Adventure,  Black and White,  Life,  Photoshop,  Travel

India | Catatan Perjalanan III

RAJASTHAN 2010

RAJASTHAN 2010

RAJASTHAN 2010

© 2010 Wazari Wazir | Rajasthan | India Travel Photography

Syukur Alhamdulillah, Passport kami siap keesokan harinya, sebenarnya kami agak, berdebar-debar jugak, manalah tau kalau-kalau permohonan Visa kami tak diluluskan dan sebaik sahaja Passport di berada tangan kami dan melihat Visa India di tampal di muka surat di dalam Passport kami, maka secara automatik, kami semua mengukir senyuman, sukar untuk kami gambarkan perasaan kami ketika itu, berbulan-bulan punya perancangan akhirnya, kami semakin hampir untuk menjejakkan kaki ke India, negara yang cukup terkenal dikalangan Photographer di seluruh dunia terutama yang menggemari “Travel Photpgraphy” atau Fotografi Pengembaraan.

Sebelum memperolehi Visa kami tidak benyak membuat persediaan, kerana tidak mahi terlalu teruja atau “excited”, jadi setelah Visa berada di tangan, maka secara tidak langsung sebelah kaki kami telah pun berada di India, kerana Visa adalah ibarat tiket untuk masuk ke India, Passport sahaja tanpa Visa tidak cukup, tetapi bukan semua negara memerlukan Visa untuk masuk ke negara mereka, tetapi rakyat Malaysia memang perlu mendapatkan Visa India sekiranya ingin melawat ke negara berkenaan.

Urusan Visa telah selesai maka, perancangan kami seterusnya ialah untuk mencari beg yang sesuai, beg yang jenis “tarik” tu memanglah tak sesuai kerana perjalanan kami agak jauh dan seringkali bertukar hotel, maka yang terbaik adalah beg dari jenis “backpack”, beg yang biasa kita lihat pelancong asing sandang ke sana sini di Kuala Lumpur.

Banyak jugak tempat yang kami “survey”, setelah membanding-bandingkan harga antara satu shopping complex dan satu shopping complex yang lain maka kami mengambil keputusan untuk membeli backpack di Pertama Kompleks yang terletak bersebelahan dengan Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Harganya agak murah, saya memilih beg jenama Deuter Futura Vario 40+10. Ada juga sahabat kami yang membeli Futura 40 sahaja.

Saya, Waja dan Fuad memilih untuk membeli Futura Vario 40+10 kerana mungkin kami akan memerlukan extra space, kalau-kalau ada barang cenderahati yang ingin kami beli di sana nanti. Harga yang kami dapat untuk Deuter Futura Vario 40+10 ialah RM400, mungkin ada di antara sahabat yang membaca blog ini boleh mendapatkannya pada harga yang lebih murah tetapi setelah tawar menawar, itulah harga yang kami dapat.

Backpack ini, nampak macam “besar” saiznya tetapi setelah diisi dengan pakaian, maka tidaklah banyak mana yang boleh diisi, lagipun kami tidak ada membawa banyak barang, kecuali baju-baju sahaja dan sedikit keperluan makanan ringan. Kami juga tidak membawa barang-barang dapur untuk memasak sebagaimana mereka yang “camping” di dalam hutan. Kami travel di dalam bandar, dan menginap di hotel jadi beg kami boleh dikatakan agak ringan kerana hanya diisi dengan pakaian sahaja. Sleeping bag pun kami tidak bawa memandangkan kami akan tidur di hotel, tambahan pula sleeping bag akan memakan ruang yang agak besar.

Di dalam kumpulan kami hanya Waja seorang sahaja yang membawa laptop yang bersaiz agak kecil, mudah dan ringan untuk di bawa ke mana-mana, tambahan pula, memang kami amat perlukan komputer untuk muat turun gambar-gambar dari memory kad kami. Setelah berbincang dengan rakan-rakan maka, kami bersetuju, hanya seorang sahaja yang membawa laptop, lagipun kami tak punya banyak masa untuk online atau melayari  internet kerana sentiasa bergerak. Saya hanya membawa external hard disk 500 GB untuk menyimpan gambar yang bakal di ambil di sana.

Untuk pengetahun semua, dua minggu sebelum kami ke India, saya telah membuat tempahan bilik hotel di sana, hotel yang kami pilih ialah VIVEK HOTEL yang terletak di Pahar Ganj New Delhi, kenapa kami pilih hotel ini? Salah satu sebab kerana harganya agak murah, sesuai dengan bajet kami dan urusan tempahan melaui online amat mudah, tak perlu buat pembayaran deposit, cukup sekadar maklumkan pada mereka tarikh dan waktu kami akan sampai di sana, serta jenis bilik yang diperlukan dan berapa malam kami akan tinggal di sana.

Kami juga memilih untuk “Pick Up Service”, setelah membaca buku panduan Lonely Planet, maka kami meminta pihak hotel menyediakan perkhidmatan “Pick Up” memandangkan pesawat kami akan tiba di New Delhi pada waktu malam. Kami tidak mahu membuang masa mencari teksi di sana serta tidak mahu membuang masa melayan karenah “ulat teksi” di sana yang menawarkan perkhidmatan mereka dan oleh kerana itu perkhidmatan “pick up” adalah pilihan yang tepat bagi kami terutamanya kepada mereka yang baru pertama kali ke sana.

Salah satu sebab kenapa kami pilih Vivek Hotel adalah kerana lokasinya yang tidak berapa jauh dari New Delhi Railway Station, bagi kami amat penting untuk memilih hotel yang berhampiran dengan stesen keretapi kerana perjalanan kami banyak menggunakan keretapi (mengikut perancangan). Jadi lokasi hotel ini amat sesuai, dan mengikut buku oanduan Lonely Planet yang kami baca, dari Vivek Hotel atau dari kawasan Pahar Ganj untuk ke Stesen Keretapi New Delhi adalah agak dekat, hanya boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja tanpa memerlukan kami untuk menggunakan perkhidmatan teksi atau “Auto Rickshaw” atau lebih dikenali oleh orang kita sebagai “Tuk-Tuk”.

Sedikit sebanyak ini akan menjimatkan belanja kami. Buku Lonely Planet banyak memberi panduan sebenarnya, tentang jarak perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi serta langkah-langkah keselamatan yang perlu di ambil sewaku berada di sana. Seperti mana yang telah saya tuliskan sebelum ini, kami tidak membuat tempahan tiket keretapi dari awal, kami hanya akan membeli tiket keretapi di New Delhi.

Ianya satu risiko yang terpaksa kami ambil kerana tidak biasa membuat tempahan tiket keratapi India secara online. Sebenarnya kami takut “ditipu”, duit dah bayar, tiket tak dapat, so kami ambil risiko ini dan sekiranya kami gagal untuk mendapatkan tiket keretapi di New Delhi nanti, kami mungkin akan menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi yang ingin kami kunjungi.

Catatan Perjalanan I Catatan Perjalanan II

Get The Secret HERE

I'm a Photographer and Travel Blogger...

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.