Hijrah…
Assalamulaikum dan salam sejahtera untuk semua yang sudi berkunjung ke sini, saya terpaksa membuka laman Blog yang baru disebabkan berlakunya sedikit masalah teknikal dan juga “Human Error” Blog saya yang asal tidak dapat lagi digunakan, insyaAllah saya akan beli domain baru bila tiba masa yang sesuai nanti. Blog ini sama juga seperti Blog yang terdahulu saya akan menggunakan dwi bahasa, Melayu dan Inggeris, walaupun Bahasa Inggeris saya agak tunggang langgang dari segi “Grammar” nya namun saya akan teruskan juga kerana hanya dengan melakukan kesilapan, kita akan belajar, ada orang tu tegur, orang ni tegur dan hasilnya saya dapat memperbaiki kelemahan diri.
Saya bukan dilahirkan dalam keluarga orang putih dan juga saya bukanlah Guru Bahasa Inggeris, saya hanya menggunakan medium bahasa untuk tujuan berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa.
Oleh itu tak perlu saya menggunakan bahasa buku, seperti mana jika kita ke kedai runcit atau ke pasar membeli keperluan rumah, sudah tentu bahasa yang digunakan tidak sama dengan seorang usahawan yang berurusan dengan clientnya juga sudah tentu bahasa pertuturan orang politik kita tidak sama bila dia berucap di pentas utama di depan khalayak ramai dengan bahasa yang dia gunakan bila bertemu penduduk kampung di kedai kopi, yang penting bagi saya apa yang ingin disampaikan, walaupun bahasanya “tidak teratur” saya harap maklumatnya sampai.
Tentang Blog saya yang lama tu, ada kisahnya yang tersendiri, tak perlulah saya “kisahkan” di sini, biarlah “mereka-mereka” sahaja yang tahu, sempena Sambutan Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru 2009 ni, saya ingin membuka lembaran baru, ingin membukan helain baru, episod baru, langit tidak selalunya cerah dan hujan pasti akan berhenti juga akhirnya, yang penting persediaan kita menghadapinya, but still, Blog ini akan lebih banyak memperkatakan tentang photography kerana ianya adalah sebahagian dari kehidupan saya, Selmat Tahun Baru untuk semua, All The Best To You…