Art,  Culture,  East,  History,  Life,  Malaysia,  Tourism,  Travel

Heritage Trail Photography Workshops | POSTPONED

Heritage Trail Photography Workshops
Heritage Trail Photography Workshops

HERITAGE TRAIL PHOTOGRAPHY WORKSHOPS : POSTPONED

7th March | Alor Star Kedah

Konsep Workshops Photography kali ini lebih menjurus kepada “Travel Photography”, bagaimana bermain dengan komposisi, sudut kreatif dan sebagainya, kita juga akan mempunyai model untuk sesi ini nanti, bukan model wanita tapi dari Pemilk Basikal Tua, rasanya lebih mencabar daripada kita mengambil gambar model wanita yang dah sememangnya cantik.

Target untuk photography workshops kali ini lebih kepada beginner, bukan juga untuk mereka yang baru sehari dua membeli kamera, tetapi untuk sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka masih lagi ditahap beginner, kalau dah advance pun nak join, silakan, saya tiada sebab untuk menghalang sekiranya bayaran telah dibuat, tetapi jangan harapkan sesuatu yang “Advance” untuk workshop kali ini.

Editing pula, kita akan menyentuh atau memberi penekanan kepada sudut “Portrait”, sebenarnya kalau kita tahu teknik editing yang betul serta yang tak betul maksud saya “Creative Editing”, gambar apa pun kita boleh edit, cuma penekanan lebih kepada “Portraiture” kerana sebahagian besar gambar yang kita ambil adalah melibatkan gambar orang, jarang sekali kita mengambil gambar pemandangan yang kosong tanpa unsur kemanusiaan semata.

Kita akan belajar bagaimana untuk menaikkan “Seri” gambar, contrast, cropping yang bersesuaian, sedikit tentang “Black and White” dan lebih penekana kepada penggunaan “Layer Mask”. Saya banyak bermain dengan “Layer Mask” untuk setiap editing saya, dengan secara mudahnya, saya akan dedahkan cara saya mengedit gambar sebagaimana yang saudara dan saudari lihat di Flickr saya. Saya hanya memberi saudara Idea, selebihnya terpulang kepada saudarta dan saudari kerana sentuhan editing masing-masing tidak akan sama walaupun kita belajar dari guru yang sama.

Apa yang saya harapkan kepada bakal-bakal peserta bengkel saya kali ini, “Learn to Explore”, Berfikirlah di Luar Kotak, jangan terlalu terikat dengan apa yang saya ajar, ianya hanyalah sekadar panduan semata, selebihnya kena “Explore” sendiri, saya tidak menggunakan “Action”, “Preset” dan juga “Plug In” untuk semua editing saya. Kita akan belajar menggunakan Photoshop sepenuhnya…

Bengkel ini saya adakan dengan kerjasama saudara  MZAIDI

Saya akan berada di Kota Kinabalu Sabah dari 16hb Feb hingga 23hb Feb, kemungkinan besar saya tidak dapat membuat sebarang update tentang workshops ini, untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi saudara Mzaidi : 019 5112662

Tentative Program :

  1. 9:00am-12:00pm –  Photography Shooting ( Travel Theme ) di perkarangan Rumah Tok Su, berhadapan dengan Wisma Darul Aman, bersama dengan lima orang pemilik basikal tua.
  2. 12:00pm-1:00pm –  Rehat dan makan tengahari, basic lunch disediakan.
  3. 2:00-pm-4:30pm –  Sesi Editing ( Portraiture & Travel ) di Hotel Seri Malaysia Alor Star Kedah.
  4. 4:30pm-5:00pm –    Rehat
  5. 5:00pm-7:00pm –   Sesi bersambung dengan diakhiri dengan sesi soal jawab (Q & A)


    I'm a Photographer and Travel Blogger...

    3 Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.