India | Catatan Perjalanan V
Tiket Keretapi Indian Railway
© 2010 Wazari Wazir | Jodhpur Rajasthan | Semua Nama Penumpang Keretapi Ada Dalam Senarai Di Board
Nampak gayanya macam sampai tahun depan pun tak habis cerita perjalanan saya ke India ni, kalau nak tahu lebih lanjut atau dengan kadar segera, bilamana tersua atau berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan saya di India, tegurlah mereka, tanyakan sendiri pada mereka tentang pengalaman mereka, saya akui saya agak slow menulis berbanding agak pantas menekan butang shutter di badan kamera.
Untuk tidak membuang masa dan untuk tidak menggunakan bahasa yang terlalu berbunga-bunga maka saya teruskan penceritaan saya. Setelah kami menginap di VIVEK Hotel, perkara pertama yang kami persetujui ialah, macam mana cara sekalipun kami mesti keluar dari New Delhi keesokan harinya, kami tidak mahu terperangkap di New Delhi, keadaan cuaca di sini di siang hari amat panas sekali, sepanas-panas cuaca di Malaysia, tak mungkin sama dengan hangatnya bahang di New Delhi.
Keesokan harinya tanpa sempat bersarapan pagi, kami berjalan kaki menuju ke New Delhi Railway Station, tak jauh dari Pahar Ganji tempat kami tinggal, keluar jer dari hotel, pandang sebelah kiri dan jalan terus, kalau berlari rasanya tak sampai lima minit dah sampai ke stesen keretapi tu tetapi memandangkan kami berjalan ibarat sambil menyelam minum air, perjalanan lima minit menjadi lima belas minit, kami sibuk mengambil gambar sepanjang perjalanan singkat kami menuju ke stesen keretapi. Banyak sekali bangunan yang diruntuhkan ataupun dinding bangunan dipecahkan untuk tujuan “renovate” sempena kedatangan Sukan Komenwel 2010 di mana India menjadi tuan rumah. Keadaan sepanjang perjalanan tak ubah seperti melalui kawasan yang baru lepas kena serangan bom ataupun suicide attack dan sepanjang perjalanan kami, tidak seorang pun wajah Melayu yang kami jumpa selain diri kami sendiri.
Kawasan yang kami lalui menuju ke stesen keretapi adalah juga dikenali sebagai Main Bazaar, macam Petaling Street di Kuala Lumpur, cuma tiada bumbung di sepanjang perjalanan, macam Petaling Street takde bumbung satu ketika dulu, cuma di tengah jalan tiada orang berniaga, hanya di dalam kedai di sepanjang perjalanan, pelbagai jenis cenderamata, baju, beg dan kain sari ada di jual. Kepada yang tidak membawa banyak baju, jangan risau, anda boleh membelinya di sini, di Main Bazaar Pahar Ganj. Keadaan disini sibuk dengan traveler Mat Salleh yang mundar mandir lebih kurang seperti kami juga, ada yang membawa backpack yang besar dan ada juga yang jalan berlenggang hanya bertemankan beg kecil di pinggang. Saya menggunakan perkataan “Traveler” kerana di kawasan ini tak ramai pelancong pasal takde hotel lima bintang sepanjang jalan ini. Pelancong biasanya inginkan keselesaan berbanding traveler yang boleh “blend” dengan persekitarannya.
Sampai sahaja di Stesen Keretapi New Delhi, kami agak keliru taka tahu arah mana nak di tuju, terdapat ramai sangat orang di sini, sedang kami tecari-cari sesuatu yang kami sendiri pun tak thau tiba-tiba kami dihampiri oleh seorang lelaki dan bertanyakan pada kami, apa yang kami cari, saya berkata, kami ingin mencari tiket dan kami mencari pejabat yang menjual tiket kepada tourist. Lelaki tersebut berkata bahawa pejabat itu telah tutup dan telah berpindah ke tempat lain, tak jauh dari stesen keretapi ini dan dia berkali-kali menggesa kami untuk mengikutinya.
Syukur Alhamdulillah, kami telah pun melakukan “Kerja Rumah” kami, sebenarnya kami mencari International Travel Bureau, di mana di sana kami boleh mendapatkan tiket keretapi atas kuata traveler atau tourist, kami tak perlu berebut-rebut dengan warga India yang lain untuk membeli tiket dan menurut panduan dari buku Lonely Planet, ada dinyatakan, jangan mudah percaya pada orang yang memberitahu bahawa pejabat tersebut telah di tutup, dah terbakar, dah berpindah ataupun sebagainya, semuanya itu adalah tipu helah mereka untuk mengaut keuntungan, mereka akan membawa kita pada agen mereka untuk mendapatkian tiket dan mereka akan mendapat komisen darinya, jadi kami tolak permintaan pemuda tadi dengan baik dan meneruskan pencarian.
