India | Catatan Perjalanan II
© 2010 Wazari Wazir | Jodhpur Railway Station | Rajasthan | India | Travel Photography
© 2010 Wazari Wazir | Proses Mengisi Borang Visa India Bersebelahan Dengan India Visa Centre di Jalan Lebuh Pasar Besar
Saya minta maaf kerana terpaksa selang selikan kisah perjalanan saya ke India dengan entry-entry yang lain terutama gambar-gambar keluarga saya serta entry dalam Bahasa Inggeris, pasal memang dwibahasa blog saya ni cuma terdapat permintaan dari rakan-rakan yang agak sukar untuk memahami isi kandungan dalam Bahasa Inggeris tetapi cukup berminat untuk mengetahui tentang tips-tips untuk ke India. Saya sambung sedikit lagi kisah kami sebelum kami ke India, antara persiapan awal.
Antara persediaan awal kami ialah mencari seberapa banyak maklumat yang ada di internet tentang Rajasthan, di mana lokasi sebenarnya, berapa jaraknya dari New Delhi ke Rajasthan dan berapa lamakah jumlah masa yang perlu di ambil untuk ke sesuatu lokasi. Memang terdapat banyak maklumat di internet yang terkini tetapi saya agak kurang selesa untuk menghabiskan masa terlalu lama di internet dan bukanlah satu tugas yang mudah untuk pergi dari satu website ke website yang lain, di pendekkan cerita saya terpaksa mencari buku untuk membuat sedikit “research” atau kerja rumah.
Saya memilih untuk membeli buku Lonely Planet bertajuk RAJASTHAN, DELHI & AGRA yang berharga RM 95 di kedai buku MPH di Mid Valley Kuala Lumpur. Sedikit panduan dari saya kalau kita ingin ke sesuatu destinasi adalah lebih baik kita membeli buku yang berkaitan dengan tempat yang ingin kita pergi sahaja, jadi maklumatnya lebih detail atau terperinci. Maksud saya, sebagai contoh saya memilih Rajasthan, Delhi dan Agra sebagai destinasi saya jadi bukanlah satu tindakan yang bijak untuk membeli buku panduan perjalanan ke INDIA, yang mana buku tersebut akan menceritakan keseluruhan India secara agak umum tanpa butiran yang agak terperinci tentang tempat yang ingin saya jelajahi.
Kalau buku Lonely Planet INDIA sudah cukup detail menceritakan mengenai keseluruhan tempat-tempat menarik di INDIA, mengapa perlunya ada buku Lonely Planet bertajuk “Rajasthan, Delhi & Agra” sudah tentu ada bezanya bukan? Sama juga kalau kita merancang untuk ke Istanbul Turkey, belilah buku bertajuk Istanbul dan bukan buku bertajuk Turkey, kecuali kita ingin melawat Turkey secara keseluruhan.
Selain dari itu ada juga saya tambah kenalan di Flickr atau “add contact” sesiapa sahaja yang berada di Rajasthan atau New Delhi tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi saya, tidak seorang pun yang membalas “Flickr Mail” saya bila mana saya memberitahu “contact” saya, yang saya akan ke India. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba mencari kenalan jurufoto di sana. Bukanlah saya mengharap sangat tetapi kalau dapat seorang kawan dari sana, alangkah bagusnya.
Untuk pengetahun semua, tiket perjalanan keretapi di India boleh dibeli secara online tetapi kena bayar “on the spot”, saudara boleh mengunjungi lawan web INDIAN RAILWAY untuk menempah tiket keretapi tetapi kami tidak menempah tiket secara online kerana kurang yakin, tambahan pula terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk membuat tempahan, jadi kami mengambil risiko untuk membeli tiket di New Delhi nanti.
