Salam Aidilfitri | Salam Silaturrahim
Di kesempatan yang ada ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut hari raya Aidilfitri but teman-teman blogger serta rakan-rakan fotografi dan sesiapa juga yang singgah ke blog saya yang tak seberapa ini. Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan maaf andaikata ada diantara penulisan yang yang mungkin agak kasar ataupun menimbulkan rasa ketidaksenagan hati di kalagan saudara dan saudari, sebagai insan yang lemah saya mengakui kelemahan diri dan dengan ini sepuluh jari disusun memohon maaf di bulan yang mulia ini.
Akhir kata dari saya sambutlah Aidilfitri ini seadanya, jangan membazir dan berlebih lebih, Aidilfitri sememangnya hanya datang sekali dalam setahun namun bukanlah menjadi lesen kepada kita untuk membazir, sama juga dengan fotografi, sekiranya ada dikalangan rakan-rakan yang ingin membeli peralatan kamera yang baru atau pun membeli kamera yang baru, tanya dulu kepada diri denga seikhlasnya akan keperluan barangan tersebut, apakah ianya termasuk dalam kategori keperluan mendesak atau pun hanyalah sebagai peralatan tambahan untuk memuaskan hobi saudara dan saudari tetapi seandainya saudara atau saudari punya wang yang lebih terpulang, bukannya duit saya pun.
Cuma satu jer yang saya sarankan agar jangan berhenti dari menaiktarafkan skill serta ilmu fotografi saudara dan saudari sekalian, dengan bertambahnya ilmu di dada, insyaAllah dengan kelengkapan yang sedia ada saudara dan saudari mampu menghasilkan seni fotografi yang lebih baik dari sebelumnya tanpa membazirkan wang untuk membeli peralatan baru.
Dah macam Khutbah Fotografi pulak, akhir kata, Selamat Berhari Raya bersama keluarga, jangan lupa rakamlah gambar sebanyak mungkin untuk kenangan sepanjang masa…
2 Comments
shaffarullah
selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin
KNizam
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin wazari. keep on posting the travelogue series. hehe 🙂