Education Is Your Greatest Investment
Dipendekkan cerita, ini adalah buku terbaru yang saya beli, dah agak lama saya cari buku nie, memang agak payah nak jumpa pasal baru jer keluar, so masa jalan-jalan di Suria KLCC di kedai buku favorite saya di Kinokuniya, saya terjumpa buku ni, masa tu cuma ada tiga naskah sahaja yang tinggal, tak boleh nak belek-belek pasal berbungkus, tak kesahlah tu pasal dah banyak review tentang buku Within The Frame ni yang saya baca di internet, sambar satu dan terus bayar di kaunter, harganya boleh tahan jugaklah tapi kalau nak dibandingkan dengan sebijik lens baru, rasanya buku ni amatlah murah, apa guna kita bergaya dengan peralatan kamera yang baru, yang canggih tapi ilmu tentang photography tak bertambah-tambah jugak.
So saya belilah buku ni, demi untuk menambah pengetahuan di dada, kamera orang boleh curi, boleh hilang, boleh rosak tapi ilmu, kemana-mana pun kita boleh bawak, tak siapa boleh curi ilmu kita, tapi untuk berkongsi ilmu apa salahnya kan. Buku pun orang boleh curi tapi kalau ilmu dah melekat dalam kepala, ilmu tu tetap kekal sampai bila-bila, insyaAllah.
Saranan saya, kalau-kalau ada duit lebih tu, belilah buku, memang zaman moden ni segala makumat ada di internet tapi tak sama dengan buku, boleh bawak ke mana-mana, takde elektrik pun boleh baca, takde line internet pun boleh baca, sorilah agak merapu sikit, dah lewat sangat masa saya upload story nie, jam dah menunjukkan satu pagi, selamat membaca…
Dapatkan maklumat lanjut tentang buku ini Di SINI
9 Comments
cak
sangat setuju bro..
i really adored ur passion.
Che Mokz
Boleh le pinjam ek!
wazariwazir
Seri Pakis, I think you can afford more books than me, and if you are serious enough, you should buy one or just spent your time on the internet, it’s free. Why not you buy me a book and I’ll teach you few things about photography… 🙂
Mama WanZ
memang nak suruh ko ajar pun… bayar pun takpe.
wazariwazir
Terima kasih Encik Cak, ramai orang sekarang ni suka sangat upgrade camera equipment dorang, walaupun kekadang tu bukan kerana keperluan tetapi kerana mereka mampu dan ingin sesuatu yang baru yang lebih hebat, tetapi harus diingat peralatan yang ada hanyalah “alat semata”, just a tool, without knowledge and skills our artwork will remain the same, books are very cheap compared to new camera equipment and people can’t steal your skills and knowledge…
wazariwazir
Seri Pakis, takyah bayar pun takpe, duit cepat habis, belikan aku buku, pun dah kira cukup, murah jer kalau nak dibandingkan dengan attend workshops. Sangatlah menjimatkan, One to One lagi…
Mama WanZ
boleh insyaallah… bagitau lah tajuk apa, nak beli sendrik ke nak aku belikan ke… up 2 u…
dian nais
am not going to miss this!
this gonna be up for this coming july!
thanks
wazariwazir
Thanks Dian for dropping by, I can assure you that you won’t regret, I’m so much happy with the book, saya jarang beli buku photography pasal cerewet sikit bab beli buku nie, bukan nak jimat tapi cerewet dalam memilih yang berkualiti. Selalu saya follow Blog David duChemin tu, so bila tau dia nak keluarkan buku, memang tak fikir panjang dah, jumpa terus beli, tanguh-tanguh nanti kena beli kat Amazon plak. Selamat membaca semua…