Mengikut website Indian Railway tersebut, tempahan tiket boleh dibuat seawal 90 hari sebelum waktu perjalanan, dan saya cadangkan kepada yang ingin ke India pada waktu puncak, waktu di mana ada festival di India untuk membuat tempahan melalui online kerana ianya bukanlah seuatu yang agak mudah untuk mendapatkan tiket keretapi di India, jangan pandang mudah cuma Alhamdulillah mungkin nasib kami agak baik kami dapt membuat tempahan last minit sewaktu berada di New Delhi. Kami pergi pada bulan Jun, bulan yang cukup panas di India, mungkin itu antara faktor mengapa kami masih boleh mendapatkan tiket di New Delhi.
Sebelum terlupa sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mendapatkan Visa untuk ke India, dan bayaran untuk Indian Tourist Visa ialah RM168.00 termasuk sekali bayaran perkhidmatan. Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur boleh mendapatkan Visa India di pejabat yang di lantik oleh Kedutaan India di Malaysia di sebelah belakang atau “tepi” bangunan Sultan Abdul Samad, bersebelahan dengan kedai 7 Eleven. Visa siap dalam masa 2 hari, hari ni hantar, insyaAllah esok harinya siap. Kepada yang tinggal berjauhan dengan Kuala Lumpur, sebagai contoh sahabat saya Azman Jumat yang berada di Sabah, dia tidak perlu ke Kuala Lumpur untuk membuat permohonan secara individu tetapi Passportnya di berikan kepada saya sewaktu saya bertugas di Kota Kinabalu dan urusan Visanya dibuat oleh kami di Kuala Lumpur.
Maksud saya, permohonan Visa boleh diwakilkan, tak perlu datang secara individu tetapi borang permohonan kena lengkap beserta dengan salinan tiket penerbangan sekali. Untuk maklumat yang lebih lanjut sahabat semua boleh berkunjung keINDIA VISA CENTRES MALAYSIA yang terletak di Jalan Lebuh Pasar Besar Kuala Lumpur. Jangan pula saudara pergi ke Kedutaan India di Malaysia kerana pihak Kedutaan India tidak lagi menguruskan pemberian Visa kerana telah di serahkan pada wakilnya, India Visa Centre. Prosesnya agak mudah, serahkan Passport serta borang yang telah lengkap di isi dan tanpa soal jawab atau sesi temuduga, tinggalkan Passport anda di Inda Visa Center tersebut dan InsyaAllah Passport boleh di ambil keesokan harinya. Visa India sah sehingga 3 bulan dari tarikh ianya dikeluarkan atau di “tampal” di Pasport kita.
InsyaAllah saya akan sambung lagi dilain kesempatan. Life is a Journey…
Get The SecretHERE
10 Comments
emran
thanks for sharing… menanti sambungannya.. 🙂
KNizam
visa pakistan kena sendiri datang ke high commission pakistan di KL. submit pagi, ambil balik petang
admin
@ Terima kasih KNizam, betul tu Visa Pakistan boleh siap dalam masa sehari, Visa India dua hari, jam 5 P.M hari esoknya boleh ambil…
Pingback:
Pingback:
Pingback:
Pingback:
mj-kotakinabalusabah
minta tolong mcm mana mau buat passport pi mumbai india dan nasihat@tips semasa berada di india…dr mumbai ke new delhi…bagus naik train atau kapal terbang…tqvm
MJ
Kota Kinabalu Sabah
noni
emm. dah sampai airport india diaorang (immigration) ade buat declaration of cash tak? kalau ade, berapa agak2 minimum yg kena bawa to show at the port of entry ek? and wht else to expec from their immigration???dengar cite india ni ade seram sikit byk soal kan?
Wazari Wazir
@Noni, Terima kasih singgah di Blog saya, mungkin pengalaman orang lain berbeza-beza, masa saya pergi sana dulu takde pun mereka, pihak Kastam mintak kami declare berapa banyak duit yang kami bawak masuk, perjalanan kami Alhamdulillah berjalan lancar sebaik turun dari kapal terbang, lepas cop passport terus keluar airport dan tentang “banyak soal” tu takde pulak kami mengalaminya, macam saya bagitau awal tadi, pengalaman setiap orang memamg berbeza dan sepanjang kami di sana, Alhamdulillah semuanya ok, kecuali waktu kami pergi ke sana cuaca amat panas terik…