It's Hard To Say Goodbye…
Salam untuk semua pengunjung di sini, mintak maaf kerana dah lama tak berupdate blog ni, nak bersawang rasanya. Lengang bukannya kerana tiada apa yang hendak ditulis ataupun kerana tiada gambar yang hendak dipamer atau dikongsi. Banyak sebenarnya yang hendak dikongsi tapi masa yang kurang mencukupi, kepada yang tertanya-tanya apa aktiviti saya dan ke mana saya pergi, singgahlah Flickr saya, di sana pun saya update style Blog jugak, ada sedikit story saya coretkan bersama sesetengah gambar yang saya poskan.
Sepanjang minggu ni, saya sibuk dengan membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC bersama rakan-rakan jurufoto yang lain. Memang happening dan memang memenatkan, tapi dah tugas, dan kerjaya ini yang saya pilih, tak boleh nak komplen lah kan. Bukan selalu sibuk macam ni, kadang-kadang sahaja, kebiasaanya kalau ada assignment hanyalah memakan masa sejam dua sahaja tetapi bila buat liputan sebegini, memakan masa sehari suntuk, kami bergilir-gilir bertugas, ada yang buat liputan di awal pagi dan ada yang buat liputan sebelah petang dan malam, kerjaya jurufoto ni agak berbeza dengan kerjaya lain, mungkin bagi sesetengah orang kerjaya ini mudah, ambil gambar sahaja, apa yang susah sangat kan. Bezanya kerjaya kami ialah, apa yang kami rakamkan tidak akan berulang, peristiwa yang berlaku hanya pada saat itu sahaja. Tidak seperti kerjaya di pejabat yang mana boleh ditangguhkan sejam dua lagi ataupun boleh ditangguhkan untuk seminggu ataupun sebulan dan mungkin setahun pun boleh ditangguhkan, boleh disambung semula, di mana yang tertinggal.
Kerjaya kami berlaku pada saat itu sahaja, tak boleh tangguh-tangguh, kekadang tu nak makan pun tiada masa, terpaksa bawa bekal, small snack, memang Media disediakan bilik untuk menjamu selera tetapi pada Perhimpunan sebesar ini, macam-macam boleh berlaku, para petugas media kena sentiasa bersedia, masing-masing sibuk mengejar berita, takut ada yang ketinggalan, takut ada yang gagal dilaporkan, takut ada yang gagal disiarkan. Memang setiap tahun jumlah petugas media, jurufoto terutamanya semakin ramai, memang agak payah untuk mendapatkan sudut yang terbaik, kebanyakan media arus perdana akan menghantar hampir kesemua wartawan mereka ke sini, so bayangkanlah sendiri bagaimana keadaanya, pada pandangan saya mereka yang memilih kerjaya jurufoto kewartawanan ini adalah mereka yang “cool”, yang tak mudah untuk panas baran, meraka yang amat penyabar, mereka yang amat setia. Kalau seseorang itu mudah panas baran, kerjaya jurufoto kewartawanan bukanlah yang sesuai untuk mereka, rasanya kalau mereka yang ada sifat panas baran, mudah melenting, kamera pun mudah terpelanting, ayat-ayat yang kurang menyenangkan akan mudah dilontarkan.
Berbagai tekanan dan halangan yang kami tempuhi untuk mendapatkan sudut yang terbaik, banyak masa yang dihabiskan menanti dan menunggu sesuatu yang belum pasti, PWTC dah ibarat rumah kami, bilamana setiap kali Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, kawan-kawan ramai, so takdelah rasa terasing sangat, banyak cerita dan berita yang boleh dikongsikan. Perhimpunan Agong UMNO kali ini tidak seperti Perhimpunan yang sebelumnya, ada pertandingan merebut jawatan kali ini, so memang teramat happening dan tak terkecuali “Pening”.
Sewaktu saya merakamkan ketibaan Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, terlihat wajahnya yang agak muram, sugul barangkali, sesuatu yang tak terucap oleh kata-kata, sedih pun ada melihat wajahnya, saudara dan saudari boleh lihat sendiri raut wajahnya di Flickr saya kerana kebanyakan gambar saya upload di sana. Bukan mudah untuk seorang pemimpin menyerahkan jawatannya, jawatan yang tertinggi dalam parti dan jawatan seorang Perdana Menteri. Ramai yang mengata, ramai yang mengeji, hakikatnya bukan mudah memegang jawatan sebagai seorang Perdana Menteri, mana mungkin setiap kata dapat di kota, setiap janji dapat dilaksana, adalah mustahil untuk memenangi hati kesemua rakyat jelata, ada keputusan menyenangkan sesetangah pihak, ada juga yang menyusahkan sesetengah pihak. Sesiapa sahaja yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara akan melalui proses ini, bersedia untuk menerima musuh-musuh baru, bersedia untuk menerima kawan-kawan baru, ada teman yang ingin mengambil kesempatan, ada rakan yang ingin mencari kesilapan, ada teman yang ingin berjuang secara ikhlas manakala tak kurang juga yang berjuang kerana mengharapkan ganjaran baik harta, pangkat dan kedudukan.
Sebagai rakyat kita harus sedar, “Selagi Kita Bernama Manusia, Tiada yang Sempura. Kesempurnaan Hanya Milik Allah Yang Maha Esa.
2 Comments
punk5hitam
as usual bro…toning yg simple tapi sedap mata memandang…gambar2 bro dah ada signature…salute
tukangbuatsushi
panjang ulasan saudara kali ni…
namun ade kebenarannya fakta2 didalam ulasan saudara ini…