Life,  Photojournalism,  Tourism,  Travel

Kuala Lumpur | I’m Back

Johannesburg | South Africa | Stopover

© 2009 Wazari Wazir | Johannesburg | South Africa

Syukur Alhamdulillah, lebih kurang jam 6:17am waktu tempatan 1 May ( saya terbang dari Buenos Aires 29 April 8:20pm mlm waktu Buenos Aires ), waktu Malaysia pesawat MAS yang membawa saya terbang jauh dari Buenos Aires Argentina selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA, lancar sekali pendaratannya, disambut dengan senyuman oleh para penumpang sekalian. Perjalanan kami berhenti di dua tempat di Afrika Selatan iaitu di Cape Town dan di Johannesburg. Dari Buenos Aires ke Cape Town mengambil masa 7 jam dan dari Cape Town ke Johannesburg ke mengambil masa lebih kurang sejam lebih.

Sempat jugak saya keluar dari pesawat masa stopover yang cuma sejam lamanya, bila lagikan, dapat jalan-jalan di airport pun cukuplah walaupun tak dapat keluar. Kemudian dari Johannesburg ke Kuala Lumpur mengambil masa 9 jam 25 min, lebih kurang macam tu la, tapi perjalanan mungkin mengambil masa yang lebih lama kalau perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johannesburg pasal kita mengikut arah bumi berputar, mungkin you faham maksud saya.

Panjang lagi kalau nak cerita, masih lagi kepenatan dan badan masih lagi sakit-sakit pasal tak biasa berjalan jauh dan pasal tak biasa duduk berjam-jam dalam pesawat, bagi mereka yang dah kerap ke luar negara, rasanya dah takde apa dah, dah biasa, macam naik bas ekspress jer agaknya, bagi saya yang pertama kali ke destinasi yang agak jauh ni memang terasa sangat keletihannya. IsyaAllah ada masa dan kesempatan saya akan sambug lagi…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

2 Comments

  • punk5hitam

    yea..yea..yea…ayah dah balik…opps…silap plak…yea..yea…sifoo dah balik…ha..ha..ha..Alhamdulillah…selamat semuanya…x sabaq nak dgr cerita dari seberang laut ni…amacam bro…sure sempoi punya pengalaman…kongsi2 la dgn kami yg x merasa nak berjalan ni…lama x sembang dgn bro…nanti kita merepek lagi…ok bro…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.