Assignment | Langkawi
Sudah agak lama jugak saya tidak ke Langkawi, seingat saya kali terakhir saya ke langkawi adalah pada tahun 2001, masa tu saya cover LIMA 2001. baru kali ni dapat peluang untuk buat assignment di sana. Sebenarnya saya cuba untuk tolak assignment ni tapi memandangkan ramai rakan-rakan di opis terpaksa menghadiri kursus di Pangkor dan ada yang terlibat dengan tugasan lain, terpaksalah saya terima juga tugasan ni. Saya ditugaskan ke Langkawi untuk membuat liputan foto sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin ke Langkawi.
Assignment dapat last minit, sudah lewat petang, terpaksalah saya menguruskan dengan pihak pengurusan untuk mendapatkan tiket flight untuk saya. Mungkin ramai di antara rakan-rakan tidak tahu dan di sini ingin saya kongsikan prosedur untuk mendapatkan tiket kapal terbang untuk membuat tugasan di luar kawasan. Mungkin ramai yang berfikir, dapat tugasan terus book tiket dan terbang, bukanlah semudah itu. Dalam masa yang amat singkat, saya terpaksa mengisi pelbagai jenis borang, dapatkan kelulusan dari Ketua Unit Foto, serta dapatkan persetujuan dari Pengarah atau Timbalan Pengarah Bahagian saya, dua tiga salinan jugakla kena buat, turun naik lif, dua tiga kali tu biasa la, lepas tu baru la pi jumpa pihak pengurusan sumber manusia untuk booked tiket flight. Itu baru untuk dapatkan kelulusan terbang dalam negara, kalau luar begara, memang agak rumit dan memeningkan kepala, Kelulusan daripada Ketua Setiausaha Kementerian terpaksa diperolehi sebelum boleh membuat tugasan di luar negara.
Saya share ni bukannya apa, supaya rakan-rakan tahu, bukanlah semudah, “Just a phone call”, saya boleh terbang ke sana sini, kelulusan dari pihak pengurusan amat penting dan kalau bekerja dengan Kerajaan ni, yang paling utama sekali ialah dapatkan Surat Hitam Putih supaya tidak timbul perkara yang berbangkit. Selesai dapatkan tiket, satu hal lagi, kena call pihak pengurusan di Langkawi pulak, nak dapatkan maklumat terkini dan kalau boleh nak booked hotel sekali, maklumlah sempena cuti sekolah ni, kebiasaannya hotel di Langkawi agak penuh, so mana pulak nak tidur nanti, setakat sehari, bolehlah tidur di pejabat tapi kalau empat lima hari, terpaksalah cari hotel jugak.
Syukur Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dalam beberapa jam sahaja, maksud saya untuk mendapatkan tiket kapal terbang, balik rumah, kemas-kemas barang, esoknya terbanglah saya ke Langkawi. Tak semua orang pernah naik kapal terbang ke Langkawi, kepada yang punya ramai ahli keluarga, kebiasaanya mereka akan naik kereta dari Kuala Lumpur dan akan naik feri dari Jeti Kuala Perlis ataupun dari Jeti Kuala Kedah, lebih jimat rasanya kalau guna cara nie, lagipun boleh bersantai di sepanjang perjalanan, banyak jugak pemandangan boleh dilihat cuma mengambil masa yang agak panjang untuk sampai ke Langkawi. Flight dari KLIA ke Padang Matsirat di Langkawi hanya mengambil masa 55 minit sahaja, sepanjang perjalanan, kami hanya dibekalkan dengan makanan ringan sahaja oleh pihak MAS, nak makan nasi dalam flight pun tak sempat pasal dekat sangat.
Syukur Alhamdulillah saya sampai di Langkawi dengan selamat, InsyaAllah ada masa saya sambung lagi…
3 Comments
punk5hitam
ooo mai Langkawi ya…syok la hang boleh selalu jalan2 cari makan…yg aku pulak asyik jalan2 cari pasai aja…ha..ha..anyway tahniah…mana pix2 power kat Langkawi…bagi la anak murid gelapmu ini curi idea sikit…
wazariwazir
Terima kasih Black, apa nak buat dah tugas, terpakasa jer la terima, hakikatnya badan masih lagi kepenatan, tapi memandangkan kawan-kawan yang lain juga agak sibuk, terpaksa gak la layan assignment nie. Tak banyak tempat yang menarik yang sempat dilawati di Langkawi ni, kebanyakanny tempat yang TPM lawat, selain dari tu memang takde la. Pix2 yang power takde, yang biasa-biasa sahaja…
ca18761
mmmm…. kesian juga hang susah payah nak minta ticket. Tanya Tawam I’ll do my best to help. Sori just go to know u today frm Tawam via your flickr … nice caption bro. Keep up your creative work. Wassalam