersebut. Di Mehrangarh Fort ini sahaja kami menghabiskan masa lebih dari tiga jam untuk melihat keseluruhan Fort ini. Pemandu Auto Rickshaw kami ada menunggu di luar Fort, kami belum lagi membayar duit tambang kepada mereka, jadi mereka tunggu kami diluar, memang ada satu kawasan parking di mana, bas ataupun Auto Rickshaw menunggu pelanggan masing-masing.
Di dalam Fort ini terdapat muzium yang memaparkan sedikit peninggalan sejarah Rajasthan. Pergerakan kami di Fort ini agak perlahan kerana cuaca di sini amat panas sekali, berbahang panasnya. Kepada yang ingin ke sini dan ingin menjelajah ke dalam Blue City, saya cadangkan untuk bermalam selama sekurang-kurangnya dua malam, jadi setelah seharian menghabiskan masa di dalam Mehrangarh Fort, boleh pula menghabiskan masa keesokan harinya berjalan-jalan di sekitar Blue City.
© 2010 Wazari Wazir | Mehrangarh Fort | Ukiran Senibina Yang Mengagumkan
© 2010 Wazari Wazir | Berehat Sambil Mendengar Seruling Klasik Rajasthan
Related Post | Catatan Perjalanan VI
Get The Secret HERE
3 Comments
KNizam
lonely planet so far mmg 90% betul. saya guna buku tu la nak pergi northern pakistan hari tuh. mmg tak menghampakan
Pingback:
Pingback: