Super Friends Penang Street Outing
Rumah Siap Pahat Berbunyi, itu pepatah yang biasa kita dengar. Pertama sekali saya ingin beritahu sebenarnya saya sendiri pun tak tahu yang saya dimasukkan dalam group “Super Friends” sehinggalah keluar Poster atau pun Ikon “Super Friends” di Facebook, tengok punya tengok nama saya ada di situ sebagai Batman, dorang semua pun takde inform saya pasal apa2, saya cuma diam jer la, dorang PM dalam Facebook pun saya tak balas, menolak pun tidak, nak join pun tidak.
Reason utama saya tak balas PM dorang semua pasal saya tak berani janji boleh turun Penang pada masa yang ditetapkan, kerja saya tak menentu, tak lama lepas tu ada la dorang contact saya tanya macam mana dengan saya, still saya tak jawab, duk diam jugak. Dipendekkan cerita saya amat berterima kasih dengan semua member “Super Friends”, Chot, Kuku Besi, Manic Mind, Shazli dan Black kerana membawa saya masuk ke dalam group “Super Friends” saya bukanlah hebat mana pun tapi saya tertarik dengan idea penubuhan group ni untuk mendekatkan khalayak jurufoto Satu Malaysia dengan mengunjungi dari satu negeri ke satu negeri.
Ramai yang tanya saya melalui FB, “jadi tak ke Penang” tapi saya tak jawab, duk senyap jer, hinggalah hari terakhir iaitu Hari Jumaat barulah saya bagitau yang saya akan berada di Pulau Pinang, tiket pun beli last minit. Terima kasih pada Manic Mind kerana membeli tiket untuk saya. Maka tepat jam 11 malam saya berdua dengan Manic Mind pun bertolaklah ke Pulau Pinang dengan bas.
Sebelum saya memberikan pendapat saya tentang perkara berbangkit walaupun hantu kubur tak bangkit pada hari itu, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada Black dan Azrie Nasrie yang menjemput saya dan Manic Mind di Hentian Bas Sungai Nibong seawal jam 3:30am pagi, bukan senang nak jumpa kawan yang boleh layan kita seawal jam 3:30am pagi sedang ramai manusia tidur lena. Lepas tu kita orang terus berjumpa dengan group dari K.L, di mana saya tak pasti tapi dekat tepi laut la. Saya Tak biasa area Penang.
Memandangkan tiba dah agak lewat, saya dan Manic Mind ambil keputusan untuk tidak “Check In” di Hotel, so kita pun duk la layan Black dengan Azrie sampai pagi, tidur pun tak cukup, tapi kerana nak berjumpa dengan member-member dari Penang, digagahkan juga, tidur dalam bas manalah lena sangat. macam-macam ingat dalam kepala masa naik bas, nak naik Kapal terbang tiket dah mahal sangat.
Terus kepada topik yang berbangkit, antara lain tentang Masa, secara peribadi memang saya akui kami tidak berapa cekap dari segi pengurusan masa, agak banyak masa terbuang sewaktu pengagihan baju dan tentang baju tak cukup, rasanya KB dah jawab di Page Super Friends di facebook, so tak perlulah saya huraikan di sini. InsyaAllah kami akan perbaiki dari segi pengurusan masa, di sini saya ingin mohon maaf secara peribadi dan juga sebagi Super Friends saya mintak maaf kerana gagal memanfaatkan masa. InsyaAllah kami akan perbaiki tentang perkara ini di masa akan datang.
Perkara utama yang ingin saya nyatakan di sini ialah isu, “Otai dengan Otai” dan “Newbie dengan Newbie”. First sekali saya bukan “Otai”. Seperti mana yang kita tahu, konsep Super Friends di Penang ialah “Outing dan Sharing”. Ada terdengar keluhan yang mengatakan “Otai shoot dengan Otai sahaja” dan “Newbie dengan Newbie Sahaja”. Saya nampak perkara ni berlaku. Masa saya mula-mula sampai sewaktu menanti kehadiran para peserta saya duk la tunggu kut2 ada peserta nak datang sembang, ada la sorang dua yang datang berjumpa saya, yang lain tu, dengan group masing-masing.
Kami dalam group Super Friends ada pengalaman fotografi yang berbeza-beza, jadi pandai-pandailah orang yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai dengan minat dan cita rasa mereka, promosi Super Friends pun rasanya dalam tempoh sebulan jugak dan dah tentu para peserta tahu pengalaman fotografi Ahli Super Friends.
Problemnya tak ramai yang ingin datang bertanya, sebaliknya ramai peserta yang lebih selesa dengan group masing-masing, apa salahnya datang berjumpa kita, tanya apa yang ingin diketahui, apa yang ingin dikongsi, tapi malang sekali, hanya sedikit yang datang bertanyakan soalan itu dan ini, mungkin segan agaknya, kalau segan, memang rugilah jawabnya. Saya akui semasa outing saya banyak follow Black, sebabnya saya tak tahu flow atau laluan yang akan diikuti, kalau saya nak lead sendiri boleh jadi sesat pulak nanti, so terpaksalah saya follow Black untuk memudahkan perjalanan.
