Adventure,  Art,  Travel

Kisah – Kisah Sang Pengembara | Kompilasi Travelog 7 Benua

Kompilasi Travelog 7 Benua

Family Photography | Kompilasi Travelog 7 Benua

Travelog 7 Benua

© 2016 Wazari Wazir | Buku Kompilasi Travelog 7 Benua

Memandangkan sudah ramai yang bertanya tentang buku ini dan Syukur Alhamdulillah, jualan buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini juga agak memberangsangkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS Serdang, maka kini saya buka untuk jualan secara online. Tak semua orang boleh datang ke sana dan peminat travelog atau buku-buku cerita tentang kisah-kisah pengembaraan ada di seluruh Malaysia, itu tak termasuk di luar negara.

Untuk makluman kepada pembeli, supaya tidak keliru, buku Kompilasi Travelog 7 Benua yang setebal 210 muka surat ini termasuk muka surat bergambar bukanlah hasil tulisan seorang penulis, nama pun “kompilasi.” Di dalam buku ini dikongsikan kisah-kisah pengalaman sang pengembara di pelbagai negara dan tempat yang mungkin kita boleh jadikan panduan, serta iktibar dalam memudahkan urusan perjalanan kita nanti, kira macam belajar dari pengalaman orang lain.

Barisan penulis yang terlibat dalam perkongsian ini ialah :

  1. Badrul Hisham – Amerika Syarikat (Death Valley, California)
  1. Ida Yunus – Mongolia (Gobi Desert)
  1. Meor Farid Asyradi – China (Xining)
  1. Nazri Arshad – Vietnam (Hanoi)
  1. Nordin Yahaya – Peru (Machu Picchu)
  1. Rafiee Ghani – Maghribi (Sefrou, Fez)
  1. Siti Noridah – Pakistan (Gilgit, Chitral)
  1. Wazari Wazir – Russia (Saint Petersburg)

Orang beli buku ni ada pelbagai sebab, macam saya juga, jadi sama ada Travelog 7 Benua ini sesuai dengan sahabat semua, itu saudara dan saudari yang boleh jawab. Ada yang beli buku pasal dia memang suka baca buku, ada yang suka beli buku travelog tak kisah tentang negara manapun asalkan kisah-kisah travel, mereka suka nak baca. Ada pula segelintir pembaca yang hanya minat membeli buku travelog yang bercerita tentang destinasi yang mereka minati sahaja.

Saya lebih kepada membeli buku travelog yang menceritakan destinasi yang saya minati, contoh travelog tentang gunung-gunung di Himalaya,  tentang negara-negara STANS, seperti tulisan Agustinus Wibowo, saya minat dan yang terbaru travelog tentang Russia, mana-mana bahagian di Russia saya minat terutamanya SIBERIA. Kalau buku travelog tentang Kota Paris, London, Rome, Amsterdam  saya kurang berminat, Apapun minat masing-masing.

Antara koleksi buku travelog tentang Russia yang saya miliki ialah:

  • The Last Man in Russia by Oliver Bullough
  • Tent Life in Siberia by George Kennan
  • Cycling Home From Siberia by Rob Lilwall
  • Consolations Of The Forest by Sylvain Tesson | Alone in a Cabin on the Siberian Taiga
  • Midnight in Siberia by David Greene
  • Trans-Siberian Express by Warren Adler
  • The Way a River Went by Thom Wheeler | Following The Volga Through The Heart of Russia
  • Trans-Siberian Railway by Lonely Planet
  • Trans-Siberian Handbook by Bryan Thomas | Trailblazer

Cuma semenjak dua ini saya berminat untuk membeli buku-buku travelog tulisan pengembara tempatan, sebabnya saya ingin belajar menulis pengalaman kembara saya, maksudnya dengan membaca banyak buku-buku travelog pengembara dari Malaysia dengan nada bahasa serta gaya bahasa kita faham, saya harap dapat belajar sesuatu.

Harapan saya agar satu hari nanti dapat saya kongsikan pengalaman saya kepada ramai orang, mungkin sedikit sebanyak boleh memberi manfaat pada orang lain, saya pun dapat banyak manfaat hasil bacaan kisah-kisah pengembara yang dikongsikan di blog ataupun melalui buku-buku yang dihasilkan.

Jadi saya rasa macam tidak adil pula untuk tidak kongsikan pengalaman kita dengan orang lain, kongsikan pengalaman tak semestinya dengan tulis buku, banyak cara. Maksud saya itu cara kita membalas budi baik orang, saling bantu membantu dengan perkongsian pengalaman yang boleh dijadikan panduan oleh kaki travel atau backpackers.

Jadi untuk tidak bercerita panjang lagi, kepada yang berminat dengan buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini boleh dapatkannya dengan cara di bawah ini :

Buku terbaru Travel Planet “Kompilasi Travelog – 7 Benua” vol.1. Buku setebal 210 muka surat bergambar & kisah pengembaraan peribadi setiap penulis. Terbitan MyTravelog MT.

Harga Seluruh Malaysia : RM25.00 (COD) | RM32 Termasuk Pos di Semenanjung  | RM37 Sabah/Sarawak (Termasuk Pos)
Luar Malaysia : USD8.00

Kos Penghantaran Poslaju:
RM6.00 (Semenanjung Malaysia)
RM11.00 (Sabah & Sarawak)

Mohon maaf,untuk sementara waktu,penghantaran ke luar Malaysia tidak dapat dilakukan. Coming Soon.

Pembayaran boleh dibuat ke akaun dibawah ::

MAYBANK
No. Akaun : 114160023734
Nama : Mohd Wazari bin Wazir.
Payment Details (online) : Buku #‎7Benua

No Tel Saya / Whatsapp : 0122812753

Email Saya : wazariwazir@yahoo.com

Setelah pembayaran dibuat, sila PM kedalam INBOX Facebook saya Wazari  dan lampirkan bukti pembayaran / slip pembayaran bersama maklumat anda mengikut format dibawah ::

Nama ::
Alamat ::
Nombor Telefon / Email ::
Jumlah Buku ::

Proses penghantaran akan dilakukan  secara berperingkat. Saya akan respond setiap message anda yang masuk kedalam INBOX saya secepat mungkin. Mohon maaf jika ambil sedikit masa untuk respond semua message anda.

Travelog 7 Benua

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

  • Zubye

    Alhamdulillah. saya dah dapatkan buku ni Wazari. Saya pegi kelmarin. Org yg jaga booth tu ckp Wazari nak datang hari tu. saya minta no. Wazari kat dia.. sebab nak personally bagitau saya ada di booth.. tapi dia takde pula no. Wazari. Memang bukan rezeki nak jumpa nampaknya. Saya dah baca bahagian yang Wazari tulis dan baca lagi 3 tulisan penulis yang lain. Terima kasih atas information yang diberi. Banyak ilmu saya dapat.

    Berkenaan pameran tu.. no worries, saya tau masing2 ada komitmen masing2 :-). Cuma pameran tu di extend tarikhnya sampai 13 May ni. Kalau Wazari berkesempatan, boleh lah drop by k. Tapi saya takde all the time di sana. Kalau ada pelawat yang nak datang melawat, biasanya mereka akan bgtau awal. Then baru saya ke sana (tgh2 KL sangat. Agak jauh dari saya. hehehe)

    Ok wazari. Tahniah kerana telah berjaya membukukan tulisan pengalaman Wazari. Semoga lebih maju lagi di masa hadapan. Keep on inspiring others!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.