Lokasi International Travel Bureau tersebut terletak di tingkat satu, di bangunan sebelah, sebenarnya bangunan itu bersambung antara satu sama lain, bangunan sebelah yang saya maksudkan ialah bangunan tempat menunggu keretapi, terdapat ramai orang yang sedang menunggu keretapi di pintu bangunan tersebut, ada yang hanya baring di atas lantai, tidur di atas lantai dan sebagainya, Memang macam-macam ragam boleh dilihat, kalau nak di bandingkan dengan suasana di K.L Sentral memang amat jauh sekali, di K.L Sentral mana ada orang yang baring atau tidur di atas lantai menunggu keretapi dan dari kebersihan juga adalah jauh berbeza.
Syukur Alhamdulillah kami jumpa juga pejabat tersebut yag terletak di tingkat satu, orang tak ramai sangat tetapi masih juga perlu beratur, bukannya beratur dengan berdiri tetapi beratur sambil duduk, maksudnya ada kerusi disediakan, nombor menunggu tidak disediakan sebaliknya kami perlu beratur menunggu di kerusi, kalau ada orang bangun menuju ke kaunter, kita pindah ke kerusinya, begitulah keadaanya sehingga kita sampai ke kaunter. Dibelakang dinding kaunter terdapat satu paparan besar yang tercatat nama-nama keretapi dan ke mana keretapi tersebut pergi, susah jugak nak faham dengan nama-nama keretapi ni, agak mengelirukan bagi kami yang kurang biasa ni.
Sebelum terlupa, kami perlu mengisi borang terlebih dahulu sebelum beratur, kena isi ke mana lokasi kami hendak pergi serta nama keretapi yang ingin kami naiki. Kaunter tiket mereka terbuka, maksud saya tiada cermin memisahkan antara pembeli tiket dengan penjual tiket, hanya ada meja yang panjang dan disitu kami berurusan, macam pejabat lama, macam zaman awal 70an pun ada. Bila sampai giliran kami, saya dan Waja menghampiri kaunter dan memberikan pada orang di kaunter tersebut borang yang kami isi tadi, dalam hati risau jugak, kalau-kalau tiket dah habis, maklumlah kami beli tiket last minit dan kami ingin travel pada hari yang sama juga, kalau kami memerlukan perjalanan minggu depan ataupun bulan depan mungkin mudah untuk mendapatkan tiket, kami hanya bertawakkal, sekiranya tiket kehabisan maka kami terpaksa cari jalan lain untuk meneruskan perjalanan kami, menggunakan bas mungkin.
Syukur Alhamdulillah, masih lagi ada tiket, kami membeli tiket dari New Delhi ke Jodhpur dan dari Jodhpur ke Jaipur. Sebenarnya di sini kita boleh membeli tiket untuk sepanjang perjalanan, maksudnya boleh beli round tiket, dari New Delhi dan balik semual ke New Delhi tetapi kami putuskan untuk hanya membeli tiket sampai ke Jaipur sahaja dan kami bercdang untuk membeli tiket di stesen keretapi di Jaipur untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Bukannya apa, kami tidak mahu terlalu terikat dengan masa. Kalau kami membeli tiket kesemuanya sekali, maka kami akan terikat dengan ruang masa yang terhad, jadi keputusan ini memberikan kami sedikit kebebasan, sekiranya kami ingin tinggal lama sedikit di Jaipur kami boleh buat keputusan di sana dan buat masa ini kami gembira mendapat tiket ke Jodhpur atau lebih dikenali dengan nama “Blue City”.
Untuk pengetahuan semua, walaupun kami membeli tiket di sini di New Delhi Train Station, kami perlu mendapatkan keretapi ke Jodhpur di Stesen Keretapi Old Delhi lebih kurang setengah jam perjalanan dari stesen keretapi New Delhi, keretapi akan bergerak pada jam 8:30 P.M Malam dengan keretapi Mandore Express yang mengambil masa selama 12 jam untuk sampai ke sana. Perjalanan yang boleh dikatkan agak panjang.
Catatan Perjalanan I | Catatan Perjalanan II | Catatan Perjalanan III | Catatan Perjalanan IV
Get The Secret HERE