Dalam perkara ini saya akui, pengurusan agak lemah, insyaAllah di masa akan datang kita akan cuba buat untuk 2 hari, di mana pada sebelah malam sebelum berlangsung outing kita akan adakan sedikit perbincangan dengan semua peserta, selesaikan apa masalah yang ada supaya perjalanan esok harinya berjalan lancar, tetapi perkara utama yang perlu diingati ialah outing ni bukannya satu Pertandingan Fotografi, walaupun ada “Pertandingan” tapi itu bukanlah tujuan utama kita, tujuan kita adalah untuk beramah mesra dan sharing ilmu yang ada dengan peminat fotografi semua.
Para peserta terutamanya dari Penang sepatutnya mengambil kesempatan yang ada untuk bertemu kita, bertanya tentang apa yang kurang faham, insyaAllah apa yang kita tahu, kita akan share, kalau duk diam dengan group masing-masing, macam mana kita nak tau, lagipun kami semua tak tau skill semua peserta, tak dinafikan ada yang lebih bagus dari kami semua, pendek kata, jangan segan untuk bertanya, ambillah kesempatan yang ada, saya sendiri pun tak banyak shoot tapi lebih “relaks” supaya kalau ada yang ingin bertanya saya boleh jawab, problemnya sekali lagi tak ramai yang nak bertanya, semua dengan hal masing-masing.
Sepatutnya peserta dari Penang tidak terlalu menumpukan atau menghabiskan masa untuk shoot di sekitar Penang, sebabnya, bila-bila pun you all boleh shoot pasal you all memang dari Penang, bukan nak pergi mana pun, sebaliknya para peserta perlu ambil kesempatan untuk medapatkan sebanyak mana ilmu yang boleh dikongsi dari kami sebanyak mungkin, insyaAllah, saya bukan kedekut ilmu, sama juga dengan semua member Super Friends, kami tidak lokek ilmu, cuma buku eBook saya tu kena la beli.
Bukanlah tujuan saya untuk mencari kesalahan sesiapa, saya mengaku, saya juga banyak buat silap masa outing, walaupun jadual saya agak sibuk, saya cuba juga untuk hadirkan diri, walaupun tidur tak cukup, tetap saya gagahkan kaki melayan street shooting walaupun gambar yang saya rakamkan tidaklah bagus mana pasal saya tak terlalu menumpukan perhatian untuk shooting tapi “make myself available” for everybody. Kalau saya leka shooting, memang saya tak ingat orang lain dah, saya dengan dunia saya sendiri, so saya shoot just for fun.
Akhir kata saya ingin memohon maaf andai kata ada terkasar bahasa atau ada kelakuan saya yang kurang menyenangkan sewaktu outing di Penang tempoh hari, saya hanya manusia biasa, biasa buat silap dan insyaAllah saya akan perbaiki diri, kelemahan sebagai manusia memang tak dapat dielakkan tapi insyaAllah boleh dikurangkan.
Kalau ada komen-komen atau ketidakpuasan hati, bolehlah komen di Blog saya nie, kalau ada cadangan pun silakan untuk kebaikan bersama dan jangan lupa eBook Tone saya masih ada… 🙂
Get The Secret HERE
4 Comments
zic.ahmad
nmpak wazari tgh jln time kat penang arituh..tp sy tak join group superfriends punya outing arituh..saje bercuti ngan kwn2 di penang..penang mmg lokasi yg sy terbaik untuk shoot gambar..tak kire landscape atau pun street..penang mmg best..
Azrie Nasrie
Salam Sahabat..dah pun saya baca apa yang sahabat tulis..bermakna sangat..dan ini jugak boleh dijadikan pedoman kepada sapa sahaja yang lepas ni nak adakan outing atau sebagai..terima kasih atas ruangan keluh kesah ini..bukan utk merungut bagi saya ini akan meng”improve”kan semua pihak.
Afif
Salam Wazari~~ rase rugi xdapat join skali ke Penang..maklumlah saye kerja shift ni memg susah sket nk dapat cuti…xdapat jgk jumpa saudara ntk kte kenal lebih rapat n tanya pengalaman saudara tentang rahsia photography…InsyaAllah, diizinkanNya, kota akan berjumpa jgk…walupn saye da ade eBook saudara…hehehe…cume nk tau ade x keluaran untuk edisi yang baru?
Salam -afif-
admin
Afif : Terima kasih sahabat, insyaAllah, ada lagi eBook bakal menyusul, cuma kekangan masa menyebabkan banyak yang tertangguh, insyaAllah dalam masa terdekat saya akan buat eBook pasal Texture dan kemudian mungkin tentang Black and White. Semua maklumat ni boleh di dapati dengan banyaknya di internet cuma saya akan persembahkan dengan cara saya sendiri. Tentang rahsia photography dan sebagainya saya akan tulis di blog saya dari masa ke masa. Sebenarnya takde rahsia apapun, cuma mungkin dari segi pengalaman sahaja.