Kuala Lumpur | London
© 2009 Wazari Wazir | London
Syukur Alhamdulillah, akhirnya setelah 12 jam dan 20 minit dalam penerbangan saya telah selamat sampai ke Heathrow Airport London tepat jam 5:30am waktu London, masih blur-blur lagi waktu sampai di sini, maklumlah first time sampai kat sini, orang kampung sampai di Kota Raya London, semua benda nampak menarik dipandang, memang sibuk di Heathrow ni, pelbagai jenis manusia yang boleh kita jumpa di sini. Saya bukannya keseorangan di sini tapi dengan sekumpulan Media yang bertugas atas urusan rasmi untuk negara tercinta. Beban yang dipikul memang berat, tapi insyaAllah akan dilaksanakan sebaik mungkin.
Lama sebenarnya kami transit di Heathrow ni, lebih kurang 12 jam, bukan takde flight line tapi kami terpaksa menunggu ketibaan sebahagian lagi delegasi dari Malaysia di sini, sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Santiago di Chile. Oleh kerana masa menunggu yang amat panjang, kami mengambil keputusan untuk keluar mengambil angin sebentar di Kota London, pilihan terbaik kami ialah dengan menggunakan train ataupun lebih dikenali dengan “tube” di sini. Kami mengunakan “Heathrow Connect” dari airport untuk ke Central London.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 min untuk sampai ke Paddington Station di Central London dengan tambang £6.90 untuk one way ataupun £13.80 untuk return ticket balik ke Airport, kami membeli return ticket kerana kami hanya akan keluar sebentar sahaja sebelum kembali ke airport dan meneruskan perjalanan ke Madrid dan seterusnya ke Santiago Chile.
Kami difahamkan perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam ke Madrid Spain dan 13 jam 30 min dari Madrid ke Santiago Chile, perjalanan yang amat panjang dan cukup memenatkan, tambahan pula dengan Time Zone yang berbeza-beza, sedikit sebanyak memeningkan kepala. Perbezaan waktu di Chile dan Malaysia adalah 12 jam, senang nak kira, kalau di Malaysia 8 pagi di Santiago Chile 8 malam. InsyaAllah ada masa saya sambung lagi.
3 Comments
punk5hitam
wuyooo…syoknye…London tu…saya pun pernah jugak sampai…tapi Royal London Circus aja la masa buat kat Penang ari tu…hik..hik..hik…
sampai hati bro tinggal saya…saya dah beli tiket bas dah nak ikut bro…cuma drebar bas tu cakap lagi 2 bulan baru boleh sampai London…tu yg frust tu…ha..ha..ha..
anyway…good luck to you…Alhamdulillah…program anjuran PJVPP tu telahpun selesai dgn jayanya…semua kirim salam kat bro…Insyaallah nanti bro balik sini kita sembang2 lagi…
tukangbuatsushi
plzz bro…
update lg…
atleast dptla sy merase suasana dkt negara org…
walaupun xdpt pegi…
hang pn mst sependapat dgn aku kan black?
strozze
wah best la dpt travel.. menambah pengalaman baru.. jauh tu.. 🙂